Saturday, February 12, 2011

Suara Rakyat Tamatkan Era Hosni Mubarak


Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman. Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah. Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu. Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh, jiran mengebom negaranya, kerajaan pimpinannya hampir muflis, aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya, namun Mubarak selama itu terus juga berkuasa. Hakikatnya tiada yang kekal selamanya, beliau terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981. Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan. Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

No comments: