Tuesday, May 3, 2011

Obama dan Najib

Apabila keluar kenyataan bahawa Osama telah terkorban, maka sekonyong-konyong keluarlah kenyataan Najib memuji dan mengalu-alukan kejayaan sekutu rapatnya Obama (Amerika). Seolah-oleh bila Osama tiada dunia akan aman damai. Maka Najib cuba menobatkan Osama@Amerika sebagai penyelamat dunia!

Apa yang hendak di ampunya Amerika itu? Apakah pandangan Najib terhadap hantu besar dunia iaitu Amerika yang membunuh ribuan penduduk Iraq, Afganistan, Pakistan, Iran dan lain-lain negara Islam yang lain? Apa pula kenyataan Najib terhadap tindakkan Amerika itu? Adakah Amerika penyalamat dunia?

Apabila Anwar mempunyai hubungan baik terhadap Amerika dituduhnya agen Amerika, namun apabila Najib cuba jek Osama adakah beliau akan dituduh agen Amerika pula?

Berpada-padalah bila membuat kenyataan. Adalah lebih selamat berhujah berdasarkan agama dan hukum daripada membuat kenyataan yang menguntungkan Amerika semata-semata. Kalau tak reti agama tak payah cakap. Bila kita tak tak reti tapi diam orang pun tak tahu yang kita bodoh. Tapi bila kita tak reti tapi cakap banyak nampak sangat kita bodoh.

____________________________________________

Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama

Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat hari ini.

No comments: