Mengikut akal yang waras.... sesiapa pun tidak akan setuju dan merupakan sesuatu yang tidak munasabah. Bodoh sangat ke DAP ini mahu memerintah seperti itu? Susah payah untuk mendapatkan kuasa sedangkan berkuasa hanya seketika. Kalau DAP atau Cina ini bodoh masakan mereka menguasai empayar perniagaan besar di negara ini. Kalau DAP melakukan demikian juga nescaya majoriti rakyat akan bangkit dan membantah. Percayalah kerajaan begitu tak akan bertahan lama. Akal ada ke?
Secara logiknya orang Islam mana pun tidak akan setuju. Tambahan pula majoriti penduduk negara adalah beragama Islam. Sebelum kita bercerita tidak ketahuan hala mari kita sama-sama jawab persoalan-persoalan ini... Apakah sumbangan UmNo:
Secara logiknya orang Islam mana pun tidak akan setuju. Tambahan pula majoriti penduduk negara adalah beragama Islam. Sebelum kita bercerita tidak ketahuan hala mari kita sama-sama jawab persoalan-persoalan ini... Apakah sumbangan UmNo:
- Sejak bila pulak negara Malaysia ini negara Islam?
- Islam di Malaysia memerintah atau diperintah?
- Kenapa Islam agama resmi bukan Islam agama berdaulat?
- Sejak bila pulak UmNo ini ambik berat pasal agama?
- Kenapa UmNo tidak pernah bersungguh untuk melaksanaan Islam dalam seluruh aspek kehidupan dari munakahad, mu'amalat, siasah, jenayah.....?
- Kenapa ada undang-undang Islam yang semourna tetapi dipinggirkan?
- Selepas 54 tahun Merdeka UmNo meletakkan Islam kat mana?
- Selepas 54 tahun kenapa dakwah Islam masih GAGAL?
- Kenapa Islam tidak didakwahkan kepada bukan Islam secara bersungguh dan secara meluas?
- Kenapa jumlah orang Islam di Malaysia sekarang bukan 95%?
- Kenapa masih ramai lagi orang Cina dan India yang belum menganut Islam?
- Kenapa marah kat orang Kristian sedangkan orang Islam (dibaca orang UmNo) sendiri tidak pernah ambik peduli?
- Apa sudah jadi dengan institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR)?
- Kenapa dibiarkan UmNo hapuskan SAR?
- Cukupkah jumlah sekolah rendah agama dan sekolah menengah agama untuk semua orang Islam?
- Kenapa tidak di integrasikan sekolah agama dengan sekolah kebangsaan?
- Apa sudah jadi dengan program pengajian di masjid dan surau?
- Kenapa Masjid dan Surau dibiar sunyi dari majlis kuliah dan keagamaan?
- Kenapa Masjid dan Surau hanya boleh digunakan untuk aktiviti ibadat khususiah sahaja?
- Kenapa bila orang bersungguh dalam beragama dilabel pengganas dan pelampau tak pun dipanggil PAS?
- Kenapa majlis hiburan masih belai dan disemarakkan?
- Kenapa susah sangat nak haramkan judi, arak dan rokok?
- Bila PAS nak haramkan arak dan judi kenapa UmNo tidak sokong?
- Kenapa susah sangat nak bangunkan Islam secara menyeluruh?
- Kenapa susah sangat nak melaksanakan syariat Islam dalam seluruh aspek kehidupan?
- Kenapa peruntukkan untuk membangunkan Islam sangat terhad dan terpilih?
- Kenapa negeri-negari yang penduduknya Melayu Islam majoriti terus terpinggir?
- Kenapa melayan negeri yang di perintah PAS seumpama melayan anak tiri?
- Adakah kita bersungguh untuk mempertahankan dan memartabatkan Islam?
- Kenapa hanya memperjuangkan Melayu bukan memperjuangkan Islam?
- Kenapa hidup Melayu bukan Hidup Islam?
- Kenapa pemimpin negara tak nampak imej Islam dari segi penampilan, perwatakan, perlakuan, pemikiran dan percakapan?
- Kenapa susah sangat nak menutup aurat tetapi sebok.... kata mahu memperjuangkan Islam?
- Orang lain mintak macam-macam, UmNo bagi... Untuk Islam macam-macam tanya dan persoalan?
- Pakai purdah, serban dan kopiah pun tak boleh. Berserban dibuang sekolah, pakai purdah diberhentikan kerja..... kata perjuangkan Islam?
- Kenapa tidak bubarkan semangat kebangsaan dan berpadu didalam jemaah Islam?
- Bila PAS nak laksana Islam kenapa UmNo tak sokong?
- Kenapa lontar batu sembunyi tangan?
Jawablah yang ini dahulu sebelum percayakan Utusan..... Bukan salah kita marah orang nak Kristiankan Malaysia.... Tetapi kita sepatutnya marah kepada UmNo buat tongong selepas 54 tahun memerintah Malaysia.
________________________________________
Bernard Dompok: Apa salahnya PM Kristian?
Walaupun percaya ia tidak akan menjadi kenyataan, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok mengemukakan persoalan apa salahnya memiliki seorang perdana menteri yang beragama Kristian.
"Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen."
Bernard Dompok: Apa salahnya PM Kristian?
Walaupun percaya ia tidak akan menjadi kenyataan, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok mengemukakan persoalan apa salahnya memiliki seorang perdana menteri yang beragama Kristian.
"Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen."
No comments:
Post a Comment