Tuesday, June 16, 2009

UMNO Sedia Mendengar?

-updated- UMNO mungkin menyedari atau menyangka idea Kerajaan Perpaduan yang diluahkan oleh TG DS Hadi berpotensi meretakkan hubungan dalam PR. Justru itu UMNO kini mengerahkan semua media dan jenteranya bagi memastikan idea Kerajaan Perpaduan ini terus segar di media dan minda rakyat. UMNO juga berharap agar ianya mampu memecahbelahkan perpaduan dalam PR terutamanya dari DAP.

Terbaru ialah persetujuan Najib dengan idea ini dan secara terbuka cuba memuji President PAS diatas 'keikhlasan' beliau dalam mewujudkan kerajaan perpaduan. Beberapa hari sebelum ini beliau masih mahu mendapatkan penjelasan dari PAS tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan. Adakah kini beliau sudah faham gagasan kerajaan perpaduan ini? Mungkin yang Najib telah paham atau buat-buat paham.

Apakah matlamat Kerajaan Perpaduan? Cadangan untuk membentuk 'unity government' adalah memberi hak rakyat kepada rakyat.....

  1. Unity Government adalah satu bentuk pemerintahan yang tidak menganak tirikan semua wakil yang dilantik oleh rakyat terutama yang bersekutu dalam Pakatan Rakyat.
  2. Memberi peruntukkan yang sama rata kepada semua wakil rakyat dalam DUN dan Parlimen.
  3. Tidak lagi memberi tekanan kepada aktiviti yang dijalankan oleh semua parti politik termasuk PR dengan mengerahkan FRU, polis dan PBT.
  4. Memberikan ruang kepada wakil semua wakil rakyat termasuk PR untuk muncul secara adil di media kerajaan tanpa sekatan.
  5. BN perlu menghentikan serangan kepada PR dalam apa jua bentuk provokasi, melalui media dan pihak berkuasa.
  6. Semua program kerajaan diperingkat negeri dan negara perlu melibatkan wakil dari semua wakil rakyat termasuk PR. Ini termasuk juga aktiviti-aktiviti di sekolah yang mana PR dihalang sama sekali.
  7. membuka ruang kepada semua wakil rakyat termasuk PR untuk bersuara melalui akhbar sendiri dengan memberi permit penerbitan harian.
  8. Semua wakil rakyat adalah sama kerana mereka adalah wakil yang dipilih oleh rakyat yang mana rakyat ini adalah pembayar cukai yang perlu diberikan haknya.
  9. Semua pihak yang melakukan kesalahan perlu mendapat penghakiman yang sewajarnya. Ini juga menuntut kebebasan Mahkamah dalam menjalankan tugas mereka.
  10. Semua pihak yang berkuasa mestilah adil dalam menguatkuasakan undang-undang dan tidak menutup sebelah mata kesalahan yang dibuat oleh penguasa negara dan kerabatnya.
  11. Sekiranya ini berlaku ianya sebenarnya adalah perpaduan yang dikehendaki. Jika kerajaan berpadu dan tidak bersengkita maka rakyat pun tidak bertelagah tanpa sebab.
Unity Government tidak semestinya PR bergabung dengan BN. Tetapi memadai dengan membentuk sebuah kerajaan yang bersatu padu, tidak menindas wakil yang dilantik oleh rakyat dan memberi keutamaan kepada pembangunan negara dan kebajikkan rakyat. Atau dengan kata mudah BN dan PR perlu membuat 'genjetan senjata' atau berdamai dalam membentuk sebuah gagasan pemerintahan yang kukuh.

Pilihanraya nanti kita 'perang' balik.......

Kembalikan hak rakyat Perak kepada rakyat Perak.
________________________________
Umno open to ‘marriage’ with PAS
By Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, June 16 — Umno is still open and ready to hear PAS’s unity government proposal which Prime Minister Datuk Seri Najib Razak described as sincere for the national good.

"It's not that there is no response. I have said before, we are open and ready to hear their proposal. We have never rejected cooperation for national good," Najib said today when asked about the lack of response to the PAS unity government offer.

When asked if he feels the Islamist party is sincere in its intentions, the Umno president replied: "Yes, I sense they are sincere."

Asked further whether the unity government would ever happen, Najib said that they are at the beginning and likened the process to a marriage proposal.

"We have to risik risik (investigate) first. Like if we want to get married, we have to investigate first. Whether it happens or not, takdir menentukan (it is up to fate)."

PAS president Datuk Seri Hadi Awang had offered to form a unity government with BN during the party's general assembly earlier this month, an offer which was warmly received by top BN leaders but met with criticisms by other Pakatan Rakyat leaders.

PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat called PAS leaders intending to form a unity government with the Barisan Nasional as "Umno puppets".

No comments: