Alhamdulillah, tahniah dan syabas di atas kerja keras serta komitment yang jitu jentera di semua peringkat parti PAS dan Pakatan Rakyat sehingga dianugerahkan kemenangan di pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Dengan kemenangan ini maka orang Melayu kini berada dipersimpangan. Orang Melayu kini perlu membuat keputusan untuk menentukan kearah manakah hendak dibawa harapan dan hasrat anak dan cucu cicit kita ini. Adakah orang Melayu akan terus 'dulu kini dan selamanya' menjauhkan diri dari PAS tanpa berfikir kesan keputusan ini kepada masa hadapan anak bangsa kita.
Kita akan insyallah berhadapan satu lagi gelombang perubahan yang besar pada pilihanraya umum ke13 nanti. Dengan kemenangan di Kuala Terengganu, pastinya majoriti rakyat Malaysia tengah berkira-kira untuk menolak terus BN ke jurang yang tidak memungkinkannya untuk kembali semula. Apabila ini berlaku, adakah pada masa itu orang Melayu bersama-sama BN masuk gaung atau telah berpaut kepada tali yang kukuh dalam pakatn Rakyat.
Pastinya sesuatu perlu dilakukan agar kesedaran ini dapat sampai dan difahami oleh segelap lapisan masyarakat orang Melayu terutama yang tinggal di kampung tradisi dan di luar bandar. Perubahan mereka amat penting agar kerusi PAS bertambah bagi membolehkan PAS menerajui kerajaan yang bakal dibentuk. Kegagalan orang Melayu untuk berubah dan bertindak bakal melemahkan kuasa politik orang Melayu. Akibatnya suara orang Melayu akan lemah dan sekiranya ini berlaku diharapkan mereka jangan menyalahkan PAS. Jangan kata mereka tidak diberi peringatan.
Oleh itu marilah kita bersama-sama memberikan kesedaran kepada anak bangsa kita. Mereka perlu dibawa untuk bersama-sama kita bagi memastikan Melayu tidak terus ketinggalan. Isyarat kini semakin jelas dan UMNO/BN hanya menunggu masa untuk jatuh.
Setiap kerusi yang ditandingi oleh PAS adalah penting dan perlu dimenangi. Sekiranya kerusi PAS tidak dominan di DUN maupun di Parliman bermakna suara mereka juga kurang didengari. Ini juga akan menentukan kemana arah yang hendak dibawa oleh kerajaan baru nanti. Insyallah. Perubahan adalah dituntut dan ianya bermula sekarang.

No comments:
Post a Comment