
Akibatnya habis rakyat confuse mana satu jawatan parti dan mana satu jawatan kerajaan. Umpamanya sekiranya PM boleh meresmikan cawangan UmNo, maka PM juga sepatutnya boleh meresmikan cawangan PAS. Tapi itu semua tidak akan berlaku.
Inilah akibatnya apabila UmNo memerintah terlalu lama..... sehingga orang kampung sudah mengangap bahawa UmNo itu adalah kerajaan dan kerajaan itu UmNo. Kesian sungguh. Lagi parah bila PM menggunakan segala jentera kerajaan untuk menjayakan kempen dan gerak kerja UmNo. Wartawan tak perasan..... rakyat juga tak perasan.... Tunggulah saat kehancuran...
__________________________________
Najib: Guna apa saja 'senjata' rampas Selangor
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa anggota Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 yang disifatkannya "sudah hampir tiba".
Najib, yang juga Presiden Umno berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.
No comments:
Post a Comment