Malam tadi Ketua Pengarah MTD Saudara Mohd Jan Sulong telah memanggil semua pendokong, penyokong dan jentera parti PAS Dusun Tua untuk memberikan penerangan tentang isu politik semasa di Selangor. Perkara yang paling pokok adalah untuk memastikan kita untuk memdapat maklumat yang sahih dari parti dan bukannya dari SMS yang tidak tahu punca, media UMNO atau kedai kopi.
Pucuk pimpinan telah bermesyuarat dua hari lepas dan keputusannya juga telah diumumkan. Sebagai ahli, penyokong dan pendokong parti kita perlu memberi peluang kepada semua pihak untuk melaksanakan tugas-tugas mereka dengan sebaik mungkin. Segala keputusan yang diambil kelak marilah kita sama-sama tunggu.
Kita tidak perlu membuat kesimpulan yang terburu-buru yang akhirnya mengakibatkan kita bersengketa dan berpecah sesama sendiri. Kita ada kepimpinan yang kita telah beri kepercayaan untuk mengendalikan parti, biarlah mereka membuat kerja mereka dahulu. Sebagai ahli kita perlu akur dengan setiap keputusan yang bakal diambil.
KUALA LUMPUR, Oct 29 — Nasharuddin Mat Isa denied today that he was a problematic leader and said the fact that he was elected by an overwhelming majority as PAS deputy president showed otherwise.
In his first comment since Datuk Nik Aziz Nik Mat had named him as among "problematic" leaders who were not fully committed to Pakatan Rakyat (PR), the PAS No. 2 also pledged his party's full commitment towards the opposition coalition.
Nik Aziz, the PAS spiritual leader, had last week called for a special muktamar to rid the party of leaders whom he described as “problematic” and seen to favour working closely with Umno instead of strengthening PR.
He had named Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Ali along with Nasharuddin and secretary-general Datuk Mustafa Alias as those who had made the party look inconsistent.
Nasharuddin said today that he was surprised that he was named by Nik Aziz because it is common practice for top leaders to just give advice to its members.
“The way we work in PAS, especially the top leaders and him as the spiritual leader will give us advice. And he always warns us on some issues and so on. It so happened that on this particular issue, the advice from him came from a blog.
"But when he explained what he meant by his article in that blog, it was discussed and the central committee came up with the conclusion that was reached last night,” he told reporters in Parliament.
Nasharuddin blamed the current problem in PAS on the poor leadership that emerged after the party’s annual general assembly or muktamar in Ipoh and Shah Alam this year.
“As far as for the future political landscape, we are going to be with Pakatan Rakyat. And we are going to strengthen that. And this was proved by many events or programmes organised together and also the continuous meetings we have with top leadership and also leadership at different levels.
“Of course, there are hiccups here and there, but that can be avoided but I think as far as the basic principle is concerned, we are still very much with Pakatan Rakyat,” he said.
He stressed that the party’s position has always been to remain in PR.
“Our position stays as I mentioned earlier that we keep to the resolution from the muktamar, both in Ipoh and Shah Alam, that we are going to stay put in Pakatan, enhance, strengthen Pakatan and the process is ongoing and more programmes are being organised now and details being discussed at different levels,” he said.
He also said the disciplinary committee would present its findings in a report and the next course of action against Selangor PAS will be decided by the party’s central committee.
Central committee members last night unanimously decided not to call for a special muktamar as demanded by Nik Aziz.
Party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang however said the disciplinary committee has been told to investigate various allegations directed at Selangor PAS.
SHAH ALAM, 29 Okt: Ekoran tindakan Menteri Besar Selangor mencadangkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), agar Adunnya di Perlabuhan Klang melepaskan jawatan, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional.
Beliau membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula berkata, Umno sedia menerima Badrul untuk menyertainya.
Tan Sri Khalid Ibrahim dalam respon segeranya berkata, Umno boleh ambil Badrul sebagai wakil rakyatnya jika mereka mahu sangat. Namun Khalid mendesak, Badrul mesti bertanggungjawab kepada rakyat kawasan Perlabuhan Klang yang diwakilinya.
Pagi tadi, Badrul Hisham dicadangkan Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meletakkan jawatan.
Tindakan ini diambil selepas hampir setahun proses membetulkan keadaan dibuat namun terbuktinya ianya gagal dan sikap Adun berkenaan tidak berubah.
Menurut kenyataan pejabat MB, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.
"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau.
"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..
"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.
ImageBerikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.
"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.
"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.
KUALA LUMPUR: PAS mengambil keputusan untuk tidak mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebaliknya parti itu akan mengadakan seminar politik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan untuk memperkasakan parti.
"EGM tak ada, kita bersetuju EGM tak ada tapi diganti dengan seminar.
"Keputusan ini dicapai sebulat suara setelah mengambil kira pandangan Mursyidul Am sendiri, beliau memberi pandangan agar sebolehnya diadakan sesuatu untuk mengumpulkan akar umbi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat bersama barisan pesuruhjaya negeri yang berlangsung lebih empat jam.
Menurut Abdul Hadi, seminar yang akan diadakan pada 7 November depan akan dihadiri oleh kira-kira 1,000 perwakilan dari seluruh negara yang akan membincangkan isu-isu semasa dalam PAS.
Dalam perkembangan yang sama, Abdul Hadi berkata, mesyuarat khas ini juga telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat mengenai beberapa tuduhan terhadap PAS Selangor.
"Isu yang berkait dengan Selangor, yang juga terdapat beberapa tuduhan dan beberapa pandangan, perkara ini kita serah kepada jawatankuasa disiplin parti yang dipengerusikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan pasukannya untuk menyiasat sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," katanya.
Ditanya sama ada siasatan itu akan memfokuskan kepada individu tertentu seperti Dr. Hassan, Abdul Hadi menegaskan siasatan akan dijalankan secara keseluruhan.
"Untuk siasat tuduhan yang dikatakan dalam isu Selangor... Selangor sahaja," katanya.
Abdul Hadi juga berharap siasatan berkenaan beberapa isu yang enggan didedahkan itu boleh diselesaikan secepat mungkin.
Dengan beberapa insiden yang melibatkan PAS dan UMNO telah menyebabkan beberapa kenyataan yang boleh mencetuskan integriti PAS di pandangan rakan PR dan penyokong. Ia juga telah menarik minat UMNO untuk terus mengeksploitasi suasana ini. UMNO tidak berminat untuk berkerjasama dengan PAS..... mereka sebenarnya hanya ingin melihat musuh tradisi mereka ini berantakkan dan berkubur tanpa nisan.
Bagi UMNO selagi PAS kuat dan aktif, maka selamanya UMNO tidak akan dapat menguasai sepenuhnya politik Islam dan Melayu di negara ini. Ini juga bermakna mereka tidak dapat memunggah khazanah kekayaan negara dengan sewenang-wenangnya. Mereka juga akan menghadapi masalah untuk memperbodohkan rakyat terutamanya orang Melayu.
Kini rakyat semangkin cerdik dan sumber maklumat semakin meluas. Dengan sedikit pendedahan rakyat mudah paham. Apa yang perlu buat kini adalah untuk menjaga imej PAS. Marketing perlu lebih dan program kemasyarakatan perlu terus bergerak. Insyallah rakyat Selangor akan terus menyokong kerajaan negeri.
_____________________
KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yasin umpama 'hidung tidak mancung, pipi tersorong- sorong' apabila mengambil kesempatan dengan cuba sekali lagi menawarkan rundingan Umno-PAS.
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan mengingatkan Timbalan Presiden Umno itu agar tidak cuba mengeluarkan kenyataan memecah belahkan perpaduan antara PAS dan Pakatan Rakyat.
"Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 26/10/2009.
"Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong," kenyataannya dipetik.
Katanya Pas berpendapat tindakan Muhyidin itu akibat berasa gelisah dengan perkembangan politik PAS di mana orang bukan Islam semakin menolak Umno dan menerima parti Islam itu.
Sebagai mercu tanda Pekan Bt 14 Hulu Langat, Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah merupakan gambaran kepada masyarakat setempat. Malangnya keadaan di luar dan di dalam Masjid ini amat daif sekali dan boleh memberi gambaran negatif kepada ahli kariah. Karpetnya sudah lama, usur dan berlubang-lubang di beberapa tempat. Diluarnya pula catnya sudah uzur, berkulat dan kubahnya pula sudah dimakan karat.
Sebagai sebuat institusi pusat pengembangan dakwah dan aktiviti masyarakat adalah amat mendesak agar masjid ini dapat dibaik pulih seberapa segera. Masjid ini juga aktif dengan program-program agama seperti kuliah harian maghrib, kuliah duha setiap hari Ahad, tazkirah Jumaat, forum, kursus, ceramah umum dan lain-lain aktiviti masyarakat.
Diharapkan pihak yang berkenaan seperti AJK, ADUN, Ahli Parlimen, Jabatan Agama dan mereka-mereka yang ada access kepada dana dan sumber agar dapat memperbaiki keadaan ini dengan seberapa segara. Semoga usaha ini akan menjadi saham kita yang bermakna dan berkekalan di akhirat kelak. Insyallah.
ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat.
Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.
Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.
"Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat.
"Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.
"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi.
ImageMenurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.
Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.
Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi.
Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah yang diperkenalkan semula, jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.
Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27 peratus kepada 26 peratus selain menaikkan pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.
Berucap membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.
"Walaubagaimanapun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat.
"Ini tidak termasuk lagi cukai keuntungan hartanah sebanyak 5 peratus yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai," tambahnya.
Sehubungan itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh bertanya adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat.
"Apa yang berlaku, ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Poket rakyat makin kosong dan kuasa membeli merosot.
"Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan domestik untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk," tegas Anwar.
Katanya, jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.
"Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 bilion tahun 2009.
"Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? Rakyat atau syarikat pemegang konsesi? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.
"Bagaimana pula dengan kehilangan berbilion ringgit hasil penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya? Skandal demi skandal terbongkar yang melibatkan puluhan billion ringgit daripada hasil cukai yang di bayar oleh rakyat? PKFZ, Perwaja, scorpene dan sebagainya. Kebajikan rakyat diutamakan?" soalnya.
Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.
"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media malam tadi.
KUALA LUMPUR (Harakahdaily), 25 Okt: PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas "dalam tempoh terdekat ini."
Pendirian ini dinyatakan melalui satu kenyataan ringkas lima perenggan dikeluarkan Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.
Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat. PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada Mursyidul Am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas.
"Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris ketika dihubungi Harakahdaily.
Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelakkan isu ini dimanipulasi
Monday, 26 October 2009 06:55 SM Noor & Wan Kay KEMAMAN – Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Kapten (B) Zahar Hashim berkata Umno bukanlah satu parti yang memperjuangkan orang Melayu. Beliau yang telah menjadi ahli Umno selama 29 tahun tahun dan menjadi Ketua Bahagian selama 20 tahun berturut-turut berkata, kaum yang paling ramai miskin di Negara ini adalah orang Melayu dan penagih dadah paling ramai adalah orang Melayu. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada satu program penerangan PAS DUN Chukai di Gong Limau, kelmarin.
Dakwaan beliau ternyata benar, Umno yang merosakkan orang-orang Melayu apabila Agensi Anti Dadah Kebangsaan mendedahkan laporan terbarunya. Dalam laporan tersebut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia berjaya mengesan seramai 2,721 penagih terkumpul di seluruh negara sepanjang tempoh Januari hingga Ogos lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AADK Malaysia, Tanasegran Sinnathambi berkata, berdasarkan rekod Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Nadi), ia menunjukkan penurunan sebanyak 69.32 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Katanya, tahun lalu jumlah penagih dadah yang dikesan di seluruh negara ialah 8,870 orang.
”Manakala sehingga Ogos lalu, bilangan penagih baru yang dikesan seramai 1,543 dan ia berkurang sebanyak 61.82 peratus berbanding jumlah penagih baru dalam tempoh sama pada tahun lalu yang berjumlah 4,041 orang.
”Sementara itu, seramai 1,178 penagih berulang dikesan sehingga Ogos lalu dan berlaku penurunan sebanyak 75.61 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu seramai 4,829 orang,”kata Tanasegran.
Justeru, Kapten (B) Zahar Hashim menyeru ahli-ahli Umno supaya meninggalkan Umno dan mengikuti jejak langkahnya, menyertai PAS dalam memperjuangkan orang Melayu dan Ugama Islam.
Pandangan TG Nik Aziz telah menyerlahkan pendirian UMNO tentang politik mereka. Justru itu saya berpendapat bahawa saya tidak bersetuju pendapat Mufti Perak dan juga Ust Dr Redzuan Tee bahawa politik Melayu adalah politik perpecahan. Yang memilih untuk berpecah adalah UMNO. Bimbang kalau Melayu bersatu kuasa politik akan hilang. Ini dijelaskan lagi dengan komen orang nombor 2 UMNO iaitu Muhyiddin Yassin tentang perpecahan dan krisis kepimpinan PAS. Berpecah untuk perpaduan?
Perlu di ingat bahawa perbezaan pendapat dalam PAS adalah di atas keadah, stretegi dan pendekatan. Bukannya masalah pemimpin terlibat dalam skandal atau jenayah. Ada pemimpin PAS yang mahu agar orang Melayu kekal sebagai penguasa politik negara dan ada yang mahu Islam sebagai asas tanpa mengira bangsa. Ini kerana Allah menjadikan manusia ini bersuku dan berpuak untuk kenal-mengenal satu sama yang lain bukan untuk berpecah dan bermusuhan.
Orang Melayu telah melalui sejarah yang amat panjang dan telah dijajah terlalu lama hingga hilang jati diri. Orang Melayu kini lebih dikenali sebagai orang yang cepat melatah, dengki, khianat dan balas dendam. Mereka suka melihat kehancuran lawannya daripada mencari jalan permuafakatan.
Oleh itu cadangan untuk kerajaan perpaduan oleh TG Hj Hadi hanya diterima oleh Pak Lah sahaja sedangkan UMNO melihat kerjasama dengan PAS hanyalah mengancam periuk nasi mereka.
Amat jelas antara PAS dan UMNO perbezaannya amat besar umpama langit dan bumi terutama sekali bila melibatkan pendekatan dan perlaksanaan Islam. UMNO memilih untuk menghancurkan musuh politik dengan apa jua cara pun. Sebab itulah mereka akan berusaha agar PAS hancur dengan apa jua cara pun melalui sekatan peruntukkan, kemudahan infrastruktur, access kepada dana dan lain-lain lagi dengan matlamat supaya PAS dilihat tidak mampu memerintah dan mentadbir negara.
Semasa UMNO memerintah di Selangor pernahkah PAS dapat menggunakan kemudahan awam seperti padang awam, masjid dan dewan untuk program kemasyarakatannya? Lain pula dengan PAS apabila menguasai Selangor kini YB Ismail Sani (UMNO) boleh menggunakan Dewan DAto Nazir Bt 14 untuk program Hari Raya. Agak-agak jika UMNO berkuasa kembali adakah mereka akan membenarkan PAS menggunakan dewan ini atau tidak?
Kembali kepada saranan EGM yang dicetuskan oleh TG Nik Aziz. Saya berharap ianya dapat diselesaikan dengan segera melalui saluran musyawarah atau muzakarah. Semoga keputusan yang bakal diambil adalah untuk kemaslahatan umum.
Apabila TG Nik Aziz menyuarakan rasa hati beliau tentang barisan kepimpinan PAS maka semua pendokong dan penyokong PAS mungkin rasa kurang selesa dan gelisah. Ini adalah kerana sejak akhir-akhir ini terlalu banyak isu yang keluar di media tentang masalah yang membelenggu PR. Bukan kita percaya kepada berita yang dibawa oleh media perdana. Tetapi ia lebih kepada kegelisahan kita dan pandangan negatif masyarakat umum tentang PAS dan PR.
Di satu pihak didalam PAS, mereka ingin melihat orang Melayu bersatu dan menyokong PAS dan di satu pihak lagi ingin memastikan seluruh rakyat Malaysia bersatu menyokong PR. Anda di pihak yang mana? Mana satu benar dan mana satu salah?
Persolannya mungkin lebih daripada itu. Bukan masalah Melayu bersatu atau rakyat menyokong siapa. Yang lebih utama lagi adalah dimana keutamaan kita dalam berjuang. Adakah kita ingin berjuang untuk memartabatkan bangsa atau memartabatkan keadilan dan kesucian Islam. Islam tidak mengira bangsa, budaya, latarbelakang atau pun agama. Islam mempunyai kayu ukur sendiri yang mana benar dan yang mana salah. Yang mana adil dan yang mana zalim. Kayu ukur Islam ini tidak pernah berubah sejak dari zaman Nabi SAW. Mungkin yang berbeza adalah zaman dan kes.
Mungkin ada yang menimbulkan persoalan Melayu adalah Islam dan itu perlu diberi keutamaan. Sekiranya kita masih di situ maka persoalan yang lebih besar iaitu penyebaran dakwah Islam tidak akan berkembang. Mungkin akhirnya kita terperangkap dalam mentaliti UMNO.
