Tuesday, June 29, 2010

'Ulama' Masuk UMNo

Saya tak pasti apa yang patut diucapkan kepada 'ulama' muda ini..... syabas, tahniah, selamat maju jaya atau bersiap sedialah untuk sesuatu yang tidak dijangka. Pada pandangan peribadi saya, title atau jolokan ulama itu sendiri tidak sesuai untuk orang muda. Mungkin dari segi istilah bahasa tiada masalah, tetapi dari konteks masyarakat negara ini ulama itu merupakan sebuah institusi yang di hormati dan mengambarkan kematangan seseorang individu.

Mungkin mereka ini berilmu dan berniat baik untuk cuba membersihkan UMNo dari dalam. Ataupun cubaan membersihkan tong taik dari dalam tong. Beberapa cubaan sebelum ini telah gagal dan kita tunggu dan lihat apa yang orang muda ini mampu lakukan. Sekiranya mereka mampu menukar asas perjuangan kebangsaan yang bertapak didalam UMNo kepada perjuangan agama maka kita perlu sokong.

Bukan setakat itu sahaja malah UMNo perlu menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan juga selaras dengan kehendak agama. Sekiranya ianya hanya wujud dalam ucapan, ceramah dan tiada perlaksanaan dilakukan maka sia-sialah usaha mereka ini.

Dalam mereka ada pilihan untuk bersama dengan perjuangan PAS atau UMNo, mereka memilih jalan yang berliku. Mereka memilih untuk mewujudkan dua parti yang terus memecahkan orang Islam kepada dia puak yang besar. Mengapa kita tidak tinggalkan UMNo dan perkuatkan PAS. Dari segi asas perjuangan, PAS jelas mempertabatkan Islam sedangkan UMNo masih lagi tercari-cari arah.

UMNo ini umpama seorang anak muda yang tidak mahu pergi haji sebab didalam hati ada niat nak berbuat maksiat.... ataupun umpama anak gadis yang enggan pakai tudung sebab masih ada niat untuk mendedahkan aurat dan berbuat maksiat. Sebab itulah mereka takut dengan Islam dan enggan melaksanakan syariat Islam secara keseluruhannya.

Apa pun, saya masih ingat pesanan Tok Guru Nik Aziz bahawa sekiranya UMNo melaksanakan Islam secara menyeluruh maka perjuangan PAS tidak lagi perlu dan tidak lagi releven. Tetapi sehingga ianya berlaku PAS akan meneruskan perjuangan hingga Islam didaulatkan di bumi Allah ini.

Tuesday, June 22, 2010

Pengganas JI: PAS jangka tangkapan ISA

PAS hari ini tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama, berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

“Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan kami semua,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sehubungan itu ahli parlimen Kubang Kerian itu, menggesa kerajaan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, PAS akan mendedahkan dalil bahawa kerajaan sebenarnya berbohong.

“Kami semua selaku ahli parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen pada kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita,” katanya di lobi parlimen, pagi ini.

Menurut beliau berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh universiti, pihak kementerian dalam negeri gagal menjelaskan bukti-bukti wujudnya gerakan bawah tanah tersebut di beberapa universiti tempatan.

“Dalam satu taklimat tentang terorisme pada kementerian pengajian tinggi, saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun bukti yang kukuh tentang isu wujudnya JI ini, semuanya lebih untuk mewujudkan persepsi kononnya ada gerakan keganasan di negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung aktiviti pihak pengganas sebenar yang mahu menyerang kuil Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves, sebagaimana yang dijelaskan kepada media massa sebelum ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena mendakwa, tindakan Hishammuddin bersama-sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan itu semata-mata bagi mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi negara.

“Inilah yang saya panggil amalan politik menggila-gila oleh orang gila, kegilaan mereka semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat,” kata Mahfuz.

Bercakap pada sidang media yang sama, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta kerajaan menyelesaikan dahulu kes demonstrasi mengarak kepala lembu di Shah Alam beberapa bulan lalu.

Harakah Daily memetik beliau sebagai berkata mereka yang terbabit dalam keganasan itu rata-ratanya didalangi oleh pemuda Umno Shah Alam sendiri.

Bagi Khalid, isu JI yang digembar-gemburkan kebelakangan ini sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan keadaan takut kepada Islam atau Islamphobia serta budaya takut di kalangan rakyat.

Isu tersebut, menurut dakwaan beliau lagi, merupakan persiapan Umno BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Katanya lagi, langkah memetakan lanskap politik negara dengan menimbulkan isu JI dan anti-keganasan tersebut seakan sama dengan kondisi anti-Islam yang pernah dicetuskan di Amerika Syarikat pasca tragedi perlanggaran WTC pada tahun 2001 lalu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa di sebalik isu JI itu sebenarnya didalangi oleh syarikat komunikasi penuh lantikan kerajaan, iaitu firma perunding antarabangsa APCO Worldwide.

“Mereka mungkin tak sedar yang isu ini (JI) sebenarnya mengakibatkan para pelabur dari Timur Tengah tak berminat untuk melabur di dalam negara kita kononnya ada pengganas dan sebagainya,” katanya.

Turki Batal Perjanjian Air, Beku Rancangan Bekal Gas Kepada Israel

Ekoran serangan terhadap armada Kebebasan ‘Freedom Flotilla’ yang mengorbankan 9 warganegaranya, Turki telah mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel

Terbaru, Turki telah membatalkan perjanjian membekalkan air dengan rejim tersebut untuk jangkamasa 20 tahun yang ditandatangani pada tahun 2000.

Akhbar nasional rejim Israel menegaskan pembatalan perjanjian tersebut adalah hukuman bagi negara haram itu, yang telah menolak permintaan masyarakat antarabangsa supaya ‘memohon maaf’ kerana menyerang konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu.

Negara haram itu juga telah menolak dan tidak mahu membayar sebarang pampasan kepada keluarga yang syahid dalam kejadian tidak berperikemanusiaan itu.


Menurut perjanjian air terbabit, Turki akan menjual sekitar 1.75 bilion kaki padu air setiap tahun kepada Israel.

Akhbar tersebut juga menyatakan bahawa pembatalan projek air bukanlah tanda pertama kemarahan Turki atas insiden Freedom Flotilla.

Turki turut membekukan rancangan untuk membekalkan Israel dengan gas alam dari Rusia menggunakan paip bawah laut -ikhwannet

Friday, June 18, 2010

Adakah mereka ini yang paling kaya di Malaysia?

Pernahkah kita terfikir sebenarnya dibelakang mereka ini wujud mereka-mereka yang lebih kaya. Mereka yang hidup mewah tanpa mendedahkan kekayaan mereka yang sebenar. Pernahkan orang bertanya berapakah kekayaan Tun Daim, Tun Mahathir, Tun Lah, Taib Mahmud dan pemimpin-pemimpin besar UMNo yang lain. Mungkin kita terpaksa menunggu kerajaan BN tumbang baru kita tahu.... Ataupun kita tidak mungkin akan tahu hingga akhirnya.

Ataupun memang mereka ini sahaja yang paling kaya di Malaysia. Persoalannya kenapa mereka? Bukankan UMNo selalu mendabik dada dan mendakwa bahawa mereka adalah pejuang Melayu sejati. Sedia menghunus keris demi mempertahankan hak orang Melayu. Namun begitu selepas 53 tahun merdeka hanya seorang orang Melayu sahaja tersenarai dalam Top 10 orang terkaya. Itupun kalau dia layak digelar orang Melayu.

'Kempen Memburukkan Gerakkan Islam'

Sejak akhir-akhir ini saya melihat satu kempen sedang dijalankan bagi memberi gambaran bahawa gerakkan keganasan mula bergerak di Malaysia. Sama ada ianya benar atau tidak tetapi itulah yang mula dilaporkan dimedia terutamanya NST. Adakah ianya propaganda bagi memburuk-burukkan gerakkan Islam.... ia adalah sesuatu yang kita tidak pasti.

Bermula dengan mensasarkan institusi pengajian tinggi, kini sasarannya mula dikembangkan kepada Masjid dan NGO. Bukan itu sahaja malah Selangor dan Pulau Pinang pula dikaitkan dengan gerakkan ini secara khusus.

Apa yang kita tidak faham adalah kenapa perkara ini dibesar-besarkan seolah-olah suatu bencana besar sedang melanda negara. Tapi apa yang tidak pasti ianya bermula dengan tuduhan. Apa bukti dan apa yang telah dilakukan kumpulan ini kita juga tak pasti. Yang kita pasti sesuatu yang masih didalam siasatan tidak sepatutnya didedahkan didalam media untuk mengelakkan menjejaskan proses siasatan.

Kini sebaliknya sedang berlaku. Sesuatu yang belum ada pertuduhan dan penghakiman telah menjadi berita besar di NST. Apakah mereka ini mahu. Adakah mereka cuba mencetuskan suasana cemas dihati rakyat? Dalam masa yang sama kita jangan lupa ianya juga menimbulkan kebimbangan kepada pelancong. Dengan kata lain industri pelancongan mungkin terjejas semata-mata untuk menjayakan satu agenda yang kita tidak pasti.

Adakah ini agenda baru untuk mengerakkan Operasi Lalang yang baru. Bukan kita buruk sangka terhadap NST tetapi inilah yang dihidangkan dihadapan kita. Apa yang kita lihat ada usaha dibuat untuk memberi gambaran buruk terhadap gerakkan Islam dan institusi keagamaan di negara ini. Mungkin mereka mengharapkan perasaan takut orang terhadap Islam dan gerakkan Islam.

Dalam suasana Islam mula diterima oleh semua pihak termasuk orang yang digambarkan 'anti Islam' seperti DAP mengapa suasana ini dicetuskan? Kita berharap media perlu cermat dalam hal ini. Jangan kerana kepentingan politik kita membuat sesuatu yang memburukkan Islam.

Ingatlah sekiranya kamu cuba memburukkan Islam maka kamu sebenarnya cuba berkonfrantasi dengan empunya Islam iaitu Allah.

Kenapa Perjuangan UMNo Bidaah dan Sesat

Bukan sesuatu yang baru bila mengatakan perjuangan UMNo itu adalah bidaah dan sesat. Pelbagai hujah dan bukti telah dikemukakan dan pelbagai penafian juga telah dikeluarkan oleh UMNo. Persoalannya ialah hujah siapa yang betul dan hujah siapa yang salah? Hujah mana yang diterima pakai oleh umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini. Penerimaan masyarakat orang Melayu ini dapat dilihat dan diterjemahkan melalui sokongan. manakala sokongan pula dilihat dari undi di dalam pilihanraya.

Kenyataannya ialah sokongan orang Melayu terhadap UMNo masih kuat dan sokongan terhadap PAS pula tidak banyak berubah. Kalaupun bertambah ianya tidak cukup untuk memberi kemenangan kepada PAS. Apakah perjuangan yang dibawa oleh PAS ini salah? Ataupun maklumat tidak sampai kepada masyarakat ataupun masyarakat masih selesa dengan UMNo. Ataupun UMNo lebih berjaya dalam menyakinkan orang Islam bahawa UMNo betul dan PAS salah.

Orang Melayu dilihat masih enggan berganjak dan mereka terlalu bimbang jika UMNo tiada. Orang Melayu masih menganggap jika UMNo hilang maka Melayu juga akan lenyap. Mereka menganggap sokong Melayu adalah sokong Islam dan sokong Islam makanya perlu sokong Melayu. Sokong Melayu bermakna sokong UMNo.

Benarkah begitu?

Sebelum kita meneruskan dengan panjang lebar hujah tentang Islam dan Melayu, mari kita lihat apa yang kita perjuangkan sebenarnya dalam hidup ini? Apakah kita tahu dan kita sedar apa tujuan kita hidup dan dalam hidup ini apa yang perlu diperjuangkan? Apakah matlamat dan apakah halatuju kita? Apakah misi dan visi kita?

Kalau Melayu itu penting, maka kita tidak memerlukan Islam sedangkan sekiranya Islam itu penting maka Melayu itu tidak lagi perlu diperjuangkan. Pernahkah kita terfikir sekiranya semua kaum dan bangsa telah menerima Islam sebagai cara hidup maka pada masa itu adakah kita masih lagi memperjuangkan Melayu? Adakah pada masa itu adakah Melayu itu penting?

Persoalan yang lebih besar adalah selepas berpuluh tahun atau mungkin beratus tahun mengapa hanya Melayu sahaja yang Islam? Dimanakah kegagalan dakwah Islam selama ini? Adakah Islam tidak penting dan tidak diperjuangkan? Adakah Islam itu hak mutlak orang Melayu? Sejak bila pula Islam itu diturunkan kepada orang Melayu dan kepada Rasul Melayu? Melainkan semua orang Melayu menerima dan menjadi pengikut Kahar penipu.

Sekiranya kita ingin berbicara tentang Islam maka kita tiada alasan melainkan kembali kepada Al-Quraan dan Hadith. Mengapa kita berada didunia ini juga telah dijelaskan di dalam Al-Quraaan. Tidak dijadikan manusia dan jin itu melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Mengabdikan diri bermakna melaksanaan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. Ketaatan inilah yang dipanggil takwa.

Dalam kita mentaati perintah Allah kita juga ada tanggungjawab terhadap Rasul. Rasul ada menegaskan bahawa kita perlu meninggalkan perbuatan bidaah. Bidaah adalah sesuatu yang bukan dari nabi dan ianya sesat. Pastinya sesat itu tempatnya didalam api neraka.

Apakah kita faham apa itu bidaah?

Pelbagai tafsiran diberikan tentang bidaah, ada yang benar dan ada yang menyesatkan. Ada yang mengatakan bahawa apa-apa yang nabi tidak buat adalah bidaah. Sekiranya kita mengambil tafsiran begini maka kita telah menyempitkan ruang lingkup Islam dan kita membuatkan Islam itu seolah-olah terkongkong dan terperangkap dalam ruang masa yang terhad. Dengan kata lain Islam itu terhenti apabila nabi wafat. Sedangkan Islam itu untuk seluruh umat Nabi Muhammad dan Islam itu terus berkembang sehingga hari kiamat

Sekiranya Islam itu untuk semua hingga akhir zaman maka kita perlu melihat bidaah itu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kita perlu menterjemahkan bidah sebagai sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh nabi dan bercanggah dengan ketetapan yang Islam. Oleh itu sesuatu yang tidak dibuat oleh nabi tetapi tiada nas yang mengatakan ianya adalah salah maka ianya bukan bidaah. Sebagai contohnya nabi tidak memandu kereta. Dalam masa yang sama tidak ada pula hukum yang mengatakan perbuataan memandu kereta itu adalah salah maka ianya bukanlah bidaah.

Bidaah adalah sesuatu perbuatan yang hukumnya telah diputuskan dalam Islam sedangkan kita memilih untuk melakukan sebaliknya. Sebagai contoh apabila kesalahan mencuri itu Al-Quraan telah menetapkan dipotong tangan, sebaliknya kita memilih untuk menghukum pencuri dengan hukuman denda atau penjara maka itulah bidaah yang amat jelas.

Bidaah inilah yang Nabi katakan sesat dan masuk neraka.

Maka adakah salah kita katakan bahawa UMNo itu mempertahankan bidaah sesat ini? Sedangkan UMNo tidak pernah berusaha untuk melaksanakan hukum yang diputuskan oleh Allah. Bukan itu sahaja bahkan UMNo cuba menghalang perlaksanaan hudud dan menberikan gambaran buruk kepada hudud.

Sudahkah UMNo itu sesat, UMNo cuba menyesatkan orang lain. UMNo bukan sahaja tidak mahu melaksanakan Islam bahkan UMNo juga menghalang orang lain melaksanakan Islam. Kenapa marahkan PAS hendak melaksanakan hudud sedangkan UMNo sendiri enggan melaksanakan hudud?

Apakah pendirian anda? Adakah ingin meneruskan sokongan terhadap kesesatan ini? Apakah usaha anda untuk meninggalkan kesesatan yang amat jelas ini. Sampai bila kita terus dibelenggu oleh pandangan dan perjuangan yang sesat ini?

Pilihan yang ada hanyalah UMNo perlu melaksanakan seluruh perintah Islam atau orang Melayu dan juga orang Islam wajib meninggalkan UMNo. Setakat hari ini meninggalkan UMNo adalah umpama meninggalkan bidaaah. Meninggalkan bidaah adalah meninggalkan kesesatan.

Datangkan kepada aku nas yang mengatakan aku salah. Sehingga hujah itu ada maka aku tetap mengatakan UMNo itu adalah bidaah dan sesat. Kesesatan itu kesudahannya adalah di neraka.

Tuesday, June 15, 2010

PAS haramkan semua bentuk perjudian, Mahathir dan Umno jangan prejudis pada Cina

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.

Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.

Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi dinegara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi. Beliau mungkin berfikir, Jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam Kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini.

PAS juga amat kesal kerana beliau masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina dinegara ini yang dalam pemikiran beliau dianggap sebagai kaum yang suka berjudi. Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi, dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan.

Tabiat judi ini adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka. Dan Kerajaan mengambil kesempatan dari golongan yang tidak berilmu ini dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut untuk hasil perjudian.

Sewajarnya Kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.

Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi. Rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi ini dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.

Kerajaan harus menjadi Kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.Jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun

masyarakat dinegara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Friday, June 11, 2010

Karpal Terlepas Dari Dakwaan Menghina Sultan Perak

KUALA LUMPUR, June 11 — DAP chairman Karpal Singh, who turns 70 on June 28, received an early birthday gift today when the High Court here cleared him of sedition without his defence being called.

Karpal was charged with sedition last year for saying the Sultan of Perak could be taken to court over the removal of Datuk Seri Nizar Jamaluddin as the mentri besar.

The veteran lawyer was accused of committing the crime during a press conference at his law firm here on February 6.

The High Court here found the prosecution had failed to prove it had a case against him.

“Justice has prevailed,” the bearded Bukit Gelugor MP told reporters outside the courtroom.

His family and fellow DAP lawmakers surrounding him punched the air with their fists as they echoed the cry.

“What was proven was the anger and hatred towards the accused, not anger and hatred towards His Royal Highness the Sultan of Perak,” judge Azman Abdullah pointed out in his decision today.

The prosecution had brought a total of 19 witnesses to testify in court.

Justice Azman also noted that the news reporters and police involved in the investigation did not understand English and the meaning of sedition.

The law defines sedition as any act that results in causing hatred or tendencies to hate, insult and be disloyal to the ruler.

A reporter with a Malay-language daily, who had served as a witness during Karpal’s trial, had told the court the word “ultra vires” means “to insult”.

Deputy public prosecutor Noorin Badaruddin was unsure if the prosecution would appeal against today’s verdict.

She said she had not received any instructions to do so yet.

Untuk rakyat dipanggil subsidi... Untuk mereka?

Pelbagai istilah negatif diberikan kepada bantuan kepada rakyat. Sedangkan untuk mereka kemudahan yang sama dipanggil dengan istilah yang indah-indah:
  1. Skim pinjaman mudah
  2. Galakkan pelaburan
  3. Pengecualian cukai
  4. Insentif
  5. Kemudahan kredit
  6. macam-macam seumpamanya
Kami bukan setakat rakyat tetapi kami juga adalah pembayar cukai! Kembalikan hak kami!

Nik Aziz kepada Pas: Jangan Khianat Kepercayaan Masyarakat Islam & Bukan Islam

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru Parti Islam Se-Malaysia untuk merapatkan barisan bersama komponen Pakatan Rakyat dan jangan sesekali menghampiri Umno-Barisan Nasional.Bercakap ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat malam tadi, Pas hanya membunuh diri sendiri jika ia mengkhianati amanah rakyat berbilang bangsa dan bersekutu dengan Umno-Barisan Nasional yang beliau sifatkan sebagai gagasan yang menentang nilai-nilai Islam.

Ucapan Nik Aziz dijangka menjadi panduan kepada halatuju muktamar ketiga-tiga dewan utama Parti Islam SeMalaysia hari ini, dan dikatakan bakal mempengaruhi sentimen 1,000 perwakilan di muktamar utama 11 Jun depan.

Nik Aziz dalam amanatnya menggesa ketiga-tiga dewan fokus kepada merangka strategi menawan 110 kerusi Parlimen majoriti penganut Islam dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Parti Islam SeMalaysia bagaimanapun diingatkan bahawa ia tidak akan kekal relevan jika ia mengabaikan denyut nadi masyarakat bukan Islam.

"Sejarah mencatatkan bagaimana pas diajak masuk bergabung dalam barisan nasional. pas pada masa itu menyambut tangan perpaduan dengan harapan kebaikan yang berpanjangan. rupanya bn adalah perangkap bagi Pas. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah sebaik perancang,"

"Saya rakamkan disini bukanlah untuk mengungkit luka lama berdarah kembali, jauh sekali bara dendam untuk dimarakkan, tetapi sebagai peringatan dalam menongkah arus perjuangan. Ingin saya ingatkan disini bahawa sejarah mencatit bahawa Umno bukanlah rakan yang setia - tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melempar senjata,"

Bagi tokoh politik veteran ini, kesinambungan hayat Pas sebagai pemangkin perjuangan para anbiya terjamin jika ia memperkukuh perikatan sedia-ada dalam Pakatan Rakyat.

Pas digesa supaya lebih berani bergerak dalam arus kepelbagaian, sepertimana wajah Islam sebenar yang menolak garis perkauman dalam menilai keperibadian individu.

Dihadapan ribuan yang hadir malam tadi, Nik Aziz menegaskan tanpa Islam, Pas hanyalah jasad yang besar tanpa roh.

"Kita mahu eratkan hubungan kita dengan DAP dan PKR, dan kita mahu rakyat berikan mandat pada kita. justeri itu kita harus berani tawarkan alternatif ini dan berikrar pada semua kaum bahawa kita akan membuang semua unsur kerosakan yang dibawa Umno-Barisan Nasional. Kita mahu gantikan dengan kerajaan yang berintegriti, yang adil, bermoral dan bertanggungjawab, kerana memang begitu ajaran Islam,"

"Strategi sebegini adalah penting kerana nilai perjuangan kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat. Lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang menimbulkan kekalutan pada rakyat dan pada negara,"

Nik Aziz memberi perhatian khususnya kerana peranan Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda dan menyarankan kedua sayap ini merencana strategi menarik sokongan wanita dan golongan muda kepada Pas, menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Beliau menyorot perhatian akar umbi bahawa tren para pengundi bukan Melayu dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini secara keseluruhan menolak Barisan Nasional.

"Saya suka mengingatkan kita agar memerhati perkembangan ini dengan serius. Pas sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang Melayu terus diperbodohkan dengan pukauan Ketuanan Melayu, yang merupakan dongeng pemimpin Umno,"

"Mereka harus diingatkan bahawa keris yang dijulang pemimpin Umno digunakan untuk menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya adalah Kelantan dinafikan hak untuk royalti minyak yang diraih dari buminya sendiri,"

Nik Aziz sekali lagi mengingatkan Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda bahawa slogan Ketuanan Melayu menanam rasa cemas, takut dan dendam dalam jiwa anak-anak bukan Islam. Jika perasaan negatif ini disemai secara berterusan, maka permusuhan akan sentiasa menghantui rakyat Malaysia.

"Sudah sampai masanya kita lebih serius mewajahkan Islam yang telah disolek dengan buruk oleh Umno. Rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa Islam telah diterima masyarakat India dan Cina lebih awal dari orang Melayu,"

"Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah diatas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas yang sedia berjuang bersama kita dan mendekatkan Islam pada golongan bukan Islam,"

Thursday, June 10, 2010

Akibat Kecuaian Kerajaan : Siapa nak tanggung kos ini?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah gantirugi sebanyak RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Badrul Zaman Zakariah (kanan) kerana ditahan secara tidak sah.

Badrul Zaman, bekas pengarah di sebuah agensi pekerjaan, telah ditahan pada 12 September 1991 dan perintah tahanan ke atasnya dilanjutkan dua tahun lagi pada 14 September 1993.

Beliau menyaman kerajaan pusat berhubung perintah tahanan lanjutan dua tahun ke atasnya di bawah ISA.

Badrul Zaman diwakili oleh peguam M Manoharan yang juga pernah ditahan di bawah ISA.

Selangor tawar RM5,000 sekat pencuri pasir

Kerajaan Selangor mengumumkan ganjaran RM5,000 pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang berjaya melumpuhkan kegiatan mencuri pasir di kawasan mereka.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri bersetuju menawarkan ganjaran itu sebagai insentif ekoran aktiviti mencuri pasir kini telah menguasai 75 peratus pasaran.

"Mereka yang berjaya menahan jentera-jentera yang digunakan untuk mencuri pasir boleh menuntut ganjaran itu dari kerajaan Negeri.

"Syarat dan peraturan ganjaran tersebut akan diumukan dalam masa terdekat ini," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, jika kegiatan mencuri pasir di negeri itu berjaya dilumpuhkan, kerajaan negeri akan memperoleh pendapatan RM75 juta setahun.

"Setakat ini, penjualan pasir secara halal hanya menguasai 25 peratus daripada pasaran yang bernilai kira-kira RM25 juta," katanya.

Sementara itu, Khalid juga memberitahu kerajaan negeri telah mengarahkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) - yang didapati berlaku salah urus - membekalkannya senarai gaji dan bayaran bonus kakitangannya untuk "dikaji".

"Sebagai kerajaan yang mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban, kami amat terbuka kepada kritikan membina dan cadangan untuk menambah baik pengurusan KSSB," kata Khalid lagi.

'Johor' tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".

Wednesday, June 9, 2010

Tuesday, June 8, 2010

Apabila Kerajaan Cakap Macam Ular

Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.

Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/ memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan di Malaysia.

"Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan bertulis itu.

Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi jawapan soalan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu) dan Loke Siew Fook (Rasah).

Pada sidang medianya, Tian Chua yang menerima jawapan bertulis itu mempertikaikan kenyataan awam Ascot Spot yang dibuat oleh pemiliknya, Tan Sri Vincent Tan (kanan).

"Ini adalah jawapan yang mengejutkan kerana sejak seminggu lalu, Vincent bercakap seolah-olah dia telah memiliki lesen itu. Malah dia dilaporkan berkata yang Pakatan Rakyat akan diheret ke mahkamah, jika negeri-negeri itu mengharamkan pertaruhan sukan,” katanya di lobi parlimen.

Tambahnya, jawapan itu tidak menjelaskan keadaan yang sebenar dan ada pihak yang menipu.

Pengarah strategi PKR itu juga mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan yang mengubah pendiriannya kerana gusar dengan kemarahan rakyat ataupun mungkin Tan tidak bercakap benar.

"Jawapan itu amat berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh Vincent, adakah beliau begitu yakin akan diberikan lesen berkenaan?” katanya.

Monday, June 7, 2010

Ulama UMNo bakar kapal

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

MIC untung 3 kali, UMNo pulang tangan kosong!

Kemenangan BN di Hulu Selangor dikatakan memberi suntikan semangat kepada UMNo di Selangor. Tetapi betulkah begitu?

UMNo sebenarnya tidak dapat apa-apa dari kemenangan tersebut. Malah rombakan kabinet minggu lepas menunjukkan bahawa MIC yang untung besar.

Mula-mula calon MIC telah menang dan MIC mendapat seorang ahli Parlimen.

Kemudian bekas calon MIC untuk kerusi itu pada PRU 2008, G. Palanivel, telah dilantik sebagai Senator. Beliau tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil baru-baru ini kerana dikatakan tidak popular. BN telah memilih P. Kamalanathan walaupun Palanivel adalah pilihan MIC. Saya yakin perlantikan sebagai Senator ini adalah janji BN kepada MIC setelah tidak menurunkan Palanivel sebagai calon. Oleh itu, MIC mendapat seorang Senator.

Kemudian pada rombakan kabinet minggu lepas, MIC dapat lagi durian runtuh. Palanivel telah dilantik Timbalan Menteri.

Jadi MIC mendapat seorang ahli Parlimen, seorang Senator dan seorang Timbalan Menteri. Apa yang UMNo dapat?

Pemimpin UMNo berkokok seluruh negara tentang kemenangan BN tetapi pada hakikatnya UMNo pulang dari Hulu Selangor dengan tangan kosong.

Iskandar A Samad

Kerajaan DAP Pulau Pinang Tetap Larang Judi Bola

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan.

Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.

Tan juga menegaskan bahawa langkah menghalalkan judi pertaruhan sukan, akan membantu menangani kegiatan pertaruhan haram.

Tan dilaporkan berkata, beliau akan "merayu dan terus merayu" kepada kerajaan negeri Pakatan berhubung larangan tersebut.

Sementara itu Lim pula berkata beliau belum sebarang rayuan, tetapi mengesahkan bahawa surat rasmi telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Ascot mengenai larangan tersebut.

Beliau yakin Ascot akan mematuhi keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Menjawab soalan, Lim berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk memantau aktiviti taruhan haram judi sukan.

"Jika ada pertaruhan haram berlaku, ia menjadi tugas (agensi) penguatkuasaan dan polis," tambahnya.

Beliau menambah, pertaruhan melalui telefon dan internet adalah di bawah dalam bidang tugas Telekoms, dan bukan kerajaan negeri.

"Anda harus bertanya kepada perdana menteri tentang hal ini, bukan saya," katanya.

6 aktivis M'sia di MV Rachel Corrie dibebaskan

Enam aktivis keamanan Malaysia atas kapal MV Rachel Corrie yang ditawan ketika dalam pelayaran ke Gaza, telah dibebaskan hari ini oleh Israel di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan pada kira-kira jam 5.20 petang waktu Malaysia.

Sukarelawan Malaysia itu yang berada atas kapal itu bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza terdiri daripada anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, anggota Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua wakil media Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari stesen televisyen swasta TV3.

MV Rachel Corrie, kapal terakhir dalam flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepung Israel, telah ditawan oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira jam 2.45 petang (waktu Malaysia) semalam dan diiring ke Pelabuhan Ashdod, Israel.

Turut berada atas kapal itu bersama aktivis keamanan Malaysia itu ialah bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Dennis Halliday, pemenang anugerah Nobel Mairead Maguire, Derek dan Jenny Graham daripada Free Gaza Movement dan penerbit filem dokumentari Fiona Thompson.

Misi bantuan itu ditaja oleh PGPO, sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia.

Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama wanita Amerika yang terbunuh akibat dirempuh jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, semasa cuba membantah tindakan meroboh rumah.

- Bernama

Sunday, June 6, 2010

Penaja misi Rachel Corrie tuntut pembebasan segera

Pertubuhan Damai Perdana Global (Perdana Global) menuntut pembebasan segera tanpa syarat kesemua aktivis damai, pekerja bantuan kemanusiaan dan anak-anak kapal Rachel Corrie yang dirampas secara haram oleh Pasukan Pertahanan Israel.

Penasihatnya Datuk Mukhriz Mahathir berkata delegasi Malaysia terdiri daripada anggota Parlimen Mohd Nizar Zakaria, anggota Perdana Global Shamsul Akmar, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua anggota akhbar, Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari TV3.

Mereka disertai di atas kapal oleh bekas Penolong Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu Dennis Halliday, Pemenang Hadiah Nobel Mairead Maguire, Derek dan Jenny Graham dari Free Gaza Movement dan pembikin filem dokumentari Fiona Thompson.

"Tindakan tidak bermoral dan tidak dapat diterima itu oleh Pasukan Pertahanan Israel merampas Rachel Corrie dari perairan antarabangsa sebelum sampai di pelabuhan Gaza adalah satu tindakan lanun," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Sabtu malam.

Beliau berkata: "Israel telah melakukan jenayah serius di lautan lepas. PGPO menuntut semua rakyat Malaysia dan warga negara lain di atas kapal Rachel Corrie dibebaskan segera tanpa diapa-apakan".

Mukhriz mengulas rampasan MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepong Israel, oleh tentera laut regim itu pada kira-kira 2.45 ptg (Waktu Malaysia) hari ini dan kemudian dikemudi ke pelabuhan Ashdod.

"Tindakan primitif dan unilateral seumpama itu (oleh Israel) mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

"Kami menggesa rakyat Malaysia dari semua agama dan kepercayaan agar mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang diculik, begitu juga anggota-anggota lain kapal bantuan kemanusiaan itu," kata beliau.

Beliau berkata rakyat Malaysia mesti bersatu menentang ketidakadilan dan kekejaman rejim Zionis terhadap anggota-anggota kapal perdamaian untuk menamatkan kepungan yang tidak boleh diterima dan membantu meringankan penderitaan rakyat Gaza yang berani dan tidak berdosa.

Misi bantuan itu ditaja oleh Perdana Global, sebuah NGO Malaysia. Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena seorang wanita Amerika yang terbunuh oleh jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika membantah perobohan rumah-rumah oleh rejim itu.

- Bernama

Saturday, June 5, 2010

Rachel Corrie hampir tiba di Gaza

Kapal Rachel Corrie yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.

Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi berkata Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza.

Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu.

"Pada ketika ini, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat tiga buah kapal peronda mengekori kapal tersebut sejak tiga ke empat jam lepas," kata Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamed kepada Bernama hari ini.

Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda tersebut yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie tidak dapat dipastikan tetapi disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima.

Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata para sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu.

Mereka mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu.

Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya.

- Bernama

Selamatkan Palestine...

Lain- lain di...... http://www.flickr.com/photos/jmatekali/4669331001/

Tuan Ibrahim Tuan Man Di Dewan Dato Nazir....

Lain-lain http://www.flickr.com/photos/jmatekali/4668759629/

PAS akan tetap dalam perjuangannya dan terus istikomah untuk melawan UMNo selagi UMNo mempertahankan dasarnya untuk tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Selagi UMNo tidak bersandarkan Islam maka segala keputusan mereka berdasarkan nafsu semata-mata. Itulah puncanya UMNo membenarkan lesen judi baru sempena bolasepak Piala Dunia.

Adakah rakyat akan terus kekal dengan menyokong UMNo? Saya yakin majoriti rakyat menolak UMNo kecuali segelintir orang Melayu yang enggan berfikir dan taksub kepada parti. Malangnya golongan inilah yang ramai terutama di kawasan perkampungan tradisional dan generasi sebelum merdeka. Mereka ini menyangka Malaysia ini hakmilik UMNo.

Mereka tak sedar sebenarnya Malaysia hak rakyat. Selagi orang Melayu tidak sedar dan berfikiran Malaysia hak UMNo maka selamanya orang Melayu akan menjadi alat kepada UMNo. Orang Melayu akan terus menjadi zombi dan robot yang dikawal oleh UMNo.

Membawa kesedaran kepada orang Melayu akan terus menjadi agenda PAS. Perjuangan yang sulit tetapi mesti diteruskan.

Thursday, June 3, 2010

Mari beramai-ramai buktikan sokongan anda.

Presiden PAS, Anwar, Kit Siang sertai demo esok

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Demonstrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO di hadapan Kedutaan Amerika, esok akan disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pimpinan-pimpinan NGO dan wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan hadir bersama.

Sekretariat Mobilisasi Demontrasi Anti Israel 2010 juga memaklumkan demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, jurucakapnya, Herman Samsudeen memberitahu pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.

“Para peserta yang menyertai demonstrasi ini digalakkan membawa bendera Palestin, placard dan banner yang menunjukkan bantahan rakyat Malaysia secara aman,” katanya.

Katanya, sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menerusi talian 0192828536.


Pemuda PAS bawa usul kecam lompat parti

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Dilihat sebagai ‘senada’ dengan pendirian Kongres Nasional PKR yang berakhir Ahad lalu, Pemuda PAS akan membahaskan usul berkaitan dengan budaya lompat parti dan dakwaan pilihan raya tidak adil pada muktamar tahunannya minggu depan.

Salah satu daripada empat usul Dewan Pemuda PAS akan menggesa agar Pakatan Rakyat merangka mekanisme khas dengan segera bagi mengelakkan perbuatan mengkhinati parti dan pengundi seumpama itu.

“Kami akan meminta Pakatan Rakyat mencari dan menyediakan mekanisme bagaimana masalah lompat parti yang kita saksikan sejak dua tahun ini boleh dielakkan daripada berulang dalam parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kayat kepada The Malaysian Insider.

Dewan Pemuda memuktamadkan senarai usulnya semalam untuk dibawa ke muktamarnya, yang akan diadakan di Kota Baru minggu depan.

Walaupun masalah ini tidak membabitkan PAS, jelas beliau, adalah wajar pihaknya membuat pendirian itu atas semangat Pakatan Rakyat.

“Ya, kami mengakui masalah ini tidak membabitkan kami tetapi apabila ada wakil rakyat keluar parti (komponen Pakatan Rakyat) ia juga menyentuh imej kami... jadi kami juga perlu bertindak.

“Jadi, adalah lebih baik kita sama-sama membantu mengelakkan ia daripada berlaku dan berulang lagi,” kata beliau.

Sejak awal tahun lalu 10 wakil rakyat PKR, masing-masing lima Adun dan Ahli Parlimen PKR telah keluar parti itu.

Seorang lagi membabitkn DAP dari Perak.

Tiga Adun, masing-masing seorang dari DAP dan dua dari PKR telah keluar parti mereka, sekali gus membawa kepada jatuhnya kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Perak ketika itu merupakan wakil dari PAS.

Mekanisme yang Dewan Pemuda PAS maksudkan merujuk kepada garis panduan pemilihan calon dan difahamkan ia akan menggesa agar peraturan dipinda bagi diadakan pilihan raya kecil.

“Bagaimanapun kami serahkan kepada Pakatan Rakyat untuk memutuskan mekanismes terperinci,” kata beliau sambil menolak andaian bahawa PAS mencampuri urusan parti rakannya dengan bertindak sedemikian.

“Tidak, kami cuma hendak membantu atas semangat sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Lazimnya PAS menggunakan pendekatan angkat sumpah baiyah bagi mengelakkan wakil rakyat yang terpilih keluar parti.

Perkara mengawal melompat parti menjadi tumpuan ketika kongres PKR yang baru lalu.

Justeru, PKR sedang membincangkan kriteria pemilihan calon yang ketat.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga akan membahaskan usul agar diadakan Gerakan Bersih II bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Perkara ini juga menjadi perhatian dalam Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru hujung minggu lalu.

“Kami akan menggesa agar diadakan Gerakan Bersih kali kedua meminta beberapa kelemahan dalam sistem pilihan raya diperbaiki.

“Perkara-perkara seperti sistem daftar bersih dan pemansuhan undi pos yang pernah ditekankan semasa Gerakan Bersih pertama belum menampakkan hasil,” kata Suhaizan.

“Oleh itu kami mahu menggerakkan Gerakan Bersih II,” katanya.

Dalam ucapan dasarnya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Pakatan Rakyat agar sekali lagi mengadakan himpunan Bersih untuk menjamin perjalanan pilihan raya yang adil.

“Saya juga mencadangkan kepada Pakatan Rakyat untuk merancang sekali lagi Himpunan Bersih dengan azam yang kuat menuntut pilihan raya yang bersih, adil dan telus,” kata beliau.

Perhimpunan Bersih kali pertama telah digerakkan di ibu negara pada 10 November 2007 untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan Bersih yang turut disertai pelbagai parti pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menuntut pilihan raya yang adil.

Kata beliau, pengalaman semasa pilihan raya kecil selepas Mac 2008 menunjukkan SPR masih tidak berubah.

Suhaizan berkata, pihaknya juga akan membahaskan usul menggesa kerajaan menarik balik keputusan melesenkan judi sukan.

Usul itu akan diluluskan seiringan dengan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang digerakkan oleh Pemuda PAS, komponen Pakatan Rakyat dan sejumlah badan bukan kerajaan.

JAKIM Akan 'Gempur' Hotel Tiada Sijil Halal

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan "menggempur" hotel-hotel di seluruh negara bagi memastikan premis berkenaan memiliki sijil halal yang diiktiraf.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, pendekatan itu perlu dilakukan bagi menjaga kepentingan pengunjung serta pelancong luar negara beragama Islam di samping menjaga nama baik industri pelancongan negara.

"Kita akan mengadakan kempen 'menggempur' ini supaya pengusaha-pengusaha hotel memperoleh sijil halal daripada Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

"Kita tidak mahu pelancong dari luar terutamanya dari Timur Tengah yang mula datang beramai-ramai sekarang terperdaya dengan promosi makanan yang ditawarkan hotel-hotel berkenaan tetapi mereka tidak mempunyai sijil halal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Daripada semakan di laman web e-halal Jakim, hanya 60 dapur hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal Jakim sedangkan bilangan hotel di Malaysia mencecah lebih 2,000 buah.

Buat permulaan, Wan Mohamad berkata, pihaknya akan mengadakan kempen tersebut di hotel dalam kawasan peranginan yang menawarkan pakej pelancongan seperti di Batu Feringgi, Langkawi, Genting Highlands dan Melaka.

Beliau berkata, Jakim akan mengambil pendekatan berbincang dan menasihati para pengusaha hotel berkenaan terlebih dahulu, supaya mereka mendapatkan sijil halal tersebut.

Bagaimanapun, jika hotel terbabit masih ingkar, Jakim akan pergi ke premis berkenaan dan sekiranya masih berdegil, kita akan umumkan nama hotel tersebut, katanya.

"Operasi ini sebenarnya sudah bermula tetapi kita akan mengadakannya secara besar-besaran dalam tempoh terdekat. Ini kerana kebanyakan hotel di negara ini masih belum memiliki sijil halal," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kesemua hotel bertaraf tiga bintang ke atas di Sarawak sudah memperoleh sijil halal.

"Ini disebabkan polisi kerajaan Sarawak bahawa sebarang acara rasmi kerajaan negeri hanya diadakan di hotel yang mempunyai sijil halal," katanya. - BERNAMA

Note : Hotel-hotel sepatutnya diberi arahan untuk meletakkan sama ada tanda HALAL atau TIDAK HALAL dan bukannya memberi pilihan.

Tuesday, June 1, 2010

Gaza: Najib diberi 48 jam untuk bertindak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel.

Beliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

"Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau.

DAP bawa usul tergempar judi sukan di Parlimen

DAP akan memfailkan usul tergempar apabila Parlimen bersidang minggu depan supaya mendebatkan kontroversi judi sukan.

Ketua Pemudanya Anthony Loke berkata mereka berharap usaha itu dapat mendesak kerajaan menarik balik pemberian lesen itu kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Beliau yang juga ahli parlimen Rasah bagaimanapun menjangkakan usul tersebut hanya akan didebatkan pada Selasa atau Rabu depan.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya, Anthony berkata partinya sedang menangai isu perjudian bola sepak itu dengan menyeluruh, bukan sahaja melihatnya sebagai isu agama.

"Kita melihat kepada kesannya kepada masyarakat. Kita baca komen di akhbar di mana syarikat itu (Ascot Sports) mempertahankan keputusan (pemberian lesen) dengan mendakwa ia akan membantu kerajaan mengawal pertaruhan haram dan menjana pendapatan negara."

"Hujah ini cacat. Oleh kerana kamu tidak dapat kawal aktiviti haram, kamu jadikannya halal?" soalnya kembali.

Kegananasan Israel: APCO lewat nasihat Najib atau Rosmah bercuti.

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Selepas 12 jam serangan dilakukan Israel ke atas kapal Mivi Marmara sehingga membunuh 20 sukarelawan dan 30 cedera, barulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat kutukan ke atas serangan itu.

PAS slams PM for late reaction to Gaza ship raid

KUALA LUMPUR, June 1 — PAS today rapped Datuk Seri Najib Razak for his delayed reaction to voice Malaysia’s outrage over the Israeli raid on a Gaza-bound aid flotilla, using the attack to score political points against the prime minister.

Najib and Wisma Putra issued statements last night against Israel for the bloody seizure of a Turkish aid ship that has reportedly killed nine people. The prime minister has ordered Wisma Putra to bring back Malaysian volunteers who are with the flotilla.

“The Barisan Nasional government under the leadership of Datuk Seri Mohd Najib Razak which acts so friendly towards the US/ Zionist [government] must be condemned by all Malaysians,” PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said in a statement.

The Pokok Sena MP also wants the Najib administration to end its contract with global public relations firm, Apco, which the former claimed is a “proxy” for Israel and the US.

“The prime minister’s delay gives the impression he is waiting for advice from Apco for the government to act without jeopardising APCO’s entrusted job to restore US confidence in the Malaysian government,” he said.

Mahfuz also demanded the federal government stops all trade, both official and otherwise, with Israel.

He gave the PM 48 hours to call for a special parliamentary sitting to come up with a plan to “save Malaysians being detained by Israel’s authorities”.

PAS’ allies in the Pakatan Rakyat, however, did not appear to share its views.

In separate media statements, DAP and PKR denounced Israel for the attack but made no mention of making Putrajaya accountable.

“We are deeply disappointed with the failure of some countries to condemn this blatant act of violence, including the US which only expressed ‘deep regret’ and the UK, Canada and Australia which have been entirely silent,” PKR’s international bureau chief Mustaffa Kamil Ayub Mustaffa said.

Mustaffa, who is also PKR vice-president, urged world leaders to rally together and show Israel the international community would not stand for its brand of government.

“It is time for the entire international community to be put its full weight behind an effort to coerce Israel to fall in line and adhere to universal norms of human rights as well as implement all United Nations resolutions related to Palestine,” he added.

DAP secretary general Lim Guan Eng offered condolences to the families of the 10 activists killed onboard the aid-bearing ships and urged world leaders to “punish” Israel.

Serangan Terhadap Gaza Freedom Flotilla

PAS tells UN, OIC to attack Israel over Gaza ship raid

KUALA LUMPUR, May 31 — PAS today urged the United Nations and the Organisation of the Islamic Conference (OIC) to attack Israel after it intercepted Gaza-bound aid ships in an operation that has left 15 people dead so far.

The humanitarian convoy of aid and foreign activists had set off from Cyprus and Antalya in Turkey in defiance of the Israeli blockade on Gaza and warnings that it would be intercepted.

“This is the best time for the UN Security Council and UN member states to... attack Israel,” PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar (picture) told reporters here.

Konvoi Gaza: PAS desak PBB, OIC bertindak segera

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.


Malaysia Kutuk Serangan Israel, Desak Majlis Keselamatan PBB Adakan Mesyuarat Tergempar

KUALA LUMPUR: Malaysia hari Isnin mengutuk serangan tentera Israel terhadap armada kapal kecil membawa bantuan kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza di perairan antarabangsa, yang jelas merupakan "satu pencabulan serius undang-undang antarabangsa".

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mahu Israel menghentikan segera layanan buruk dan tidak berperikemanusiaan terhadap para sukarelawan dan mendesak supaya mereka dibebaskan segera.