Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut. Ada yang kata Nga tak sepatutnya mempersoalkan peruntukkan tersebut dan ada yang kata sokong Nga......
Siapa nak sokong apa ini? Ada yang kata Nga cuba mencetuskan isu Agama dan kaum pula! Sedangkan perkara yang cuba dibangkitkan hanyalah orang bukan Islam mahu keadilan tentang pembahagian dana pembangunan rumah ibadat. Tak payahlah berhujah atau bercakap diluar kontek. Cuba menjadikan isu sesuatu yang tidak perlu. Mungkin cara Nga mengutarakan rasa tidak puas hati itu tidak kena, ataupun bahasa yang digunakan tidak menepati kaedah diplomasi. Apa pun semua pihak perlu sedar tentang kedudukkan agama Islam dalam perlembagaan disamping tidak menafikan hak orang lain.
Diharapkan isu ini selesai dengan baik melalui rundingan. Bila timbul isu sebegini mudahlah media mempermainkan isu dan melaporkan perkara yang separa benar dan mengelapkan sebahagian yang lain. Akibatnya rakyat keliru dan pandangan negatif kepada PR dapat dicetuskan.

Berfikirlah sebelum bercakap dan beralaslah sebelum berhujah. Cuba bandingkan itu dengan tindakan orang Melayu sendiri yang menjual tanah rezab Masjid kepada syarikat bukan Islam saperti yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Wilayah di Sri Hartamas, Danau Kota dan lain-lain! Cuba bandingkan dengan sikap orang melayu yang menarik balik peruntukkan Sekolah Agama Rakyat sehingga menyebabkan banyak SAR yang hari ini lumpoh, lesu dan ada yang terus hilang ghaibul ghuyub! Bagaimana pula dengan perangai orang melayu yang mematikan institusi masjid dan mimbar dengan menyekat aktiviti 'ilmu dan da'wah di surau dan masjid?
Bagaimana pula sikap kita orang melayu dengan kenyataan yang dibuat oleh Parti Gerakan dalam konvensyen PGRM di Ipoh pada 08 Disember lepas yang mempertikaikan usaha kita untuk memartabatkan Islam, malahan mendesak supaya negara ini mengamalkan 'malan sekular yang sebenarnya! Kita tidak lupa inilah parti yang sama yang menyatakan orang Melayu adalah pendatang dalam negerinya sendiri! Dan saya tidak lihat akhbar atau pemimpin melayu mengkritik Parti Gerakan, atau mengambil tindakan tegas terhadap PGRM

No comments:
Post a Comment