Pesta Kaut Beras Di Lebuh Raya, Kemalangan Lori Beras Dan Lori Pasir Di Km 394.4 PLUS sekitar Behrang Tanjung Malim.
Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.
Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah. Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22. Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.
Difahamkan didalam berita Bernama pagi tadi, mereka yang tercedera tersebut terbiar ditepi jalan kerana orang ramai sebok memunggah beras yang tumpah.
Ish-ish..... inilah rupanya nilai yang berjaya ditanamkan oleh sistem pendidikan, kemasyarakatan dan nilai hidup kita. Walaupun selepas lebih 50 tahun merdeka namun masih terbelenggu dan dijajah oleh nafsu. Selagi Islam terus dipinggirkan maka selama itulah nilai hidup akan dipimpin oleh hawa nafsu.

1 comment:
Dalam lupa2 setelah lama saya meninggalkan alam pengajian, teringat ketika awal mengaji subjeknya Asas Fiqh Muamalat..
Jenis2 harta dan Bagaimanakah sesuatu harta itu menjadi bertukar menjadi milik kita dan dipindah milik..
Ada antara bicaranya tentang harta Luqatah (harta tercicir ke apa)..
panjang bicaranye tu..
Tapi yg cukup mudah...
Adakah kita merasakan semua harta benda, baik duit cincin gelang emas, cek tunai milik org lain yg tercicir, terjatuh terkeluar dari poket yg tertinggal di atas meja makan semuanya milik kita dgn hanya menjumpainya?
Dulu org kesayangan saya sebut bila saya jumpa duit nak bagi kpd polis dia marah katakan saya &^%#( pasal nak buat apa bagi polis mereka pun sama (@$^@#...
Bile dah besau ni baru le perasan, Ya setiap harta bukan milik kita mutlaknya kalau tanpa kita MEMBELI, MENYEWANYA atau DIHIBAHKAN (hadiah) atau apa jua yg patut seperti harta Warisan.
Kalau bukan dari ni sumbernya, maka terimalah hakikat yg kita terpilih untuk menjumpai harta2 bukan milik kita ini untuk kita amanah sama ada memulangkan kepada pemilik asal atau kita masih punya BAITULAML utk mohon bantuan menguruskan harta2 ini...
Janganlah pulang gembira, puas, seronok membawa pulang barang dan harta keciciran milik org kemudian kita suapkan beras dan nasi itu kepada ahli keluarga kita..
Tapi yg malang sekali, ilmu ini tidak diajarkan secara menyeluruh kepada kita kerana keburukan perangai ini dicontohi oleh mereka2 seperti..... .... fikir2 le sendiri...
Post a Comment