Masjid Pekan Bt 14 memulakan hari baru 1 Muharam 1431 dengan kuliyah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Nik Razi Nik Mat bekas pensyarah UITM dan juga adik kepada Menteri Besar Kelantan.
Kuliyah ringkas beliau menyentuh keperluan kita untuk menjaga masa. Terlalu banyak masa yang dikurniakan kita habis sia-sia sahaja. Yang lebih malang lagi masa dihabiskan dengan kerja-kerja maksiat sedangkan masa yang diberikan kepada kita akan dipersoalkan diakhirat kelak. Manusia amat mudah untuk mendengangkan lagu tetapi amat berat untuk berzikir. Sedangkan yang satu ada manfaat dan satu lagi tu mungkin hanya sia-sia sahaja.
Kita terlalu banyak mengikut nafsu dalam banyak perkara. Nafsu itu amat perlu dalam kehidupan kerana tanpanya kehidupan manusia tak akan berubah. Tetapi berapa ramai antara kita yang menjadi hamba kepada nafsu semata-mata. Kita berhujah tanpa berfikir, berkerja tanpa berfikir dan memilih tanpa berfikir.....!
Sebagai azam baru tahun baru marilah kita memperbaiki amalan kita. mulakan dengan sedikit tetapi yang lebih penting berkekalan. Kita mula dengan mengamalkan solat sunat fajar, duha dan witir. Sekiranya nak ditambah kita lazimkan dengan zikir, membaca al-quraan dan berderma. uat sedikit dan ringkas dahulu. Mudah-mudahan dengan amalan yang berterusan ianya akan meningkat dan kita akan melihat kesannya satu hari nanti.
Selamat tahun baru dan mudah-mudahan tahun baru ini memberi sinar dan kejayaan yang lebih besar kepada Islam dan pendokongnya. Insyallah.

No comments:
Post a Comment