Monday, May 2, 2011

Menjejaki Bob Lokman.....

Mengambil kesempatan cuti hujung minggu yang agak panjang, saya telah berkesempatan untuk balik ke kampung untuk menziarahi ibu di Parti Raja, Batu Pahat. Negeri tumpah darahnya UmNo. Siapa kata Johor adalah UmNo kubu kuat UmNo?

Kalau dahulu ceramah PAS lengang, kini bukan sahaja dihadiri ribuan pengunjung tetapi puluhan gerai dibuka disekitar ceramah. Ini menunjukkan PAS di Johor semakin makmur dan mendapat tempat di hati rakyat Johor. Mungkin inilah yang dibimbangkan oleh UmNo... hingga mereka sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik mereka.

Dimana-mana sahaja UmNo hilang pengaruh. Di bandar mereka telah hilang pengaruh. Kini dikampung-kampung juga mereka mula hilang sokongan. Sebab itulah mereka kempen mati-matian dan mengunakan seluruh jentera kerajaan dan media untuk tunjuk pandai dan dalam masa yang sama menghentam musuh mereka.

Ini adalah sekitar ceramah Saudara Bob Lokman anjuran PAS kawasan Sri Gading yang di adakan di PASTI Al Farabi di Lorong Kurnia, Parit Raja. Ribuan orang hadir walaupun dalam masa yang sama di pekan Parit Raja lebih kurang 1 km dari situ UmNo sedang berpesta konsert karnival 1 Malaysia.



No comments: