Friday, April 29, 2011

Anwar: Saya tak akan tunduk serangan Umno-BN

KUALA LUMPUR, 29 April — Musuhnya boleh membawa seberapa banyak video seks atau tuduhan liwat, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesemuanya tidak akan memaksa beliau berundur daripada arena politik dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, pemimpin berusia 63 tahun ini percaya serangan demi serangan yang dibawa Umno terhadap bekas timbalan perdana menteri itu jika dilayan bermakna beliau “tunduk” kepada perancangan berterusan parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini memberitahu, meskipun perikatan tiga parti itu digantikan oleh seorang ketua yang baru, serangan oleh Umno-BN tidak akan dihentikan.

“Dalam pemerintahan diktatorial yang tidak demokratik, mana-mana wajah pembangkang yang berwibawa akan diserang dengan teruk,” katanya lagi.

“Anwar menjadi sasaran, tetapi jika Anwar meninggalkan pentas dan anda mendapat pemimpin baru, maka pemimpin ini akan diserang,” kata beliau dalam temu bual ini yang diadakan kelmarin, sehari sebelum rakaman video seks yang didakwa mirip beliau dimuat naik di laman YouTube.

Dalam temu bual eksklusif ini, Anwar menjelaskan meskipun serangan yang dihadapinya itu sangat “melukai hati” diri beliau dan juga keluarganya, usaha-usaha untuk menamatkan kerjaya politik bukan sesuatu yang baru.

“Ia (satu perbuatan) menghina maruah,” kata bapa kepada enam orang anak dan mempunyai dua cucu ini.

Bagaimanapun beliau menekankan, serangan-serangan itu memperkuatkan azamnya untuk terus menerajui Pakatan Rakyat.

“Jika saya berundur dan melepaskan (jawatan), ini bermakna kita tunduk kepada rekaan (politik) Umno... siapa yang patut menentukan sama ada saya patut berundur atau tidak? Parti-parti Pakatan Rakyat dan pengundi buat keputusan. Saya tidak akan tunduk kepada tekanan ini,” kata Anwar.

Anwar dilihat sebagai pengikat kerjasama dan hubungn komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, yang ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998 dan yang kedua satu dekad kemudian, di mana sama ada Ketua Umum PKR ini akan dipanggil bela diri atau dibebaskan akan ditentukan 16 Mei ini.

“Saya terus diserang, sejak tuduhan pertama pada 1998... ramai tidak dapat membayangkan yang mereka (Umno-BN) (sanggup) mengambil tindakan macam ini, tetapi ia bukan tuduhan yang baru, bukan?” kata bekas timbalan presiden Umno ini.

Anwar berkata, tindakan-tindakan ini, yang beliau sifatkan sebagai terdesak, bertujuan menghentikan usahanya mahu mewujudkan sebuah kerajaan bebas rasuah.

“Sebagai contoh, sebuah pasukan pihak berkuasa berasuah yang cuba mencemarkan anda, menghentikan kempen anda menentang rasuah... adakah anda akan menyerah diri? Itu penekanan saya. Anda perlu ada iltizam dan semangat dalam apa yang anda lakukan,” katanya lagi.

Sehari selepas temu bual ini, rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Anwar dimuat naik di YouTube, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.

Anwar juga berkata beliau tidak mahu fokus perjalanan politiknya diganggu oleh penyebaran tuduhan video seks yang dipertontonkan pada 21 Mac lalu.

“Saya tidak mahu dialih pandangan dengan pendedahan video, ia didedahkan ketika dekat dengan pilihan raya Sarawak.

“Di Sarawak, saya berkempen selama 13 hari ketika serangan Umno begitu tinggi, menggunakan video... tetapi ia bukan pilihan untuk serah diri sekarang, bukan sekarang,” kata Anwar lagi.

“Saya perlu teruskan (perjuangan),” katanya lagi.

Keluarganya menurut Anwar lagi, adalah sumber kekuatan beliau sepanjang berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar dan mereka sentiasa menyokongnya dalam keputusan seharian sebagai ahli politik.

“Saya ada keluarga yang hebat dan saya harus ucapkan terima kasih kepada mereka,” katanya lagi.

“Azizah, anak-anak saya... meskipun ketika saya menjadi timbalan perdana menteri, mereka bukan anak timbalan perdana menteri, mereka anak Anwar dan Azizah,” kata beliau dengan senyuman.

Jangan Permainkan Sumpah Laknat

PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Hanya kerana beberapa orang sebelum ini yang bersumpah tidak mendapat apa-apa kesan langsung dan serta-merta terhadap sumpah tersebut, ini tidak bermakna semua orang akan mendapat nasib yang sama. Sama ada orang yang bersumpah itu mendapat laknat zahir serta-merta, tertangguh atau selepas mati itu hak Allah untuk menentukkan.

Walau bagaimanapun sumpah tidak boleh dijadikan sebagai asas bagi menentukan seseorang itu benar atau salah. Kalau begitu mudah maka hancurlah sistem hidup masyarakat. Semua orang boleh mendakwa sesiapa sahaja tanpa bukti hanya perlu mendatangkan sumpah. Apa guna undang-undang yang telah tetap dan termaktub dalam sistem undang-undang Islam?

Diharapkan para Mufti, Majlis Fatwa dan semua institusi agama negara menghentikan aktiviti yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah orang Islam. Tidak kira siapa mereka itu. Sekiranya ada bukti dan saksi sila tampilkan dan jika tidak duduk diam-diam.

Ianya bermula dengan tuduh-menuduh liwat dan kini zina kemudiannya main-main sumpah pulak. Kemana akhirnya semua ini. Yang menjadi mangsa adalah Islam dan orang Islam. UmNo seronok sebab tak kena batang hidung mereka.... ataupun UmNo seronok sebab rakyat dah tak bercerita tentang kebobrokan UmNo. Maka berjayalah UmNo memperbodohkan orang.
________________________________________

Video Seks: Shazryl Eskay Mahu Sumpah Laknat

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' yang bertanggungjawab terhadap kontroversi video seks melibatkan pemimpin pembangkang, sedia bersumpah laknat pada Jumaat.

Beliau berkata, sumpah berkenaan akan dibuat bertujuan bagi memperakui dakwaannya sebelum ini bahawa pelaku dalam video seks tersebut adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mengenai identiti sebenar pelaku video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan juga dalam paparan video berkenaan," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Apabila Media Sudah Tidak Ada Maruah......

KUALA KRAI, 28 April: Mungkin ramai terpengaruh dengan laporan media yang mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah yang diteroka penduduk di Kampung Jeram Panjang, Mukim Manjor.

Lebih-lebih lagi apabila dipaparkan visual lelaki dan perempuan tua menangis seperti disiarkan RTM melalui slot berita perdana, baru-baru ini.

Tahukah anda, tidak pernah berlaku sebarang rampasan tanah seperti didakwa media massa, sebaliknya penduduk terbabit didakwa menceroboh hutan simpan kekal (HSK).

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, penduduk yang menceroboh HSK tersebut telah diberi beberapa kali peringatan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, namun mereka tidak mengendahkan.

Katanya, HSK di mana-mana negeri sekali pun tidak boleh diceroboh kerana ia merupakan zon penampang.

“Jabatan Perhutanan Negeri sejak dari awal lagi melarang penduduk meroboh kawasan tersebut. Renjer Hutan sudah beberapa kali memberi amaran dan menghalang mereka namun tidak diendahkan.

”Sebaliknya seramai 18 penduduk berdegil dan menanam pokok getah di kawasan HSK di Mukim Manjor,” katanya di sini.

Menurutnya juga Jabatan Perhutanan melaksanakan program penanaman getah jenis klon di kawasan tersebut bagi tujuan melestari alam sekitar termasuk di kawasan yang diceroboh penduduk.

Kata beliau syarikat yang mendapat tender menanam getah jenis klon di kawasan tersebut telah menandakan kawasan yang akan dilaksanakan program berkenaan.

“Bagi menyelesaikan masalah dengan penduduk, Jabatan Perhutanan telah memanggil kesemua 18 orang yang menceroboh kawasan HSK terbabit.

“Perjumpaan itu diadakan awal tahun ini bertempat di Taman Tengku Anis, Cabang Tiga Sungai Syam yang mana saya juga hadir. Selain itu anggota polis dari Balai Polis Laloh, Renjer di Manek Urai dan Jabatan Perhutanan Negeri.

“Pada perjumpaan tersebut syarikat yang diberi tanggungjawab melaksanakan program menanam getah klon bersetuju membayar pampasan kepada penduduk mengikut batang getah yang ditanam.

“Penduduk yang hadir bersetuju dan telah menerima bayaran mengikut bilangan pokok getah yang ditanam. Namun hari ini mengapa pula media cuba membohongi perkara sebenar yang berlaku,” ujarnya.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan penduduk yang mengusahakan kebun getah dan dusun buah-buahan di Kampung Jeram Panjang mendakwa tanah diteroka sejak 40 tahun lalu dirampas kerajaan negeri.

Dilaporkan 30 penduduk berdepan dengan kerugian apabila pokok getah yang mereka tanam akan ditebang bila-bila masa sahaja bagi membolehkan pembangunan Ladang Rakyat dijalankan.

Oleh itu Arifabillah bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas media yang menyembunyikan fakta sebenar sehingga memperlihatkan kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

“Saya sungguh kecewa dengan laporan akhbar dan televisyen yang menyembunyikan cerita sebenar. Ini bukan pertama kali berlaku.

“Isu ini sengaja diputar belit oleh pihak ketiga yang mengharap mendapat imbalan politik secara tidak bermaruah,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, pihaknya tidak pernah melaksanakan projek perladangan di kawasan berkenaan.

Katanya, apa yang disiarkan media adalah tidak benar sama sekali dan perkara itu disahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri.

Thursday, April 28, 2011

1 Malaysia atau 1 Melayu

UmNo Kata Sokong PAS Cina Memerintah


Betulkah begitu......?

Kenyataannya.... Sokong UmNo Cina memerintah sekian lama di Pulau Pinang. Ada orang UmNo pernah komplen, buat bantahan dan tunjuk perasaan? Ada Perkasa buat lawak bodoh di akhbar dan TV? Berapa benyak kerusi yang penduduknya majoriti adalah orang Melayu tetapi wakil rakyatnya UmNo serahkan kepada orang Cina atau India.

Wahai UmNo janganlah cakap ikut sedap mulut mengata orang. Sudah lama rakyat memendam rasa tidak puas hati. Orang Melayu ini jenis lemah lembut dan berbudi bahasa. Mereka tidak cakap sembrono depan-depan. Kadang-kadang orang Melayu ini hantar orang lain untuk cakap bagi pihak.

Namun ini semua akan berakhir. Orang Melayu kini lebih terbuka dan sedar bahawa bukan UmNo sahaja boleh memerintah. Ataupun orang Melayu kini sedar bahawa UmNo itu sebenarnya adalah sebuah parti politik seperti jugak PAS. Malaysia BUKAN hakmilik UmNo. Malaysia hakmilik rakyat. Pulangkan hak rakyat kepada rakyat. UmNo jangan sombong kata hanya mereka boleh memerintah negara. Negara lain tak ada UmNo pun. UmNo tak ada pun mereka hidup mewah, negara maju....

Harap orang UmNo mengubah keadaan sampai kiamat tidak akan berubah. Baru-baru ini menyuarat persatuan penduduk taman saya.... menyuarat agong pemilihan AJK, mereka terpaksa mengekalkan ketua lama mereka iaitu orang UmNo. Orang UmNo lain walaupun tidak berpuashati dengan ketua tersebut.... namun seorang pun tak ada yang berani yang angkat tangan calonkan orang lain. Inilah realiti kehidupan orang UmNo.