"Salam perjungan dan salam ukhuwah kepada semua muslimin dan muslimat yang datang menziarahi blog saya yang serba daif ini. Sebenarnya untuk menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia ini banyak cabarannya dan banyak penentangannya.
Tetapi sedihnya, orang yang bijak beragama dan bijak berhujah ini mempertikaikan hal-hal yang berkaitan masalah furu'iyah (cabang agama).
Saya bukan anti kepada sesiapa yang ingin menyatakan pendapatnya, tetapi masuklah ke blog ini dengan beradab sebagai seorang pendakwah Islam yang mengamalkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Mulakan diskusi atau perbincangan ini dengan suasana yang aman dan suasana persahabatan ukhuwah Islam untuk menyebarkan dakwah Islam kepada semua umat Islam.
Sepatutnya kita yang lebih mengetahui hal-hal agama perlu bersama mencari penawar atau cara untuk mengubati penyakit rohani umat Islam yang selama ini semakin parah dan semakin teruk. Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua di atas muqadimah saya ini.
Kali ini, saya nak berbincang dengan semua muslimin dan muslimat mengenai 10 tips ke arah kebangkitan Islam di muka bumi ini yang selama ini semakin merosot disebabkan umat Islam sekarang mengidolakan barat yang jelas menentang Islam. Kalau anda semua ada pendapat dan pandangan mari kita berkongsi untuk kebaikan umat Islam. 10 tips yang dimaksudkan saya ialah :
Beralih Daripada Format Dan Simbol Kepada Hakikat Dan Kandungan
Pada zahirnya kelihatan gerakan kebangkitan Islam hanya menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang mencorakkan simbol dan meninggalkan isi kandungannya yang jauh lebih penting. Umpamanya, seseorang yang selalu membesar-besarkan kedudukan jari telunjuk di dalam bacaan tasyahud solat, tetapi pada waktu yang sama meninggalkan perbincangan tentang sebab, tujuan dan kepentingan tuntutan solat itu sendiri secara keseluruhannya.
Beralih Daripada Perdebatan Kepada Perbuatan
Sebahagian gerakan Islam gemar membakar tenaga mengungkit kesalahan dan kelemahan gerakan yang lain. Pada waktu yang sama, gerakan itu sendiri tidak berbuat apa-apa atau memberikan alternatif cadangan yang bermanfaat secara menyeluruh kepada Islam dan umatnya. Sikap begini perlu berubah. Tenaga dan masa seharusnya dibakar demi apa-apa kelemahan atau kesalahan gerakan lain seharusnya dibetulkan secara positif.
Beralih Daripada Sikap Emosional Kepada Sikap Ilmiah
Kerana semangat yang berlandaskan emosi tanpa kematangan yang berlandaskan ilmu, didapati sebahagian gerakan Islam lebih cenderung mengkritik, melabel dan menghukum sesama umat Islam tanpa berlandaskan ilmu yang sebenar. Bahkan dalam tindakan itu sendiri jelas terserlah sifat-sifat kejahilan yang keamatan. Sikap sebegini perlu berubah, seharusnya semangat itu didirikan di atas ilmu dan aqidah atau sekurang-kurangnya selari dengan tahap ilmu.
Beralih Daripada Sikap Menumpukan Perhatian Dalam Masalah Cabang Kepada Masalah Pokok
Seringkali gerakan Islam menumpukan perhatian hanya kepada masalah cabang, seperti membaca Basmalah dengan kuat atau perlahan di dalam solat berjemaah, tetapi pada waktu yang sama meninggalkan masalah pokok, seperti orang yang tidak bersolat jamaah langsung. Seharusnya gerakan Islam memberi tumpuan yang mendalam kepada masalah pokok dan bersikap toleran dalam masalah cabang. Apa guna mengukuhkan cabang jika pokoknya sendiri amat lemah ?
Beralih Daripada Sikap Menyulitkan Kepada Sikap Memudahkan
Islam adalah agama yang sentiasa berciri-cirikan kemudahan. Akan tetapi sayang sekali sebahagian gerakan Islam memiliki ciri-ciri menyulitkan sehingga menyebabkan banyak orang menjauhi Islam, umpama mereka ada yangmemaksa seseorang yang baru hendak memeluk Islam dengan amalan bersunat/berkhatan, padahal amalan ini bukanlah sepatutnya agenda pertama dalam dakwah kepada kaum bukan Islam.
Beralih Daripada Sikap Jumud Dan Taqlid Kepada Sikap Ijtihad Dan Pembaharuan
Di antara gerakan Islam masih ada yang berpendapat bahawa pintu-pintu ijtihad telah ditutup dan pembaharuan hukum Islam adalah tidak perlu. Mereka memaksa umat Islam untuk bertaqlid kepada mazhab-mazhab tertentu sahaja dan apa-apa perkembangan terbaru dalam tamadun manusia adalah suatu yang harus dikesampingkan dan ditinggalkan kerana ia kononnya tidak dirangkumi oleh syariat Islam. Sikap negatif seperti ini perlu diubah, pertama kerana para Imam Mazhab sendiri bertegas tidak memaksa umat Islam untuk bertaqlid kepada mazhab mereka dan kedua, para Imam Mazhab sendiri berubah-ubah fatwa merekaselari dengan peredaran zaman dan tamadun semasa kehidupan mereka sendiri.
Beralih Daripada Sikap Eksklusif Kepada Sikap Inklusif
Eksklusif ialah sikap sukakan publisiti atau sikap mengunggulkan diri sendiri dan menyisih serta memperlekeh orang lain manakala inklusif ialah sikap merendah diri sendiri agar sama rata mencakupi semua orang. Malang sekali sikap eksklusif, yang mirip kepada sifat Iblis yang enggan bersujud kepada Adam A.S telah menjadi ciri-ciri sebahagian gerakan Islam. Masing-masing mengunggulkan gerakan sendiri sehingga akhirnya menjadilah gerakan Islam sesuatu yang berpisah-pisah. Seharusnya sikap eksklusif ini dikikis dan diterapkan sikap inklusif yang bercirikan jamaah dan kerjasama.
Beralih Daripada Sikap Berlebih-Lebihan Kepada Sikap Bersederhana
Islam agama pertengahan, apa yang berpisah daripada pertengahan ini disebut sebagai berlebihan (ghuluw). Agama pertengahan ini tidak condong kepada sikap remeh dan tidak juga condong kepada sikap fanatik. Sayang sekali adadi antara gerakan Islam yang condong ke arah meremehkan syariat Islam sepertimana aliran liberalisme. Ada juga yang condong ke arah berlebihan seperti aliran fanatisme. Yang benar gerakan Islam berada di antara kedua-duanya kerana inilah jalan yang lurus dalam menghasilkan kejayaan sebenar.
Beralih Dari Sikap Berkeras Kepada Sikap Berhikmah
Sebahagian gerakan Islam, kerana sikap putus asa mereka beralih daripada manhaj dakwah dengan hikmah kepada manhaj kekerasan dengan senjata. Mereka membunuh jiwa dan melakukan kerosakan harta benda yang akhirnya hanya akan menggagalkan secara keseluruhan usaha kebangkitan Islam. Seharusnya gerakan Islam memiliki sifat sabar dan bertahap-tahap. Tidak boleh menanam benih di pagi hari dan mengharapkan buahnya di petang hari.
Beralih Daripada Pertelingkahan Kepada Persatuan
Antara faktor utama yang menghalang kejayaan gerakan Islam mutakhir iniialah pertelingkahan sesama gerakan atas hal-hal khilaf dan dzanni (hukum yang samar-samar). Padahal syariat Islam mewajibkan umatnya sesuatu yang di sebaliknya, iaitu bersatu dan jangan berpecah. Selagi gerakan Islam berpecah dan bertelingkah, selagi itulah kejayaan menjauhi umat ini.
Inilah 10 tips yang dapat saya bagi sebagai perkongsian kita bersama untuk memulakan dakwah Islam kita dengan lebih berkesan lagi. Bukan senang nak berdakwah ianya lebih teruk lagi dari segala pekerjaan dunia. Bersedialah seorang penda’i (pendakwah) untuk dicaci dan dihina, bersedia menghadapi cabaran dan dugaan, bersedia untuk mengorbankan segala masa, harta dan nyawa. Jika ada pendakwah seperti ini saya yakin dengan Allah kita akan berjaya menegakkan syiar Islam di bumi ini.
Petikan dari blog ustaz amin datanglah ke http://asshafiee.blogspot.com

No comments:
Post a Comment