Sunday, April 17, 2011

Amal Islami - Zon 2 Hulu Langat

YB Dr Che Rosli telah meluangkan masa bersama-sama pelajar-pelajar sekolah rendah agama dan KAFA Zon 2 Hulu langat untuk meresmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah. Pelbagai pertandingan telah diadakan bagi memupuk semangat pertandingan dan menyungkil bakat muda dalam pelbagai bidang. Antara pertandingan yang diadakan seperti hafazan, marhaban, solat jenazah, pidato, berkhutbah, nasyid, kalam jama'ie dan bercerita.

Guru-guru dan penganjur berharap agar YB Dr Che Rosli terus menyokong program-program seperti ini bagi melahirkan generasi baru yang minat dan mengamalkan desiplin ilmu Islam.



No comments: