Tuesday, June 22, 2010

Turki Batal Perjanjian Air, Beku Rancangan Bekal Gas Kepada Israel

Ekoran serangan terhadap armada Kebebasan ‘Freedom Flotilla’ yang mengorbankan 9 warganegaranya, Turki telah mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel

Terbaru, Turki telah membatalkan perjanjian membekalkan air dengan rejim tersebut untuk jangkamasa 20 tahun yang ditandatangani pada tahun 2000.

Akhbar nasional rejim Israel menegaskan pembatalan perjanjian tersebut adalah hukuman bagi negara haram itu, yang telah menolak permintaan masyarakat antarabangsa supaya ‘memohon maaf’ kerana menyerang konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu.

Negara haram itu juga telah menolak dan tidak mahu membayar sebarang pampasan kepada keluarga yang syahid dalam kejadian tidak berperikemanusiaan itu.


Menurut perjanjian air terbabit, Turki akan menjual sekitar 1.75 bilion kaki padu air setiap tahun kepada Israel.

Akhbar tersebut juga menyatakan bahawa pembatalan projek air bukanlah tanda pertama kemarahan Turki atas insiden Freedom Flotilla.

Turki turut membekukan rancangan untuk membekalkan Israel dengan gas alam dari Rusia menggunakan paip bawah laut -ikhwannet

No comments: