Monday, February 28, 2011

Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Hulu Langat (DHPPHL)







Satu peristiwa bersejarah telah tercipta di Pekan Batu 9 Taman Suntex apabila penduduk taman tersebut yang diketuai oleh saudara Chong Choong Yeow telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS Hulu Langat (DHPPHL). Serentak dengan itu, beliau juga telah membuka pusat khidmat masyarakat.

Perlancaran tersebut telah dibuat dengan resminya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat Tuan Hj Razaly Hassan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Saudara Mohd Jan Sulong Penyelaras DUN Dusun Tua.

Sesuatu yang dulunya tidak pernah terfikir dan tergambar dalam minda kita yang masyarakat Cina akan memberi sokongan secara terus terhadap PAS. Dahulu orang Cina kalau tidak sokong DAP mereka akan sokong MCA. Namun dengan perkembangan terbaru ini, perjuangan PAS untuk merapatkan jurang perbezaan antara masyarakat telah berjaya.

PAS telah berjaya menyampaikan risalah dakwah kita terhadap mereka yang bukan Islam. PAS berjaya membuang perasaan takut dan curiga orang bukan Islam terhadap PAS lebih-lebih lagi dengan perjuangan Islam.

Tahniah dan terimakasih diucapkan terhadap kepercayaan dan keyakinan yang diberikan. PAS akan jadikan ruang ini untuk memberi kesedaran tentang perjuangan PAS dan keadilan pemerintahan Islam kepada seluruh penduduk terutama sekali kepada orang bukan Islam.

Apa yang menarik perhatian kami, mereka yang menyerahkan borang permohonan adalah terdiri daripada mereka yang telah berusia. Ini amat berbeza sekali dengan sokongan orang Melayu. Orang Melayu yang berusia masih ramai lagi yang menjadi penyokong tegar UmNo.

Diharapkan angin perubahan ini akan merintis jalan untuk membawa perubahan besar dalam Pilihanraya yang ke 13 yang dijangka tidak lama lagi. Ia juga membuka mata kepada penduduk DUN Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat khasnya.

Memandangkan PAS akan bertanding di kawasan UmNo meletakkan calonnya, maka adalah amat penting untuk memastikan PAS menang di semua kerusi. Itulah maksud sebenarnya PAS ganti UmNo. Sekiranya orang Melayu gagal memberikan sokongan kepada PAS maka ini akan menyebabkan kerusi PAS tidak mencukupi untuk menjadi tonggak pemerintahan.

Friday, February 25, 2011

Sokong Melayu Islam Selamat atau Sokong Islam Melayu Selamat?


UmNo kata sokong Melayu maka Selamat....... dan PAS pula kata Sokong Islam Melayu selamat.

Benarkah sokong perjuangan Melayu (dibaca UmNo) maka Islam selamat? Apakah jaminan sekiranya kita sokong perjuangan Melayu maka agama Islam akan selamat? Adakah Islam itu menjadi agenda perjuangan Melayu? Apakah rupa Islam yang diperjuangan oleh Melayu@UmNo bagi memastikan Islam menjadi panduan hidup kita. Adakah bila kita sokong UmNo maka Islam tertegak di negara ini?

Adalah telah terbukti dengan menyokong UmNo maka syariat Islam berjalan di Malaysia.... adakah UmNo melaksanakan seluruh system kekeluargaan (munakahad), system ekonomi (muamalat), siasah (pemerintahan) dan jenayah (jinayah)?

Jawapannya jelas bahawa UmNo buat sebahagian KECILnya dan tinggalkan sebahagian BESARnya.

Adakah dengan menyokong PAS maka Islam akan selamat dan Melayu akan selamat? Islam menjamin hak semua termasuk Melayu dan bukan Melayu. Sekiranya kita menyokong PAS dan perjuangan Islam maka secara tidak langsung Melayu akan terbela. Dan yang lebih penting orang Melayu akan lebih dekat dengan Islam. Bukan itu sahaja bukan Melayu dan bukan Islam juga akan lebih memahami Islam.

Seorang yang telah Melayu tidak akan mungkin bertukar menjadi bangsa lain..... Ini boleh tanya Michael Jackson. Tetapi seorang yang telah beragama Islam bila-bila masa boleh rosak aqidah. Apakah tujuan kita hidup? Adakah untuk melaksanakan Islam atau melaksanakan perjuangan Melayu?

Oleh itu mana satu yang perlu disokong? Mahu mempertahankan bangsa atau mempertahankan aqidah?




Hassanudin Salim di DUN Kerdau dan Yuhaizad Abdullah di Merlimau



Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan. Manakala timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini. Beliau merupakan bekas calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi. Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Turut hadir ialah timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw. Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hasanuddin dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.

Sementara itu, Yuhaizad, 38, juga merupakan timbalan yang dipertua PAS Jasin. Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Merlimau Pasir. Berusia 38 tahun, Yuhaizad memiliki Diploma Tasawur Islam dari Pusat Latihan Minda Mahir (ILHAM), Selangor dan juga memperolehi Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Institut Kemahiran Mara, Jasin.

Beliau terlibat di dalam bidang politik sepenuh masa dan adalah anak watan Merlimau serta seorang pemimpin muda yang dikenali ramai, mesra dan mudah dikenali. Pengalaman luas dalam badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Belia 4B, Pertubuhan Kebajikan seperti Yayasan Amal Malaysia dan persatuan penduduk memastikan beliau menjadi aset kepada rakyat dan negeri sekiranya terpilih mewakili DUN Merlimau pada pilihan raya nanti.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu, Setiausaha PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Yang Dipertua Pas Negeri Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Ketua Pemuda DAP pusat, Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution.

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Abdul Hadi berkata Yuhaizad dipilih berdasarkan kelayakan pendidikan itu, statusnya sebagai anak tempatan dan kerana ia masih muda. Yuhaizad memegang ijazah dalam pengajian Islam dan sijil dalam kejuruteraan mekanikal. Beliau juga pernah bertugas sebagai pengurus projek pembinaan.

Menurut Abdul Hadi, tidak mustahil untuk PAS menang kerana ia pernah memenangi pilihan raya kecil sebelum ini, sekiranya ia dijalankan dengan adil, begitu juga dengan pihak media.


Thursday, February 24, 2011

Kuliah Haraki

Kuliah Haraki akan disampaikan oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor pada malam ini 24/2/2011 selepas Isyak di Darul Didayah. Semoga semua ahli dan pejuang dapat menghadirkan diri bagi mengisi dada dengan Ilmu dalam mengemudi perjuangan ini. Insyallah.

Apabila Halal Haram Bukan Keutamaan...

Pesta Kaut Beras Di Lebuh Raya, Kemalangan Lori Beras Dan Lori Pasir Di Km 394.4 PLUS sekitar Behrang Tanjung Malim.

Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah. Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22. Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.

Difahamkan didalam berita Bernama pagi tadi, mereka yang tercedera tersebut terbiar ditepi jalan kerana orang ramai sebok memunggah beras yang tumpah.

Ish-ish..... inilah rupanya nilai yang berjaya ditanamkan oleh sistem pendidikan, kemasyarakatan dan nilai hidup kita. Walaupun selepas lebih 50 tahun merdeka namun masih terbelenggu dan dijajah oleh nafsu. Selagi Islam terus dipinggirkan maka selama itulah nilai hidup akan dipimpin oleh hawa nafsu.

Wednesday, February 23, 2011

Fajar Harapan Di Kampungku : Parit Raja

Dengan bertiupnya angin perubahan di institut pengajian tinggi tempatan maka bermulalah wajah baru politik tanah air. Rakyat yang selama ini berkiblatkan UmNo kini telah mula beralih arah. Rakyat kini telah mula sedar bahawa negara ini bukan hakmilik UmNo yang diwarisi dari Tunku Abdul Rahman. Bahkan bumi ini adalah waris nenek moyang kita yang meneroka Tanah Melayu.

Yang lebih utama lagi bumi ini adalah amanah Allah yang kita dipertanggungjawabkan untuk menjadi khalifah didalamnya. Kita hidup didunia ini dengan sebab dan matlamat..... Menjadi hamba Allah dan melaksanakan segala perintah dan larangannya.

Cuma yang saya masih hairan kenapa orang Islam (dibaca orang Melayu) tidak menyokong perjuangan Islam (dibaca melaksanakan segala perintah dan larangan Allah). Adakah orang Melayu masih tidak faham agama yang selama ini mereka anuti? Mungkin PAS perlu mengiatkan usaha bagi memberi kesedaran masyarakat Melayu tentang Islam..... Sehingga orang Melayu memahami dan dapat membuat keputusan manakah yang sebenarnya ajaran Islam dan yang mana satu sebaliknya.

Ataupun orang Melayu masih percaya setiap apa yang dikatakan oleh UmNo kerana kenyataan itu keluar di TV dan akhbar. Mereka beranggapan segala yang keluar tersebut adalah benar belaka..... Maka UmNo akan terus bernyawa dengan berpaut dan menguasai media ini.....
________________________________________

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya menafikan dua pertiga majoriti Pro-Aspirasi (Pro-A) meskipun kalah secara keseluruhannya.

Pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan iaitu enam dari sepuluh kerusi umum dan tujuh daripada 20 kerusi fakulti.

Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.

Mengulas kekalahan yang disifatkan 'kalah bergaya' itu, jurucakap Pro-M UTHM, Muhammad Syafiq Abdul Rahman berkata, pihaknya berpuas hati kerana berjayameningkat dua kali ganda dari sebelum ini. Sebelum ini kami hanya menang tujuh kerusi, tetapi sekarang 13 sementara Aspirasi 17.

"Kami sudah berjaya menafikan dua pertiga majoriti. Kami berpuas hati dengan peningkatan momentum ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Muhammad Syafiq menambah, kekalahan itu berpunca daripada gangguan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang mengganggu proses kempen.

Ini berikutan pembatalan keseluruhan proses penamaan calon yang telah berlangsung pada 17 Februari lalu.

Kesemua 56 calon-calon yang layak bertanding merebut 30 kerusi yang ditawarkan dalam kabinet MPP UTHM telah dibatalkan pencalonan mereka atas alasan masalah teknikal.

"Episod pembatalan kesemua calon pada 18 Februari lalu sedikit sebanyak telah merencatkan gerak kerja kempen kami.

"Antara faktor kekalahan yang lain adalah jumlah calon yang tidak mencukupi," katanya lagi.

Namun ujarnya, Pro-M menjadikan keputusan tersebut sebagai semangat untuk menawan UTHM pada sesi akan datang.

Sementara itu di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pro-M mengekalkan kemenangan sebelum ini dengan menguasai 23 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan.

Hanya satu kerusi dimenangi pro-A. Dua dimenangi calon bebas.

Kemenangan ini juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu di mana mereka menang 15 kerusi.

Note : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor, Malaysia

Tuesday, February 22, 2011

Himpunan 30 ribu Dewan Pemuda PAS Hulu Langat di kedah dan penyertaan Pemuda DUN Dusun Tua

Salam,

Sekitar liputan foto dan video penyertaan Dewan Pemuda PAS Hulu Langat ke Himpunan 30 ribu Pemuda PAS. Alhamdulillah penyertaan besar kali ini melibatkan kira-kira 140 orang pemuda dari Hulu Langat meliputi DUN Kajang, Semenyih dan Dusun Tua.

Penyertaan kali ini menampakkan kemajuan besar dengan bilangan peserta yang meningkat berbanding kira-kira 90 orang pada Himpunan 15 ribu Pemuda PAS 2007 lalu di Kelantan.

Apa yang menarik , walaupun lokasi himpunan sepatutnya diadakan di Negeri Selangor dan diubah di Kedah, namun penyertaan seluruh Selangor tetap dominon dan paling ramai antara negeri-negeri yang lain.

Apa pun tahniah semua Pemuda DUN Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor dan Malaysia umumnya serta seluruh dunia, Mesir, Libya, Yaman, yang sedang gigih berjuang hari ini !!!


Ucapan Sdr. Mohd Shahmior Kosim (Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat DPPHL) sebelum konvoi bergerak ke Himpunan 30 ribu Pemuda PAS


Ucapan dari YDP PAS Hulu Langat




Para Pemuda menyanyikan lagu rasmi PAS dan Amal




Bersama melaungkan doa wehdah


Doa penutup dari pemidato terakhir Al-Fadhil Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man


Satu yang menarik dalam PAS, ahlinya faham sebahagian kerja tanpa diarah seperti mengutip sampah, hatta Sdr. Shamsul Pengarah MTD Semenyih turut bersama mengutip sampah... sekecil-kecil amal turut dihayati sebagai amal yang soleh, apatah lagi berjihad mempertahan agama Allah...

Warga Pemuda DUN Dusun Tua melangkah menaiki bas menuju ke Kajang bagi acara pelepasan konvoi Pemuda Hulu Langat sebelum ke Kota Sarang Semut Kedah

Sebahagian wajah-wajah mujahidin muda Dusun Tua

Tuan Haji Razaly Hassan, YDP PAS Kawasan Hulu Langat dalam ucapannya sekaligus melancarkan konvoi DPPHL

Sebahagian teman-teman Pemuda Hulu Langat yang memenuhkan 3 buah bas ke Kota Sarang Semut

Pemuda Hulu Langat mencatat sejarah dengan penyertaan 2 sahabat OKU, bukan Org Kuat Umno tau...! mereka yg kurang upaya namun semangat juangnya melampaui orang yang lebih upaya dari mereka, Mabruk tahniah!

Rakan-rakan Pemuda dari DUN Dusun Tua

Saya fikir ratusan malah ribuan motosikal yang hadir dari Pulau Pinang, semoga menjadi terjemahan semangat untuk mempertahankan kerajaan PR di sana



Tidak kurang hebat bagi peserta himpunan dari Selangor yang semua merasakan sebagai kontinjen teramai dan terhebat... Mudah-mudahan juga menterjemah semangat Pemuda untuk teguh mempertahan Islam dan Kerajaan PR Selangor..

Tahniah kepada semua yang terlibat...

Inikah yang dikatakan Solat 2 Imam?

10. Solat zohor diimamkan oleh imam Kampong Redong. Nik Aziz pula mengimamkan solat jamak dan qasar sebaik selepas imam bagi salam.

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?&page=6

Kalau jahil tentang hukum cuba tanya yang arif. Jangan baca akhbar UmNo dan membuat hukum dan kesimpulan. Cuba baca betul-betul kenyataan di atas.... oleh orang yang hadir dalam majlis tersebut.

PAS Mesti Ganti UmNo

Rencana yang diterbitkan dalam akhbar Berita Harian semalam, Isnin 20 Februari, yang bertajuk ''Mengekang nafsu PAS tawan semula Terengganu' mengesahkan akhbar tersebut adalah lidah rasmi UmNo selepas Utusan Malaysia.

Saya mencadangkan agar penulis rencana tersebut, Abdul Halim Yusoff, yang juga Ketua Biro Berita Harian negeri Terengganu, mengusulkan kepada pihak pengurusan New Straits Times Press, syarikat keluarga yang mencetak Berita Harian supaya meletakkan label 'Hanya Untuk Ahli UmNo Sahaja' kepada Berita Harian sebagaimana label yang diletakkan kepada Harakah.

Barulah senang kita bertarung! Bukan berselindung disebalik perisai 'dana awam', tetapi tunduk dan 'kow tow' kepada UmNo!

Yang lebih memeranjatkan, Abdul Halim yang dikenali sebagai seorang wartawan kanan kerana profesionalismanya, tiba-tiba berlagak seperti 'pakar gerak saraf Umno' yang dari nada tulisannya itu, menasihatkan rakyat, kononnya berhati-hati dengan gagasan 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang dibawa oleh PAS.

Apa yang menjadi 'kisah pahit' zaman pemerintahan PAS di Terengganu 1999 - 2004 yang perlu dingat-ingatkan oleh Halim?

Adakah tentang propganda ciptaan UmNo 'kanak-kanak tadika Kemas dihalau' yang masih menjadi aqidah Halim? Kemas bukanlah agensi kerajaan, tetapi ia adalah agensi Parti Umno dan bukankah gambar itu adalah lakunan yang diatur lalu dirakamkan oleh seorang rakan jurugambar Berita Harian kalau pun tidak Utusan!

Pembangunan apakah yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional, yang telah membelanjakan hampir RM2 bilion setahun dan dari 2005 hingga sekarang belanjawan negeri Terengganu telah mencecah RM10 bilion???

Soal pembangunan negara yang perlu diingat-ingatkan dalam tulisan itu, adakah ia berkaitan bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, bantuan itu dan bantuan ini yang mahu diungkit-ungkit?

Sedang membangunkan negeri atau negara itu memang menjadi satu tanggungjawab mana-mana parti politik yang diberikan mandat untuk memerintah, hatta negara komunis Rusia dan China juga membangunkan negara mereka, sama seperti negara demokrasi Amerika Syarikat ataupun negara beraja seperti United Kingdom.

Umpama tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk membesarkan anak-anak kita, memberi pakai dan minum, memberikan pendidikan.

Adakah apabila anak kita besar nanti, dan tidak mahu lagi tinggal bersama kita, lalu kita mengungkit segalanya dan menggelarnya sebagai tidak mengenang budi dan penderhaka??

Bukan itu semua sebabnya mengapa PAS mesti menggantikan Umno! Bukan secara totok kerana pembangunan, bukan kerana memberikan kita pendidikan dan pekerjaan.

Tetapi, masalah nilai yang dibawa oleh Umno adalah nilai yang merosakkan, antara nilai merosakkan yang menjadi dasar UmNo adalah, UmNo menghalalkan judi.

Selain itu, nilai merosakkan agama yang paling besar nilai khianatnya adalah Umno tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam, Enakmen Jenayah Syariah yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu dan telah diperkenankan oleh Tuanku Sultan.

Dan untuk 'round' yang kedua, akan diterbitkan pula secara telus dan terbuka, dasar-dasar UmNo yang telah merosakkan bangsa Melayu. Yang utamanya, UmNo telah menghapuskan tulisan jawi, yang berasal dari Bahasa Arab, yang menjadi tulisan al-Quran.

Kira-kira 30 tahun dahulu, bekas Setiausaha Agung Umno, Khir Johari (gambar atas) telah menjadi Menteri Pelajaran. Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.

Akibatnya, berpuluh-puluh ribu anak-anak bangsa Melayu Islam buta jawi, sekaligus buta al-Quran. Maka, apakah itu suatu nilai baik hasil dari pemerintahan Umno??

Sunday, February 20, 2011

12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

  1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;
  2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;
  3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;
  4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;
  5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;
  6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;
  7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
  8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;
  9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;
  10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;
  11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;
  12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati.

"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

Forum Maulid Nabi SAW Di Masjid Batu 14

Nabi telah diutuskan kedunia ini sebagai rahmat bukan kepada umat manusia tetapi seluruh mahluk termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Namun kegagalan umat Islam terutama orang Melayu memahami syariat Islam telah menyebabkan ramai orang salah faham dengan Islam.

Islam hanya boleh difahami jika kita sentiasa mendekatkan diri dan membuka hati untuk memahami ajaran Islam. Usaha yang berterusan adalah perlu bagi memahami Islam dari sumbernya iaitu Al-Quraan. Namun halangan bahasa perlu diatasi. Oleh itu adalah menjadi kewajiban untuk seluruh orang Islam mempunyai dan membaca terjemahan dan tafsir Al-Quraan.

Pegangan bahawa "Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu" telah mengekang perkembangan Islam di negara ini. Akibatnya jumlah penganut Islam dari bangsa lain di Malaysia amat rendah. Sedangkan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan dakwah kepada mereka ini semua.

Pandangan-pandangan terutama dari pimpinan UmNo yang jahil dan berpegang "Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam" inilah puncanya bangsa lain semakin jauh dari Islam. Lebih memburukkan lagi sekatan-sekatan yang dibuat kepada majlis ilmu dan institusi pengajian Islam. Itu tidak termasuk usaha-usaha menghalang bukan Islam dari menghampiri kawasan masjid dan surau.

Ketakutan UmNo terhadap orang faham Islam inilah sebenarnya yang menyebabkan orang semakin jauh dengan Islam. Maka wujudlah satu fahaman jahiliyah baru yang didalamnya bercampuraduk antara agama, adat, kebiasaan dan pemikiran. Jahiliyah ini perlu dibersihkan dan hanya boleh dilakukan dengan menerima Islam secara keseluruhannya.

Sudah sampai masanya usaha yang bersepadu bagi mengukuhkan pengetahuan Islam dikalangan umat dan juga menyampaikan dakwah kepada seluruh warga Malaysia tanpa mengira bangsa.