Tuesday, June 9, 2009

Kerajaan Perpaduan?

Kerajaan Perpaduan atau 'Unity Government' merupakan sesuatu yang panas bagi sesetengah pihak untuk dibincangkan. Persoalan yang selalu ditimbulkan ialah adakah :

  1. PAS akan bergabung dengan BN?
  2. PAS bergabung dengan UMNO?
  3. PAS menyokong BN?
  4. PAS meninggaklan PR?
  5. PAS bubar?
Ataupun yang lebih besar daripada itu PAS cuba mengingatkan bahawa semua wakil yang dipilih oleh rakyat perlunya untuk berkerjasama bagi kebaikkan rakyat tanpa mengira latarbelakang politik. Semua wakil rakyat perlu melupakan sengketa politik demi memulihkan imej, ekonomi dan taraf hidup rakyat yang tengah gawat sekarang.

Perlu diingat sehingga kini konsep yang dibawa dan dipertahankan oleh BN ialah kalau anda wakil rakyat dari PR jangan harap akan mendapat kemudahan yang didapati oleh wakil rakyat dari BN. Ini termasuklah peruntukkan kepada wakil rakyat, keutamaan dalam mendapatkan dana, kelayakkan untuk meluluskan projek hatta menghadiri program kerajaan. Apakah rakyat yang memilih PR tidak membayar cukai hingga wakil yang dipilihnya tidak diiktiraf atau diperlakukan sedemikian rupa?

Akibatnya segala projek yang dibuat oleh kerajaan BN hanyalah semata-mata untuk kepentingan politik semata-mata. Maka wujudlah projek-projek yang dinamakan 'Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional'.

Benarkah Kerajaan Barisan Nasional itu wujud? Ataupun yang wujud adalah Kerajaan Malaysia? Adakah "Kerajaan Barisan Nasional' itu adalah kerajaan haram yang tidak diiktiraf kewujudannya oleh perlembagaan?

Adakah Kerajaan Perpaduan yang dimaksudkan oleh TG DS Hj Hadi itu adalah BN dan PR perlu melupakan sengketa politik dan berkerja untuk rakyat yang telah memilih mereka. Berbincang, berhujah dan berdebat diparlimen bagi memberi yang terbaik untuk rakyat. Mereka perlu berkerjasama bagi mambangunkan negara dan membantu rakyat tanpa mengira pahaman politik. Yang mana kita melihat akhirnya manfaat yang lebih besar bakal diterima oleh rakyat. Secara tidak langsung PR akan dilihat sebagai memperjuangkan hak rakyat bukan politik semata-mata.

Di masa negara tengah menghadapi tekanan dari pelbagai sudut terutamanya ekonomi kerajaan perlu lebih mengutamakan maslahat umat dan negara dan bukannya politik membabi-buta.

Adakah Kerajaan Perpaduan itu sesuatu yang susah difahami atau ada pihak yang ingin menonjolkan diri dan menjadi jaguh tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan negara. Dimana keutamaan kita? Adakah politik..... atau rakyat? Bila kita utamakan politik belum tentu kita menang. Tetapi jika kita mengutamakan rakyat insyallah rakyat melihat dan menilai..... Akhirnya rakyat akan menyebelahi perjuangan kita, PAS dan PR.

p.s. tulisan ini adalah pendapat peribadi dan bukan mewakili mana-mana cawangan, kawasan dan jemaah.

No comments: