Wednesday, October 28, 2009

Rundingan Umno-PAS hanya umpan Muhyiddin

Dengan beberapa insiden yang melibatkan PAS dan UMNO telah menyebabkan beberapa kenyataan yang boleh mencetuskan integriti PAS di pandangan rakan PR dan penyokong. Ia juga telah menarik minat UMNO untuk terus mengeksploitasi suasana ini. UMNO tidak berminat untuk berkerjasama dengan PAS..... mereka sebenarnya hanya ingin melihat musuh tradisi mereka ini berantakkan dan berkubur tanpa nisan.

Bagi UMNO selagi PAS kuat dan aktif, maka selamanya UMNO tidak akan dapat menguasai sepenuhnya politik Islam dan Melayu di negara ini. Ini juga bermakna mereka tidak dapat memunggah khazanah kekayaan negara dengan sewenang-wenangnya. Mereka juga akan menghadapi masalah untuk memperbodohkan rakyat terutamanya orang Melayu.

Kini rakyat semangkin cerdik dan sumber maklumat semakin meluas. Dengan sedikit pendedahan rakyat mudah paham. Apa yang perlu buat kini adalah untuk menjaga imej PAS. Marketing perlu lebih dan program kemasyarakatan perlu terus bergerak. Insyallah rakyat Selangor akan terus menyokong kerajaan negeri.
_____________________

KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yasin umpama 'hidung tidak mancung, pipi tersorong- sorong' apabila mengambil kesempatan dengan cuba sekali lagi menawarkan rundingan Umno-PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan mengingatkan Timbalan Presiden Umno itu agar tidak cuba mengeluarkan kenyataan memecah belahkan perpaduan antara PAS dan Pakatan Rakyat.

"Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 26/10/2009.

"Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong," kenyataannya dipetik.

Katanya Pas berpendapat tindakan Muhyidin itu akibat berasa gelisah dengan perkembangan politik PAS di mana orang bukan Islam semakin menolak Umno dan menerima parti Islam itu.

No comments: