Friday, April 1, 2011

Berita baik Untuk Pencita Alam Di Selangor Khususnya Hulu Langat

DUN Selangor hari ini meluluskan satu lagi undang-undang bersejarah melibatkan pembatalan warta kawasan rizab hutan melalui pindaan ke atas Seksyen 11 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

Pindaan yang diluluskan ke atas seksyen berkenaan menetapkan bahawa pewartaan kawasan rizab itu tidak dapat dibatalkan sekiranya satu pendengaran awam tidak dijalankan.

sabah forest trees kinabatangan meliau reserve 240509 05Satu kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri menyebut, pindaan itu bertujuan untuk "memastikan ketelusan dalam usaha penjagaan kawasan hutan di negeri Selangor."

"Di bawah Perkara 74(2) Perlembagaan Malaysia, perhutanan adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

"Oleh yang demikian, setiap negeri berkuasa untuk menggubal undang-undang di sektor perhutanan dan mengadakan dasar perhutanan sendiri," kenyataan itu dipetik.

Rang undang-undang pindaan tersebut dibentangkan oleh exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar Elizabeth Wong.

Dalam ucapan pembentangannya, Wong berkata pendengaran awam itu diwajibkan bagi membolehkan masyarakat Selangor memberi pandangan bagi melindungi kawasan hutan berkenaan yang sentiasa diancam pembangunan.

Katanya lagi, kawasan hutan simpan kekal itu perlu dipelihara memandangkan khazanah hutan itu antara lainnya berfungsi untuk menjamin kestabilan alam sekitar, kualiti udara, kawalan banjir dan hakisan tanah.

"Dari (tahun) 2000 hingga 2007 beribu-ribu hektar kawasan hutan simpan kekal telah diwarta keluar tanpa pengetahuan orang awam.

"Misalnya, beberapa tahun yang lalu, Hutan Simpan Kota Damansara diberimilik untuk dijadikan kawasan perumahan mewah.

"Hanya bila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, pemberimilikan itu dibatalkan," kata Wong lagi.

No comments: