Malam tadi bertempat di Dewan MPKj, PAS Hulu Langat meraikan majlis ulang tahun yang ke 25. Banyak yang telah dilalui dan banyak pengalaman yang ditempohi sepanjang perjalanan memperjuangkan Islam di Selangor dan Negara ini amnya. PAS Hulu Langat merupakan antara kubu PAS yang paling digeruni dan dikagumi disebabkan jumlah cawan dan ahli yang ramai. Walaupun begitu kejayaan di peringkat DUN masih lagi kurang, khususnya DUN Dusun Tua.
Melalui program seperti ini diharapkan dapat lagi mengeratkan hubungan dan kerjasama semua pihak dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU13 yang semakin hampir. Selain dari majlis ini pelbagai aktiviti bakal disusun bagi mengisi sambutan PAS Hulu Langat ke 25 tahun dari 25 Disember hingga 3 Januari 2010.
Walaupun jemputan khas YAB Dato Sri Nizar tidak dapat bersama kerana terpaksa mempertahankan tuntutan PR dalam Belanjawan Negara di parlimen sehingga lewat malam. Kesetiaan penyokong dan pendokong untuk bersama-sama dalam program ini serta mendengar amanat dan taklimat dari pimpinan setempat amatlah dihargai. Apa yang menarik adalah ucapan dari wakil DAP yang ucapannya tidak banyak berbeza dari ceramah PAS. Istilah-istilah bahasa Arab banyak diucapkan sehingga kita tidak berasa bahawa beliau adalah dari DAP. Inilah kelebihan hubungan PAS dan DAP yang erat kekal di Hulu langat hingga kini.
Majlis ini juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan As-Saufee.
Untuk makluman Belanjawan Najib akhirnya diluluskan dengan kelebihan 63-66 undi (kelebihan 3 undi). Ini sekurang-kurangnya ahli parlimen Pakatan Rakyat dapat memberi tekanan kepada Najib bagi memastikan belanjawan yang diluluskan memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya rakyat Malaysia.

No comments:
Post a Comment