Saya tak pasti apa yang patut diucapkan kepada 'ulama' muda ini..... syabas, tahniah, selamat maju jaya atau bersiap sedialah untuk sesuatu yang tidak dijangka. Pada pandangan peribadi saya, title atau jolokan ulama itu sendiri tidak sesuai untuk orang muda. Mungkin dari segi istilah bahasa tiada masalah, tetapi dari konteks masyarakat negara ini ulama itu merupakan sebuah institusi yang di hormati dan mengambarkan kematangan seseorang individu.
Mungkin mereka ini berilmu dan berniat baik untuk cuba membersihkan UMNo dari dalam. Ataupun cubaan membersihkan tong taik dari dalam tong. Beberapa cubaan sebelum ini telah gagal dan kita tunggu dan lihat apa yang orang muda ini mampu lakukan. Sekiranya mereka mampu menukar asas perjuangan kebangsaan yang bertapak didalam UMNo kepada perjuangan agama maka kita perlu sokong.
Bukan setakat itu sahaja malah UMNo perlu menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan juga selaras dengan kehendak agama. Sekiranya ianya hanya wujud dalam ucapan, ceramah dan tiada perlaksanaan dilakukan maka sia-sialah usaha mereka ini.
Dalam mereka ada pilihan untuk bersama dengan perjuangan PAS atau UMNo, mereka memilih jalan yang berliku. Mereka memilih untuk mewujudkan dua parti yang terus memecahkan orang Islam kepada dia puak yang besar. Mengapa kita tidak tinggalkan UMNo dan perkuatkan PAS. Dari segi asas perjuangan, PAS jelas mempertabatkan Islam sedangkan UMNo masih lagi tercari-cari arah.
UMNo ini umpama seorang anak muda yang tidak mahu pergi haji sebab didalam hati ada niat nak berbuat maksiat.... ataupun umpama anak gadis yang enggan pakai tudung sebab masih ada niat untuk mendedahkan aurat dan berbuat maksiat. Sebab itulah mereka takut dengan Islam dan enggan melaksanakan syariat Islam secara keseluruhannya.
Apa pun, saya masih ingat pesanan Tok Guru Nik Aziz bahawa sekiranya UMNo melaksanakan Islam secara menyeluruh maka perjuangan PAS tidak lagi perlu dan tidak lagi releven. Tetapi sehingga ianya berlaku PAS akan meneruskan perjuangan hingga Islam didaulatkan di bumi Allah ini.

1 comment:
Salam.
Ingin bertanya mengenai keadaan jalan raya di Hulu Langat terutama di DUN Dusun Tua yg semakin hari semakin teruk kesesakannya. Apakahkah tindakan MTD N23 ini dalam menyelesaikan permasalahan jalanraya yang semakin sesak ini? Setiap hari pengguna jln raya menghadapi kesesakan dari Dusun Nanding hinggalah ke Bt 9. Apakah cadangan2 MTD N23 dlm mengatasi masalah ini.
Post a Comment