Kita kini berada di era di mana kedudukan pembangkang cukup unik dan bersejarah negara. Kita menguasai banyak kerajaan negeri, ramai perwakilan di Parlimen dan kita juga memegang dana pembangunan. Apa lagi yang kita mahukan lagi untuk membolehkan kita menabur bakti untuk rakyat serta memberi keadilan kepada seluruh rakyat terutamanya di Selangor ini tanpa mengira agama, bangsa, fahaman politik dan menghakis politik balas dendam. Dalam kesempatan yang cukup baik ini dan bermakna diberi oleh Allah kepada kita untuk menyumbang apa yang terdaya dengan sedaya upaya kepada kegemilangan dan kehebatan pemerintahan seperti zaman Nabi dan era Khulafa Al-Rashidin.
Kita mengharapkan kita bersama-sama meningkatkan kualiti diri kita. Untuk memimpin dunia memerlukan komitment, kemahiran, kecekapan, kesabaran dan tawakal yang tinggi. Kita ingin memimpin dunia untuk menggantikan kuasa dunia kini yang semakin membawa manusia kepada kehancuran di dunia dan akhirat kepada kesejehteraan dunia dan akhirat sebagaimana yang kita selalu doakan didalam setiap solat. Kita mahu pastikan pentadbiran dunia masa hadapan akan kembali kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah serta mendapat redha Allah.
Anda yang sedang membaca ini adalah salah seorang insan terpilih yang lahir di zaman ini untuk menjadi pejuang kepada perubahan besar dunia. Semoga kita adalah harapan baru untuk dunia yang lebih baik pada hari esok.
No comments:
Post a Comment