Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat menyambut tahun baru 2010. Sempena tahun baru ini marilah kita tinggalkan segala kesakitan, keperitan, ketidakpuashatian, keserabutan dan segalanya yang negatif. jauh dibelakang Marilah kita melangkah ke tahun baru ini dengan iltizam, kesungguhan dan harapan yang baru.

Pertumbuhan ekomomi masih perlahan. Pun begitu ada beberapa sektor tidak berapa terjejas oleh kelembapan ekonomi. Secara amnya pencapaian Najib kita boleh ukur seperti graf di atas. Tidak cukup baik untuk kembali ke tahap sebelum ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin juga masih senyap.... ghaib entah kemana..... Hilang lagi ke?

Cabaran yang hebat bakal menunggu. PRU 13 pasti menjanjikan perubahan yang besar kepada lanskap politik negara. Tampuk pemerintahan mungkin akan bertukar. Isyarat semakin jelas. ... Mereka yang berada di kelas menengah sudah bersedia. Persoalannya apakan kita yang berada di kelas yang berlainan ini sudah bersedia menghadapinya.

Apabila tampuk pemerintahan bertukar kepada PR dan BN hanyut dan ghaib sebagaimana ghaibnya enjin kapalterbang adakah orang Melayu masih mengharapkan UM NO dan BN? Siapakah yang bakal membawa suara mereka. Kesedaran pengundi Melayu perlu digembeling bagi memastikan kemenangan PAS cukup significant. Seterusnya PAS boleh menjadi parti pengganti kepada UM NO.

Untuk itu program mendekati dan menyedarkan pengundi Melayu tentang masadepan politik negara amat penting. Mereka inilah yang bakal mencorakkan pentadbiran pasca PRU 13 nanti. Marilah kita sama-sama bergerak untuk memastikan PAS terus kuat, dihormati dan menjadi pilihan pada PRU13 nanti. Insyallah.

Bersedialah untuk menggantikan UM NO dengan PAS.
_______

Dalam akhbar Sinar Harian hari semalam, penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling mengakui bahawa hasrat Umno Selangor untuk merampas kembali negeri Selangor dalam PRU ke 13 nanti tidak akan tercapai oleh kerana beberapa faktor termasuklah kerana tiada pemimpin yang berwibawa untuk memegang teraju di negeri ini.

Ini bermakna selagi Khir Toyo dan Noh Omar diharapkan, maka selagi itulah kelam dan suram harapan parti berkenaan.

Selain itu pimpinannya juga berterusan bertelagah sesama sendiri dan masih belum kebah-kebah dari kekalahan ngeri mereka pada PRU ke 12 lalu.

Yang ketaranya, Prof Zainal tidak pula menyebut berkenaan MIC, MCA dan Gerakan iaitu rakan komponan BN di Selangor. Apakah Umno Selangor sahaja memegang tugas untuk merampas kembali Selangor? Seolah MCA, MIC dan Gerakan sudah pupus tiada berperanan lagi di negeri ini!

Sebagai seorang penganalisis yang cenderung pada Umno dan BN ternyata kenyataan Prof Zainal ini suatu petanda buruk buat Umno Selangor. Namun PR janganlah pula berasa besar kepala dan tidak bekerja kuat. Berilah tumpuan pada memperkasakan jentera masing-masing. PAS contohnya mesti memperteguhkan safnya, memperkasakan jentera parti dan terus bekerjasama dan melangsungkan hubungan erat dalam PR.

Dalam keadaan Umno tenat, PAS mesti bingkas bangun segar dan bertenaga. Setiap EXCO, ADUN, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung PAS dan begitu juga rakan-rakan PKR dan DAP mestilah mempamirkan corak kepimpinan yang baik, telus dan berwibawa supaya rakyat terus selesa dan yakin dengan kita.

Kerajaan PR Selangor perlu buktikan yang ia berbeza dan jauh lebih baik dari kerajaan BN dahulu. Jika ini dapat dicapai dan dikekalkan suram muramlah Umno Selangor sampai bila-bila (ikutlah jejak Dato Kapten Zahar, tinggalkan Umno jom masuk PAS dan sokong PR).


PAS Cawangan Bukit Sentosa

BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang Berani Melawan Arus

Haji Abdurrahman Wahid yang mesra disapa Gus Dur telah meninggalkan dunia ini dengan segala sejarahnya.

Beliau terkenal sebagai salah seorang tokoh nasional yang banyak mewarnai perjalanan bangsa Indonesia pelbagai kaum.

Bukan saja Gus Dur membawa idea luar biasa tapi tokoh agama ini juga pernah menimbulkan kontroversi ketika beliau bergelar Presiden apabila ideanya membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

Hal ini menjadi salah satu gagasan yang membuat beliau dikritik hebat oleh sekelompok pertubuhan Islam di Indonesia.

You Can Make A Different

Stop blaming the civil service, the police, the MACC, the judiciary and the rest for being subservient to the government. It is our fault that this has happened because we allowed it by voting BN into power every election since independence.

We all agree that they - meaning the public services - are there to serve the BN government and not the people of Malaysia... 'Kakitangan kerajaan.... bukan kakitangan awam/rakyat'. For this, we have to thank Dr Mahathir Mohamad who set the process in motion some 30 years ago.

Today, we see so clearly that the rot has set in. With the removal of the "independence" in our judiciary, the rot started and it spread to all areas of the civil service, the police, etc. They did it because BN leaders said so..... and because of your vote.

Once again, stop blaming the BN. It is us the people, especially those eligible to vote, who put them in power in the first place.

So stop crying foul and start doing something about it. We can start with registering every Malaysian who is eligible to vote and convincing them of the need for 'change' in our present system.

Visit our booth at 'Karnival Rakyat - Jom Halal' Stadium Kajang for registering new voters.

'Anak Muda Benci UM NO'

Malam Pelancaran Buku Perak Darul Kartun

Pelancaran oleh Zunar..... Harga Gedung Kartun yang kontroversi dan telah diharamkan oleh KDN akan meningkat kepada RM10 bermula 1 Jan 2010.

Kita tunggu selepas ni bakal terbit 'Dari Port Dickson ke Monggolia'.
Puisi SMS oleh Pyan.
Meor dan Nik dengan dendangan lagu bersahaja namun mampu menyedarkan minda betapa kartunya negara masa kini. Ikut Suka Aku (I .S. A).
Ito.....Apo nak di kato! Otai yang terus bergiat bersama pentas PAS.
Hishamuddin Rais meramal 2010.
Poster Najib dilelong dengan harga RM40.
Poster Rosmah.... Mahal sikit RM50.....
Pengunjung yang memenuhi tapak persembahan.
Kartunis sebok autograf buku untuk peminat.
......sempat bergambar dengan peminat.


Wednesday, December 30, 2009

Malam Kebudayaan

Malam Kebudayaan diserikan dengan tarian singa, seni mempertahankan diri Jepun Akido dan dikir barat. Ketua Pengarah MTD, Saudara Mohd Jan Sulong sempat hadir bagi bersama-sama pengunjung menyaksikan persembahan tersebut. Program sebegini diharap dapat mendekatkan dan memperkenalkan masyarakat dengan budaya kita yang pelbagai.





Promosi Pembangunan Ma'had Tahfiz - Nazrey ex-Raihan

Ustaz Nazrey tetap istikomah dalam usahanya mengumpul dana bagi membangunkan Ma'had Tahfiz di Sabah. Kehadirannya di tapak Karnival bagi mempromosi dan mengumpul dana telah menarik perhatian ramai pengunjung. Ada yang mengambil kesempatan bergambar dengan bekas penyanyi Raihan yang amat popular ini.



Pentas Pemuda

Walaupun sebelum program dimulakan hujan lebat turun mencurah-curah namun ia masih tidak dapat membendung semangat pengunjung dan pemidato dari saf hadapan pemuda PAS. Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi telah digantikan oleh Ustaz Redwan Mohd Nor Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Seperti biasa Saudara Saufi memanaskan suasana dengan menjadi pengerusi majlis pada malam tadi.
Pidato dimulakan dengan ucapan dari Ustaz Hasbullah Ridwan Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor yang istikomah dalam memastikan kehadiran PAS di Selangor dirasai. Walaupun pelbagai kisah muncul di Selangor namun Pemuda PAS Selangor akan tetap bersemangat bagi memastikan kerajaan PR di Selangor yang ada terus didokong dan dipertahankan.

Beliau juga mengulas...... Bagaimana seorang Menteri yang semasa pentadbirannya kehilangan 2 biji enjin kapal terbang boleh menjadi Perdana Menteri sedang Menteri tersebut seperti tidak rasa bersalah dan rakyat seperti tidak kesah.
Pidato kemudiannya diteruskan oleh Saudara Mohd Shah Mior Kosim Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat dengan membawa gagasan membina generasi baru yang mempunyai jati diri bagi menjadi pelapis pemimpin masa hadapan. Program mendekatkan pemuda dengan surau dan masjid perlu diteruskan bagi memastikan pemuda memahami dan mengamalkan syariat Islam yang syumul.

Program cegah gejala sosial akan terus dijalankan dan yang terbaru ialah program mendekati pemuda pada malam tahun baru yang akan menjelang tiba.
Pidato kemudiannya disambung oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ADUN Bukit Payung yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu. Beliau banyak mengulas isu terkini yang melanda Terengganu 'Darul Roboh'. Terengganu yang merupakan negeri yang kedua terkaya, malangnya penduduknya pula yang kedua termiskin.
Pidato ditutup dengan ucapan yang penuh bersemangat dari Ustaz Redwan Mohd Nor Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Beliau menekankan pentingnya peranan pemuda dalam menentukan masa depan negara. Beliau menyandarkan harapan yang tinggi agar usaha dapat digembling bagi memberi kesedaran Islam kepada generasi muda ini. Beliau mengambil contoh pemuda zaman silam seperti Usama Bin Zaid seorang pemuda belasan tahun yang dilantik oleh Nabi SAW bagi mengempur tentera Rom bagitu juga Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya membuka Kota Costantinople dalam usia beliau masih lagi 19 tahun.
Beliau juga mengimbas PRU 12 yang telah lalu yang memperlihatkan sumbangan generasi muda ini dalam menjana kemenangan PAS. Kemenangan PAS banyak dibantu oleh generasi muda dan golongan yang terpelajar. Manakala golongan tua dan mereka yang kurang terdedah dengan maklumat terus menyokong UM NO.
Walaupun digenangi air tetapi mereka tetap bersemangat menunggu hingga akhir ceramah. Terimakasih kepada pihak penganjur kerana menyediakan khemah.



Tuesday, December 29, 2009

Malam ini 30/12/2009

Update dari Facebook Zunar : Hishamuddin Rais baru sahkan akan turut membuat persembahan di Pelancaran Perak Darul Kartun 30 Disember, 8 malam, Stadium Kajang: Persembahan oleh Ito, Dinsman, Meor, Pyan Habib, Hishamuddin Rais.



Hasan dan Khalid belum diputuskan bersalah - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Keputusan Jawatankuasa disiplin PAS untuk memanggil Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dan Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad merupakan proses biasa untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak, kata Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihak jawatankuasa telah meneliti dokumen mengenai kedua-dua individu terbabit yang diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan.

"Setelah bermesyuarat pada Sabtu lalu, pihak jawatankuasa mendapati ada satu keperluan untuk memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar keterangan mereka. Ini adalah proses biasa dalam parti," katanya ketika dihubungi Harkahdaily petang tadi.

Beliau meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

"Buat masa sekarang, pihak jawatankuasa tidak boleh cakap mereka bersalah atau tidak sebab belum mendengar keterangan daripada mereka. Sebab itu lah jawatankuasa akan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-duanya," kata beliau kepada Harakahdaily.

Pentas Pemuda - 29/12/2009

Jangan lupa malam ini, pentas Karnival Rakyat - Jom Halal bakal digegarkan dengan pidato pemuda yang dibarisi oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ustaz Hasbullah Awang dan Ustaz Mohd Shah Mior Kosim.

Monday, December 28, 2009

Malam ni 28/12/2009

Malam ni jangan lupa pertunjukkan kebudayaan seperti silat, tarian singa dan tabla. Tidak ketinggalan juga persembahan nasyid dari Ma'had Tahfiz dan Dikir Barat Awang Sulong.


Pelancaran Perak Darul Kartun 30 Disember, 8 malam, Stadium Kajang: Persembahan oleh Ito, Dinsman, Meor, Pyan Habib. (Bukan senang nak kumpul kepala2 protes ini dalam satu pentas, datang jangan lepaskan peluang).




Sunday, December 27, 2009

PAS to zip lips before they sink ships


Kekebasan yang diberikan kadangkala mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan jemaah. Bukan hanya diperingkat Blog MTD dusun Tua, kini PAS Pusat juga akan mengenakan kawalan terhadap kenyataan yang dibuat terutama melibatkan kenyataan umum dan media.

Terlalu banyak kenyataan yang dibuat telah diambil kesempatan oleh media perdana yang akibatnya mengundang pandangan negatif di mata masyarakat. Kini Selangor dan Kelantan telah menjadi sasaran bagi mereka mengambarkan ketidakupayaan PR dalam melaksanakan amanah yang diberi oleh rakyat.

Justru itu adalah perlu mengenakan sedikit kawalan bagi memastikan setiap kenyataan yang dibuat tidak mengundang masalah. Mencegah adalah labih baik dari mengubati.
____________________________

KOTA BARU, Dec 27 – PAS will soon institute new controls to limit the freedom of party leaders in making public statements, seen as a move by the Islamist party to mitigate the effects of negative coverage following a recent spate of internal disputes made public in both Selangor and Kelantan.

Under the new system, only selected party leaders will be allowed to issue press statements.

The matter was announced by PAS vice president Nasharudin Mat Isa during a press conference after a Munaqasyah keynote address at Pengkalan Chepa yesterday.

Treasure Hunt

Karnival Rakyat diteruskan dengan program Treasure Hunt yang pelepasannya di buat oleh YB Dr Che Rosli. Sebanyak 14 buah pasukan telah mengambil bahagian. Pengembaraan melibatkan perjalanan dari tiga kawasan dibawah Parlimen Hulu Langat iaitu DUN Kajang, Semenyih dan Dusun Tua.

Doa dipanjatkan oleh YB bagi mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar. Ameen.....
Flag-off.... Selamat memerah otak dan exercise mata.


Karnival Rakyat - Jom Halal

Karnival Rakyat di buka secara resminya pada tanggal 25 December 2009 oleh YB Dr Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat. Pelbagai aktiviti disusun bagi mengisi karnival yang berlangsung dari 25 Disember 2009 hingga 3 Januari 2010 di Stadium Bolasepak Kajang.

Selain gerai jualan, PAS Hulu Langat juga membuka kaunter semakkan daftar mengundi dan pendaftaran pengundi baru. Semoga karnival ini dapat memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat.










Friday, December 25, 2009

Sembang-sembang yang tak lagi sembang

As much as we would like to cultivate and encourage our visitors to express their views on a free platform we are also have some limit to the free expression. Not we against freedom of expression but we need to preserve harmony within the jemaah.

We would like to express our gratitude to all the participants who’re very committed and dedicated in visiting this site to get some update and express your views and opinions. Unfortunately we have to temporarily closed this ‘sembang-sembang’ section to provide cooling-off period.

However, if you think you need to share some information and views, you can always e-mail me at jafrimdamin@gmail.com.

Thank you.
_________________________________________________________

Walaupun kita amat mengalu-alukan dan mengalakkan percambahan fikiran melalui ruangan yang bebas tetapi kebebasan tetap ada batasan. Ada kalanya bahasa yang digunakan tidak sesuai dan tidak mengambarkan pendirian kami sebagai jemaah Islam.

Kami terpaksa menghentikan sementara ruangan ‘sembang-sembang’ ini bagi meredakan keadaan dan memelihara hubungan didalam jemaah. Sehingga keadaan kembali harmoni kita insyallah akan buka ruangan ini.

Sekiranya anda mempunyai maklumat dan ingin berkongsi pandangan sila subungi saya di alamat e-mail jafrimdamin@gmail.com.

Terima kasih.

Thursday, December 24, 2009

PM vs PM : Bogel dan membogelkan

Tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.

Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata syarikat petroleum negara Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang kekuasaannya tetapi RM270 bilion semasa dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Tun Lah.

Flip Flop

Cukai keuntungan hartanah kini hanya terpakai kepada hartanah yang dijual dalam tempoh kurang dari lima tahun daripada pembelian, demikian diumumkan oleh Najib.

Beliau berkata cukai lima peratus itu akan dikenakan ke atas mereka yang menjual hartanah kurang daripada lima tahun selepas mereka membelinya. Ini jelas mengubah pengumuman dalam Bajet 2010 baru-baru ini yang menyaksikan cukai jualan hartanah dikenakan ke atas semua jualan hartanah.

Tazkirah

[An Nisa' ayat 135]

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Wednesday, December 23, 2009

Besar Mana Engin Jet F-5E itu?

Agak-agak siapa yang larat nak pikul engin sebesar ini? Ataupun orang boleh sorok engin sebesar ni......?



2 Harga Petrol, Diesel

Yang mudah pun tak dapat dilakukan inikan pula nak melaksanakan sesuatu yang memerlukan terlalu banyak proses pemantauan. Kenapa tidak dilaksanakan dahulu harga berbeza antara warganegara dan rakyat asing?

______________________________

PETALING JAYA 22 Dis. – Mulai Mei tahun depan, kerajaan akan melaksanakan mekanisme baru subsidi petrol dan diesel yang menetapkan dua harga berbeza untuk rakyat dan bukan warganegara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, subsidi untuk warganegara juga akan diletakkan dalam beberapa kategori tertentu seperti berdasarkan kapasiti enjin kenderaan.

“Matlamat utama mekanisme baru ini bagi memastikan subsidi itu diterima oleh golongan sasar memandangkan pada masa ini semua lapisan rakyat termasuk yang kaya mendapat subsidi petrol atau diesel,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan menutup Majlis Bicara Eksekutif di sini hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, Kementerian Kewangan akan mengumumkan secara terperinci mengenai subsidi tersebut.

Jelasnya, perkara-perkara terperinci mengenai mekanisme baru itu masih lagi dalam perbincangan dan semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi.

Halal Part II

Kalau Bak Kut Teh tidak mendapat persijilan Halal hanya kerana namanya. Bagaimana dengan lain-lain makanan yang setaraf dengannya seperti 'beef bacon', 'turkey ham', 'root beer' dll ..... Disinilah keperluan yang amat mendesak undang-undang, akta, garis panduan dan segala bentuk prosedur diperlukan bagi memberi panduan kepada seluruh masyarakat. Ilmu Islam tidak seharusnya tersembunyi di dalam kitab-kitab fiqah sahaja.

Islam bukan sahaja sempurna tetapi ianya perlu dinampakkan kesempurnaannya.
______________________________
Halal bak kut teh a boiling issue

KUALA LUMPUR, Dec 23 — Beef bacon, turkey ham, halal champagne. These are names that have become part of the Muslim food lexicon in Malaysia.

But the Islamic authorities have drawn the line at halal bak kut teh.

The Malaysian Department of Islamic Development said it would not allow the dish to be certified as halal (permissible to Muslims) if it continues to be called bak kut teh.

Its deputy director Lokman Abdul Rahman told Utusan Malaysia that Muslims might mistakenly believe that the dish in general is now halal as Malaysians know bak kut teh as a herbal soup made with pork ribs.

“My suggestion is that the name be changed to another one, and not be continued to be called bak kut teh for the halal version,” he said.

Halal bak kut teh was introduced for the first time at a food festival co-organised by the Tourism Ministry last weekend.

It was prepared by a Malay hotel chef.

It used chicken, seafood and vegetables as substitutes for pork. It was cooked in the traditional way with Chinese herbs.

PM Kita



Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Mantan perdana menteri menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Tuesday, December 22, 2009

Petronas inks deal to be Mercedes GP title sponsor

Satu lagi contoh kecelaruan program F1 negara. Dalam masa Najib membina satu pasukan F1 negara dengan team Lotus, Petronas pula membuat kontrak penajaan dengan team Merc. Kenapa tidak Petronas menumpukan kepada pembinaan keupayaan tempatan dan melabur dalam projek ini untuk menyokong projek negara (Najib) ini.

Walaupun penajaan pasukan Merc mempunyai impak yang berbeza dan jenama yang lebih unggul namun program negara juga perlu diutamakan. Ini semua adalah wang negara dan wang rakyat.

An artist’s impression of the 2010 Mercedes GP F1 car.

KUALA LUMPUR, Dec 21 — State oil and gas company Petronas will be the title sponsor of the Mercedes Formula One team next season, Mercedes announced today.

The team, formerly champions Brawn GP, will become Mercedes GP Petronas with the oil company’s branding across the car and team liveries in what they said was a long-term agreement.

“The new title partnership also paves the way for future collaborations between the two companies,” Mercedes added in a statement.

It said Petronas would be able to “generate sustainable business growth, particularly in their downstream lubricants market, through the strategic partnership and business alliance with Mercedes-Benz.”

Mercedes said their 2010 car would be presented in its new livery for the first test of the new season at the Valencia circuit in Spain on Feb 1.