Akta Halal sudah pun terlewaat 54 tahun untuk dibentangkan....... siapa pun tak ada yang komplen. Orang Islam dinegara ini telah dinafikan hak Halal sejak sekian lama. Kerajaan tidak pernah mewajibkan hotel-hotel, restoran-restoran dan pengusaha makanan untuk mendapatkan sijil halal untuk beroperasi... UmNo pula tak pernah ambil peduli.
Saya dah cakap banyak kali.... dan selalu membangkitkan perkara ini namun oleh kerana kami bukan UmNo suara ini tenggelam begitu sahaja. UmNo pula bukan memperjuangkan Islam sebagai keutamaannya.... mereka hanya sebok dengan Melayu hingga lupa halal haram. Baru sekarang mereka tersedar... tak apalah sekurang-kurangnya ada. Akta ini diharapkan akan menyelamatkan ramai umat Islam dari tertipu dan ditipu oleh pengusaha hotel, restoran dan lain-lain pengusaha produk pengguna yang tidak bertanggungjawab.
Sudah sampai masanya kita bertegas walaupun sudah ketinggalan@terlewat terlalu lama namun 'better than never'. Diharapkan Ahli Parlimen kita dapat bertegas bahawa semua hotel dan restoran perlu mempamerkan secara jelas status premis mereka. Mereka hanya ada 2 pilihan iaitu DITANGGUNG HALAL atau TIDAK DITANGGUNG HALAL (HARAM). Begitu juga produk-produk konsumer yang lain perlu mengambil kira halal haram.
Kalau kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat lambat 3 tahun gegar sedunia..... namun apabila UmNo lambat 54 tahun semua senyap sunyi seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.... semua seolah-olah OK belaka. Sebab itulah UmNo berjaya memerintah negara dalam tempoh yang begitu lama. Orang Melayu, khususnya hanya menerima sahaja apa yang UmNo sajikan tanpa pernah mempertikaikan.... takut derhaka. Kesian sungguh......
_____________________________________________
Undang-undang baru yang digubal untuk memperkemaskan lagi industri halal negara akan memberi lebih kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguatkuasa penggunaan dan pengeluaran logo halal di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata undang-undang itu sedang dalam proses penggubalan oleh Penasihat Undang-undang Jakim dan Pejabat Peguam Negara.
"Akta itu akan meliputi tindakan undang-undang dan penguatkuasaan kerana dulu tidak boleh ambil tindakan kepada mana-mana individu, syarikat swasta atau mana-mana syarikat luar yang mengeluarkan sijil kerana peruntukannya tidak diperkemaskan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Beliau menjangka urusan mengenai akta itu dapat diselesaikan di peringkat Jakim pada tahun ini juga tetapi akan mengambil tempoh tertentu sebelum dibentang di Parlimen.
Jamil Khir juga berharap kesemua sekolah tahfiz di negara ini berdaftar dengan Jakim supaya sijil pelajar akan diiktiraf seperti peperiksaan awam lain sekaligus menjamin masa depan pelajar.
"Kalau ada persetujuan di peringkat negeri, baru boleh daftar. Kita nak sekolah agama ini jaga pelajar dan kita nak supaya sijil-sijil mereka diluluskan untuk menjaga kebajikan mereka," katanya.
Terdahulu beliau menyampaikan amanat sempena pelantikan Ketua Pengarah baru Jakim, Othman Mustapha, berkuatkuasa semalam yang menggantikan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang bersara wajib.
--Bernama
No comments:
Post a Comment