Tuesday, June 30, 2009

Pembangunan Ekonomi Melayu

Sekiranya pertimbangan untuk membangun negara dan bangsa lebih penting dari pertimbangan politik saya yakin insyallah ianya akan berjaya. Tetapi selagi kita memberi keutamaan kepada pertimbangan politik dan kroni selamanya ia tidak akan berjaya. Yang bertambah kaya ialah segelintir kumpulan elit politik dan kroni mereka sahaja.

Ataupun polisi kerajaan memang berhasrat untuk memastikan rakyat miskin dan susah. Ini bagi memastikan mereka ini terus bergantung dan berpaut kepada parti yang berkuasa. Ataupun orang yang susah ini lebih mudah dan murah untuk dibeli.
_________________
Melayu perlu bangkit kuasai ekonomi- Raja Muda Perlis

ARAU 29 Jun - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru orang Melayu agar bangkit mengangkat kembali tamadun kaum itu sehingga mampu menguasai ekonomi.

No comments: