Thursday, May 26, 2011

TG Nik Aziz dakwa Umno-BN ‘cipta’ label ulama, profesional di PAS

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya “dihidupkan” oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

TG Nik Aziz berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.

Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.

“Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata TG Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi.

Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Justeru, tegas TG Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

“Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

“Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

“Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

“Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah,” katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

Tambah TG Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

“Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

“Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air,” katanya.

Tuesday, May 24, 2011

Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.

Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.

"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.

"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.

"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.

Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.

"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.

Kurangkan Subsidi Untuk Tolong Rakyat?

Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?.

Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.

Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.

Pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas.

Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Irak, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.

Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran.

Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam. Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal


PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Nature of Business
The Puratos Group manufactures & distributes innovative ingredients and tailor made solutions to the bakery, patisserie and chocolate sectors.

Certified To:
ISO 9001:2008, HACCP, HALAL?

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.

"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

DYM Sultan Mencemar Duli Ke Madrasah At Taqwa

Mereka yang terlibat terus mendapat bantuan.... terkini dari DYM Sultan Selangor dan Isteri Menteri Besar Selangor.


Tragedi Madrasah At Taqwa Part II

Banyak kisah dan bantuan yang dihulurkan.... namun tidak semua yang terpapar didalam media kecuali yang tak sengaja. Terutama yang melibatkan PAS dan Unit Amal. Bukan berkerja untuk mendapatkan habuan dunia dan nama.... Cuma nak bagi tahu bahawa bukan UmNo sahaja berada di tempat kejadian.....

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Madrasah At Taqwa

PAS Dusun Tua merakamkan takziah kepada mangsa tragedi yang menimpa Madrasah At-Taqwa. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat. Kepada mereka yang tercedera diharapkan sabar dalam menghadapi cubaan Allah ini.

Tidak dilupakan juga kepada Unit Amal yang sejak dari awal turun ditempat kejadian dan membantu walaupun mempunyai kelengkapan terhad. Unit Amal telah membuka kemah bantuan sejak petang semalam agar dapat membantu pihak yang ditimpa musibah dan mereka yang membantu dalam usaha menyelamat. Syabas dan tahniah.

Thursday, May 19, 2011

Kenapa DS Anwar Diarah Bela Diri?

'Jika dedah identiti, polis dituduh berpolitik'
Mei 18, 11 4:55pm

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada keselahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

Wednesday, May 18, 2011

Ceramah Bob Lokman & Salahuddin Nasir

Walaupun terdapat gangguan dari pihak Polis, alhamdullilah program dapat diteruskan. Ceramah terpaksa di sambung didalam dewan disebabkan hujan yang turun semasa ceramah sedang berlangsung. Terima kasih diatas sokongan yang diberikan. Jumlah pengunjung yang ramai menyemarakkan lagi program penerangan ini.

Tuesday, May 17, 2011

Buku Jingga : Kerajaan BN Mula Melaksanakan

Walaupun dikatakan pimpinan UmNo bahawa Buku Jingga bakal menyebabkan negara bengkrap... namun mereka akur dan kini satu per satu dilaksanakan. Dengan skim gaji baru guru yang diumumkan baru-baru ini, kini tol Cheras telah dimansuhkan.

Bukan itu sahaja... bahkan kita akan lihat nanti mereka akan melaksanakan janji Pakatan Rakyat 100 hari pemerintahan satu per satu hingga apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya PR tidak perlu menunggu 100 hari untuk melaksanakan janji mereka.

Bayangkanlah sekiranya kerusi PR bertambah di Parlimen ataupun PR memerintah negara banyak mana raykat akan mendapat manfaatnya.
____________________________________________
Tol plaza arah Cheras dan PJ dimansuhkan

Kutipan tol di Plaza tol arah Cheras dan arah Petaling Jaya, Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (METRAMAC) di kedua-dua arah dimansuhkan bermula malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Monday, May 16, 2011

Awasi Banner...

PAS mengesan beberapa insiden merosakkan banner disekitar Hulu Langat oleh anak-anak muda yang menaiki motor yang disyaki merupakan orang upahan. Mereka ini disyaki diupah oleh golongan yang tidak senang dengan program penerangan yang dilaksanakan oleh PAS disekitar Hulu Langat. Sehubungan dengan itu, semua jentera parti dan penyokong diarahkan membuat pemantauan dan buat laporan POLIS dengan segera apabila melihat aktiviti-aktiviti provokasi seperti ini berlaku. Kalau boleh tangkap mereka ini dan dedahkan siapa dalang disebalik kerja-kerja tidak sihat ini....

Ceramah Perdana DS TG Hj Hadi

Lain-lain akan menyusul....