Adalah tidak adil untuk mengukur siapa yang benar atau siapa yang salah dalam pendekatan ini. Mungkin disebelah pihak ada pertimbangan beliau dan disebelah pihak lagi ada pertimbangan yang lain. Pernah dizaman Nabi apabila diperintahkan supaya sahabat hanya solat Asar di satu tempat yang telah ditetapkan maka sahabat terbahagi kepada dua dan masing masing membuat dua keputusan yang berbeza. Ada yang solat Asar di tempat yang ditetapkan oleh Nabi walaupun waktu telah luput (masuk waktu Maghrib) dan ada yang solat Asar juga walaupun belum sampai ditempat yang di tetapkan. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Nabi maka Nabi menyatakan bahawa kedua-dua pertimbangan tersebut adalah benar.
Begitu juga dengan percanggahan di dalam saf kepimpinan PAS. Adalah lebih baik untuk kita menyerahkan penyelesaian itu kepada kepimpinan. Apa jua jalan penyelesaian biarlah kita tunggu. Apabila tiba masanya untuk kita membuat pilihan maka kita buatlah pilihan yang mana lebih kita selesa. Membuat keputusan bukan untuk membuktikan siapa yang betul... tetapi untuk membuat keputusan pandangan yang mana lebih diterima.... memilih suara majoriti.
Kita tidak mahu penyokong dan pendokong berpecah dan bersengketa semata-mata kita menpunyai pendirian dan pandangan yang berbeza. Antara yang BAIK dan yang LEBIH BAIK adalah sesuatu yang mudah untuk dipertimbangkan. Apa jua pilihan tiada keputusan yang salah. Maka lebih baik kita untuk memilih demi kemaslahatan umum daripada mempertahankan pandangan peribadi kita semata-mata. Kita tunggu apakah keputusan yang akan dibuat oleh kepimpinan.
Kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dari bersengketa tentang pandangan di atas. Kita perlu ingat bahawa PAS perlu menang lebih banyak kerusi di pilihanraya yang akan datang. Bila kerusi PAS banyak secara tidak langsung suara PAS akan lebih kuat di dewan. Pada masa itu kita akan sedar bahawa apa juga tindakkan dan keputusan kita hari ini adalah terlalu penting. Apabila kerusi lebih maka yang lainnya lebih mudah diselesaikan. Sekiranya Melayu kekal menyokong UMNO dan UMNO tidak mandapat kerusi majoriti, apakah manfaat yang kita dapat. Maka kembalilah kita ditakuk yang lama terus dipinggirkan.
Sekiranya tiada sokongan jangan bercerita tentang pemerintahan. Sekiranya tiada pemerintahan jangan bercerita tentang perjuangan. Perjalanan masih jauh. Perjuangan belum berakhir. Bahkan, ianya baru bermula. Sekiranya PAS macam UMNO maka dimana kesudahan perjuangan ini.
Benar, ramai orang UMNO telah menyokong PR. Ramai juga yang menjadi kepimpinan. Jangan bawa sekali budaya UMNO. Berebut kuasa dan kekayaan. Mereka hanya ingin memenuhi tuntutan perut dan bawah perut. Akibatnya kita akan hancur dan berantakkan sebagaimana yang dialami oleh UMNO.
Penuhi dada dengan ilmu teruskan menghadiri program di masjid, surau dan markas. Program membantu masyarakat perlu disemarakkan. Membantu kerana keperluan bukan kerana siapa yang mereka sokong. Buktikan kita sebenarnya berbeza daripada UMNO.
Semoga kita diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Bukan menang atau kalah yang menjadi ukuran tetapi sejauh manakah kita berkorban idea, masa, tenaga dan wang ringgit untuk mendapatkan kemenangan.
Sekiranya masih tak berkesempatan untuk membaca laporan Ketua Audit Negara sila layari alamat ini http://www.audit.gov.my/.
Cuma sedikit kemuskilan.... Kenapa laporan itu dibuat sebelum belanjawan negara dibentangkan? Bimbang laporan belanjawan negara itu kelak akan menghilangkan publisiti laporan audit itu nanti. Akhirnya segala isu yang dikemukakan akan senyap begitu sahaja.
Kita kini berada di era di mana kedudukan pembangkang cukup unik dan bersejarah negara. Kita menguasai banyak kerajaan negeri, ramai perwakilan di Parlimen dan kita juga memegang dana pembangunan. Apa lagi yang kita mahukan lagi untuk membolehkan kita menabur bakti untuk rakyat serta memberi keadilan kepada seluruh rakyat terutamanya di Selangor ini tanpa mengira agama, bangsa, fahaman politik dan menghakis politik balas dendam. Dalam kesempatan yang cukup baik ini dan bermakna diberi oleh Allah kepada kita untuk menyumbang apa yang terdaya dengan sedaya upaya kepada kegemilangan dan kehebatan pemerintahan seperti zaman Nabi dan era Khulafa Al-Rashidin.
Kita mengharapkan kita bersama-sama meningkatkan kualiti diri kita. Untuk memimpin dunia memerlukan komitment, kemahiran, kecekapan, kesabaran dan tawakal yang tinggi. Kita ingin memimpin dunia untuk menggantikan kuasa dunia kini yang semakin membawa manusia kepada kehancuran di dunia dan akhirat kepada kesejehteraan dunia dan akhirat sebagaimana yang kita selalu doakan didalam setiap solat. Kita mahu pastikan pentadbiran dunia masa hadapan akan kembali kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah serta mendapat redha Allah.
Anda yang sedang membaca ini adalah salah seorang insan terpilih yang lahir di zaman ini untuk menjadi pejuang kepada perubahan besar dunia. Semoga kita adalah harapan baru untuk dunia yang lebih baik pada hari esok.
Sekadar renungan bagi memastikan perjuangan yang dijunjung bukan saja menang tetapi selaras dengan kehendak Islam. Bangsa dihormati, parti disegani dan perjuangan berjaya dunia dan akhirat. Jika kita tidak mahu mereka menzalimi kita, maka jangan kita zalimi mereka. Cuma satu peringatan. Politik UMNO masih lagi tidak berubah. Berkuasa dan menekan parti lawan mereka. PAS perlu bangkit dan mengubah politik balas dendam ini. Dan yang lebih penting PAS tidak menerima jangkitan penyakit ini. ______________ Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia.
PERGOLAKAN yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini, jangan dipandang terlalu serius oleh kita semua. Itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Saya tidak terlalu bimbang dengan MCA dan Gerakan, kerana sebenarnya kedua parti ini tidaklah sekuat mana di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti Cina yang ultra kiasu itu. Dengan sebab itu, saya tidak berapa ambil kisah atas nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.
Saya akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti ultra kiasu itu bergolak. Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus menjadi matang dan telah melalui banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. Ia semakin mendapat perhatian dan kepercayaan, sehingga ramai yang terpedaya. Apatah lagi parti ini amat jarang sekali kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) dan pilihan raya kecil. Silap-silap mereka akan menang di kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil, jika orang Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar, berbanding mengamalkan carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.
Jika kita membuat sedikit analisa pilihan raya, kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh MCA dan Gerakan adalah kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu. Jika MCA dan Gerakan bertanding di kawasan majoriti Cina menentang parti ultra kiasu itu, saya yakin, kedua-dua parti ini akan kalah teruk. Contoh, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan majoriti kawasan bandar. Itulah trend pengundian yang saya harap pembaca dapat faham makna tersurat dan tersirat.
Mungkin ada yang akan bertanya kenapa selama ini parti Gerakan dapat bertahan di Pulau Pinang? Jawapannya, lihat sejarah Gerakan dan punca-punca berlaku peristiwa 13 Mei 1969, yakni sebelum menyertai Barisan Nasional. Gerakan menjadi pilihan kerana Gerakan ketika itu begitu lantang dan vokal memperjuangkan nasib bangsa. Tetapi apabila Gerakan dilihat semakin bertolak ansur dengan BN, akhirnya ia ditolak, maka menanglah parti ultra kiasu itu dalam PRU 12. Ringkasnya, semakin ultra kiasu sesebuah parti politik itu, semakin ia mendapat sokongan dan perhatian. Bermakna, parti yang ultra kiasu akan mendapat sokongan padu daripada mereka yang ultra kiasu. Saya tidak menuduh semua orang Cina ultra kiasu. Yang pasti, ultra kiasu ini tetap menang besar di kawasan majoriti yang diwakilinya.
Saya yakin, selepas ini mungkin parti ultra kiasu tersebut akan meletakkan satu dua orang calon Melayu di kawasan majoriti Cina, bagi membuktikan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum. Saya turut yakin calon-calon itu akan menang besar. Namun, itu bukanlah suatu yang menghairankan atau memeranjatkan. Hanya yang kiasu sahaja yang dapat membaca politik kiasu. Jika calon Melayu itu menangpun, calon Melayu tersebut tidak akan boleh berbuat apa-apa, sebab ia tetap dikuasai oleh mereka yang ultra kiasu. Kewujudan orang Melayu dalam parti tersebut adalah satu permainan wayang kulit yang cuba dipertontonkan untuk mengaburi mata kita.
Kita jangan tertipu dengan permainan silap mata mereka. Kemunculan beberapa tokoh Melayu dan juga India yang dilantik dalam kepepimpinan parti mereka hanyalah sandiwara untuk membuktikan bahawa mereka tidak chauvinis. Dengan sebab itu, bila ada orang Melayu yang agak berpengaruh menyertai mereka, maka cepat-cepat dilantik sebagai Naib Pengerusi. Mungkin selepas ini, sebagai timbalan pengerusi. Saya masih menunggu apakah orang Melayu akan dilantik sebagai pengerusi parti ultra kiasu suatu hari nanti? Tunggu dan lihat! Apapun, inilah strategi licik mereka yang kita masih terlepas pandang. Justeru, janganlah risau sangat pasal masalah dalaman MCA dan Gerakan. Apa yang penting yang perlu kita lakukan ialah mendedahkan tembelang parti ultra kiasu supaya orang Melayu dan orang Cina lain yang cintakan tanahair ini agar tidak tertipu.
Jika para pembaca tidak percaya apa yang saya katakan, cuba bangkitkan isu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk digilirkan di kalangan pelbagai kaum dalam pakatan mereka atau dalam Barisan Nasional? Saya yakin, bukan sahaja parti ultra kiasu ini akan terkinja-kinja, malahan mereka yang tidak berkaitan dengan parti ultra kiasu ini juga akan bersatu bersama parti ultra kiasu ini menentang keputusan tersebut. Ketua Menteri
Pokoknya, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh terlepas kepada kaum lain. Pada hemat saya, siapapun yang memerintah Pulau Pinang antara ketiga parti ini adalah tidak penting. Yang penting orang Melayu tidak boleh menjadi Ketua Menteri di sana. Sebarang percubaan dan usaha akan ditentang habis-habisan.
Justeru, saya tidak hairan dengan apa jua krisis yang melanda dalam parti-parti politik bangsa saya. Benar, mereka nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti ultra kiasu ini akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan hentaman kosong. Siapakah yang bekerjasama secara senyap?
Dua parti komponen ini akan senyap-senyap menyampaikan kepada BN bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam PRU 12. Inilah yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah.
Begitulah juga beruntungnya MCA dan Gerakan yang dilihat lunak dengan kerajaan. Orang Melayu pula akan memberi sokongan kepada mereka tanpa berbelah bahagi kerana itulah sikap Melayu di bumi Melayu. Akur kepada arahan pimpinan. Sanggup ketepikan calon sebangsa seagama kerana mereka diajar supaya taat kepada pemimpin. Perkara ini telah berlaku sejak zaman feudal lagi, pantang Melayu menderhaka. Konotasi ini ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita untuk menilai.
Parti politik Cina amat beruntung kerana di luar, ada yang lantang mengkritik, mendesak dan menuntut, pada masa sama di dalam ada yang bekerja dan memujuk. Tidak kira di mana negeripun mereka berada, sama di dalam pakatan atau dalam kerajaan. Mereka tetap untung.
Tidak seperti parti politik Melayu, di luar begitu lantang mengkritik, di dalam tidak ada seorang yang memujuk. Sebab parti politik Melayu (UMNO) hanya ada satu dalam kerajaan. UMNO keseorangan dalam kerajaan berhadapan dengan mereka yang lain, yang tidak habis-habis mendesak.
Saya amat faham benar, kenapa kadang kala UMNO ini terpaksa mengalah, kerana UMNO tersepit, ibarat di luah mati bapak, ditelan mati emak. UMNO tidak ada pilihan sebab rakan sebangsa dan seagama tidak bersama mereka. Rakan sebangsa dan seagama yang lain berada di luar. Kerjanya, mencari salah orang, menghentam dan mengkritik, tetapi kurang pandai memujuk. Akhirnya siapa yang rugi? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.
Malas nak mengulas dan mengambil pusing Bagan Pinang. Rasanya lebih baik kita cerita sedikit pengalaman mengembara di negara orang.
Tugasan di Cambodia memberi peluang saya melawat sejarah jenayah kemanusiaan yang tidak dapat digambarkan. Mungkin banyak lagi tempat-tempat yang penduduknya mengalami nasib yang hampir serupa seperti Palestine, Bosnia, Filipina, Selatan Thai, Afrika dan negara kita juga.
Taktik yang digunakan oleh Pol Pot ialah apabila rakyat bodoh mereka akan menyembah kerajaan yang memerintah...... Macam biasa ku dengar taktik ini.
PORT DICKSON: PAS berkemungkinan akan mendapatkan injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyelesaikan isu pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilihan yang dikeluarkan suruhanjaya berkenaan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PAS kini sedang menimbang untuk menggunakan peruntukan undang-undang jika SPR masih berdiam diri mengenai isu tersebut.
"Ya, bagi tindakan jangka pendek ialah kita akan mendapatkan injunksi untuk menangguhkan pilihan raya sehingga isu ini diselesaikan," katanya dalam sidang akhbar di sini pagi Rabu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaannya sebelum ini bahawa PAS mempunyai bukti yang kukuh bagi mendedahkan mengenai kewujudan pertindihan nama dalam daftar pemilih SPR.
Kata beliau, pertindihan yang dimaksudkan ialah nama bagi seseorang pengundi itu telah didaftarkan di dua kawasan iaitu satu daripadanya menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam.
"Satu nama boleh mengundi di kem tentera di sini dan satu nama lagi berdaftar dan boleh mengundi di Kelantan," katanya.
Menurut Salahuddin lagi lebih daripada 500 pengundi yang nama mereka telah didaftarkan di dua kawasan.
"Angka rasmi akan kita dedahkan esok selepas kita berjumpa dengan SPR... tapi buat masa sekarang bolehlah saya katakan ia melebihi 500 pengundi," katanya.
Pertemuan antara PAS dan SPR akan diadakan di Putrajaya pada pukul 3 petang Rabu.
Bagi pertemuan tersebut wakil PAS akan diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Bagaimanapun Salahuddin yang juga Pengarah Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang itu berkata perkara tersebut bergantung kepada tindakan susulan SPR terhadap pendedahan ini.
"Walau apa pun, terpulang kepada SPR sebelum kita ambil apa-apa tindakan," katanya.
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Sisters in Islam (SIS) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA) kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu apabila mempertikaikan pelaksanaan Undang-undang Syariah di negara ini.
Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralib berkata Pengarah Eksekutif WAO Ivy Josiah dengan angkuh dan biadap mengeluarkan kenyataan yang meminta supaya undang-undang yang bersangkutan jenayah syariah dikaji semula dalam usaha memansuhkannya.
Beliau berkata Pengarah Eksekutif SIS Dr Hamidah Marican pula mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan hukuman sebat ke atas model Kartika Dewi Sukarno oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang dan menganggap hukuman itu sebagai kejam dan perlakuan yang menjatuhkan maruah serta mencabuli hak asasi manusia.
"Kedua-dua mereka membuat kenyataan itu dalam sidang akhbar semalam bersama sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina," katanya dalam sidang akhbar di sini , Khamis.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah wakil daripada Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS), Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
Mohamad Isa berkata tindakan pemimpin WOA dan SIS itu secara terang-terangan telah menyentuh dan menjejaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di Persekutuan dan bagi negeri-negeri disamping bercanggah dengan Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Selain itu katanya, mereka juga tanpa berselindung telah menghina hukum syarak yang sedang berkuatkuasa melalui enakmen di negeri-negeri dan mengguris perasaan dan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Mohamad Isa berkata sehubungan itu pihaknya akan membuat laporan polis di balai polis Seksyen 11 Shah Alam 3 petang esok bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dalang disebalik kedua-dua pertubuhan itu sehingga mereka berani menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta menghina dan memperlekehkan hukum Islam serta Undang-undang Syariah di negara ini.
JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.9 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi, memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi.
"Sebilangan hotel di padang telah musnah," kata ketua amaran tsunami bagi agensi geofizik dan metereologi, Rahmat Triyono.
Agensi AFP melaporkan, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii bagaimanapun telah mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, namun ia dibatalkan selepas itu.
"Sehingga sekarang, kita belum boleh menghubungi Padang, komunikasi telah terputus," kata Triyono.
Menurut agensi tersebut dalam laman webnya, gempa tersebut berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) yang melanda kawatan laut di wilayah Sumatera Barat.