Wednesday, April 20, 2011

e-mail 1Malaysia : Projek menyelamatkan kroni?

Syarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.

2 comments:

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Asalam pimpinan PAS & ahli di sana,
Alhamdulillah , blog MTD Dusun Tua berwajah lebih ceria dan bersemangat

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua said...

w'salam,

Terima kasih. Maaf lambat respond.

Semoga kita sama-sama diberikan kekuatan, istikomah dan idea yang berterusan agar dapat mengemudi media baru ini untuk menyampaikan dakwah dan memberikan kesedaran kepada masyarakat.... supaya tidak terus dikelentong hidup2.