Wednesday, May 11, 2011

Pandikutty dan Najib

Najib sepatutnya dan sewajarnya berasa hati bila Anwar menyebut perkataan tersebut kerana beliau Presiden UmNo, Pengerusi BN dan Perdana Menteri. Sebagai ketua parti dan ketua kerajaan beliau telah gagal bertindak dan mengarahkan media negara supaya lebih beretika ketika membuat liputan berita.

Perdana Menteri sepatutnya menjadi pengadil yang tidak memihak kepada mana-mana kumpulan. Sekurang-kurang tidak mendiamkan diri atau lebih-lebih lagi menyokong segala bentuk politik kotor/longkang. Apabila PM diam dalam kes video lucah, diam dalam kes berita berbaur hasutan, diam dalam kes Utusan..... maka Najib sepatutnya berasa kati bila Anwar menyebut Pandikutty.
__________________________________________

Pandikutty untuk politik jijik BN, bukan Najib

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan perkataan pandikutty berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang diamalkan oleh Barisan Nasional, bukan ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Demikian penjelasan Naib Presiden PKR, N Surendran yang turut berada pada majlis bersama Anwar di sebuah majlis di Klang pada 7 Mei lalu.

Beliau merujuk kepada tuduhan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan akhbar Umno seperti Utusan Malaysia bahawa Anwar menggunakan perkataan pandikutty terhadap Najib pada majlis itu.

“Perkataan ini bermakna babi kecil. Saya berada di majlis tersebut dan mengesahkan di sini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

No comments: