Wednesday, January 21, 2009

Datuk Puad Zarkashi Hilang?.....

Pemimpin Umno Johor, Datuk Puad Zarkashi tidak hadir dalam mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) malam tadi yang membincangkan bantahan terhadap pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) malam tadi.

Dr Puad ZarkashiBagaimanapun, pengerusi jawatankuasa induk gabungan itu, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, walaupun mesyuarat berlangsung tanpa kelibat Puad, beliau yakin ahli Parlimen Batu Pahat itu akan terus memperjuangkan bahasa kebangsaan.

Menjawab soalan, beliau berkata, Puad sejak dulu lagi konsisten memperjuangkankan bahasa kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah yang diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu.

GMP malam tadi bermesyuarat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam. Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pemimpin Pemuda Pakatan turut hadir.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Hassan berkata, beliau difahamkan, Puad memang berniat menghadiri mesyuarat itu tetapi membatalkan hasrat itu di saat akhir kerana beliau dimaklumkan "mesyuarat itu untuk buat demonstrasi".

"Beliau sudah sampai ke Kuala Lumpur dah. Tetapi ada orang bagi tahu beliau, mesyuarat (bertujuan) nak buat demonstrasi. Itu yang beliau tidak jadi datang," katanya.

Dr Hassan yang juga bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagaimanapun enggan menamakan individu yang memaklumkan perkara itu kepada Puad.

Kelmarin, Puad dilaporkan berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat itu bukan mewakili Umno tetapi atas kapasiti individu bagi mendengar sendiri strategi gabungan itu memperjuangkan pemansuhan PPSMI.

Setiausaha pelaksan GMP, Saifullah Zulkifli pula dilaporkan berkata, kehadiran ahli parlimen Batu Pahat amat penting bagi mengimbangi suara pemimpin politik dalam gabungan itu.

Mesyuarat GMP malam tadi dipengerusikan oleh Dr Hassan, turut dianggotai antaranya Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Md Isa dan Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub.

Kabar angin bertiup kencang bahawa Datuk Puad Zarkashi telah ditawarkan dengan jawatan sama ada Timbalan Menteri Keselamatan atau Timbalan Menteri Pelajaran bagi menutup mulut beliau yang agak lantang mengkritik dasar dan polisi kerajaan.

No comments: