Bukan sesuatu yang baru bila mengatakan perjuangan UMNo itu adalah bidaah dan sesat. Pelbagai hujah dan bukti telah dikemukakan dan pelbagai penafian juga telah dikeluarkan oleh UMNo. Persoalannya ialah hujah siapa yang betul dan hujah siapa yang salah? Hujah mana yang diterima pakai oleh umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini. Penerimaan masyarakat orang Melayu ini dapat dilihat dan diterjemahkan melalui sokongan. manakala sokongan pula dilihat dari undi di dalam pilihanraya.
Kenyataannya ialah sokongan orang Melayu terhadap UMNo masih kuat dan sokongan terhadap PAS pula tidak banyak berubah. Kalaupun bertambah ianya tidak cukup untuk memberi kemenangan kepada PAS. Apakah perjuangan yang dibawa oleh PAS ini salah? Ataupun maklumat tidak sampai kepada masyarakat ataupun masyarakat masih selesa dengan UMNo. Ataupun UMNo lebih berjaya dalam menyakinkan orang Islam bahawa UMNo betul dan PAS salah.
Orang Melayu dilihat masih enggan berganjak dan mereka terlalu bimbang jika UMNo tiada. Orang Melayu masih menganggap jika UMNo hilang maka Melayu juga akan lenyap. Mereka menganggap sokong Melayu adalah sokong Islam dan sokong Islam makanya perlu sokong Melayu. Sokong Melayu bermakna sokong UMNo.
Benarkah begitu?
Sebelum kita meneruskan dengan panjang lebar hujah tentang Islam dan Melayu, mari kita lihat apa yang kita perjuangkan sebenarnya dalam hidup ini? Apakah kita tahu dan kita sedar apa tujuan kita hidup dan dalam hidup ini apa yang perlu diperjuangkan? Apakah matlamat dan apakah halatuju kita? Apakah misi dan visi kita?
Kalau Melayu itu penting, maka kita tidak memerlukan Islam sedangkan sekiranya Islam itu penting maka Melayu itu tidak lagi perlu diperjuangkan. Pernahkah kita terfikir sekiranya semua kaum dan bangsa telah menerima Islam sebagai cara hidup maka pada masa itu adakah kita masih lagi memperjuangkan Melayu? Adakah pada masa itu adakah Melayu itu penting?
Persoalan yang lebih besar adalah selepas berpuluh tahun atau mungkin beratus tahun mengapa hanya Melayu sahaja yang Islam? Dimanakah kegagalan dakwah Islam selama ini? Adakah Islam tidak penting dan tidak diperjuangkan? Adakah Islam itu hak mutlak orang Melayu? Sejak bila pula Islam itu diturunkan kepada orang Melayu dan kepada Rasul Melayu? Melainkan semua orang Melayu menerima dan menjadi pengikut Kahar penipu.
Sekiranya kita ingin berbicara tentang Islam maka kita tiada alasan melainkan kembali kepada Al-Quraan dan Hadith. Mengapa kita berada didunia ini juga telah dijelaskan di dalam Al-Quraaan. Tidak dijadikan manusia dan jin itu melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Mengabdikan diri bermakna melaksanaan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. Ketaatan inilah yang dipanggil takwa.
Dalam kita mentaati perintah Allah kita juga ada tanggungjawab terhadap Rasul. Rasul ada menegaskan bahawa kita perlu meninggalkan perbuatan bidaah. Bidaah adalah sesuatu yang bukan dari nabi dan ianya sesat. Pastinya sesat itu tempatnya didalam api neraka.
Apakah kita faham apa itu bidaah?
Pelbagai tafsiran diberikan tentang bidaah, ada yang benar dan ada yang menyesatkan. Ada yang mengatakan bahawa apa-apa yang nabi tidak buat adalah bidaah. Sekiranya kita mengambil tafsiran begini maka kita telah menyempitkan ruang lingkup Islam dan kita membuatkan Islam itu seolah-olah terkongkong dan terperangkap dalam ruang masa yang terhad. Dengan kata lain Islam itu terhenti apabila nabi wafat. Sedangkan Islam itu untuk seluruh umat Nabi Muhammad dan Islam itu terus berkembang sehingga hari kiamat
Sekiranya Islam itu untuk semua hingga akhir zaman maka kita perlu melihat bidaah itu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kita perlu menterjemahkan bidah sebagai sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh nabi dan bercanggah dengan ketetapan yang Islam. Oleh itu sesuatu yang tidak dibuat oleh nabi tetapi tiada nas yang mengatakan ianya adalah salah maka ianya bukan bidaah. Sebagai contohnya nabi tidak memandu kereta. Dalam masa yang sama tidak ada pula hukum yang mengatakan perbuataan memandu kereta itu adalah salah maka ianya bukanlah bidaah.
Bidaah adalah sesuatu perbuatan yang hukumnya telah diputuskan dalam Islam sedangkan kita memilih untuk melakukan sebaliknya. Sebagai contoh apabila kesalahan mencuri itu Al-Quraan telah menetapkan dipotong tangan, sebaliknya kita memilih untuk menghukum pencuri dengan hukuman denda atau penjara maka itulah bidaah yang amat jelas.
Bidaah inilah yang Nabi katakan sesat dan masuk neraka.
Maka adakah salah kita katakan bahawa UMNo itu mempertahankan bidaah sesat ini? Sedangkan UMNo tidak pernah berusaha untuk melaksanakan hukum yang diputuskan oleh Allah. Bukan itu sahaja bahkan UMNo cuba menghalang perlaksanaan hudud dan menberikan gambaran buruk kepada hudud.
Sudahkah UMNo itu sesat, UMNo cuba menyesatkan orang lain. UMNo bukan sahaja tidak mahu melaksanakan Islam bahkan UMNo juga menghalang orang lain melaksanakan Islam. Kenapa marahkan PAS hendak melaksanakan hudud sedangkan UMNo sendiri enggan melaksanakan hudud?
Apakah pendirian anda? Adakah ingin meneruskan sokongan terhadap kesesatan ini? Apakah usaha anda untuk meninggalkan kesesatan yang amat jelas ini. Sampai bila kita terus dibelenggu oleh pandangan dan perjuangan yang sesat ini?
Pilihan yang ada hanyalah UMNo perlu melaksanakan seluruh perintah Islam atau orang Melayu dan juga orang Islam wajib meninggalkan UMNo. Setakat hari ini meninggalkan UMNo adalah umpama meninggalkan bidaaah. Meninggalkan bidaah adalah meninggalkan kesesatan.
Datangkan kepada aku nas yang mengatakan aku salah. Sehingga hujah itu ada maka aku tetap mengatakan UMNo itu adalah bidaah dan sesat. Kesesatan itu kesudahannya adalah di neraka.
No comments:
Post a Comment