Sunday, December 16, 2012

Perkasa Dan Matlamat Dan Cara

Ibrahim Ali mengatakan dua perkara pokok disini :

Pertama “Saya perjuangkan agenda Melayu dan agenda Bumiputera, mengikut Perlembagaan, saya mempertahankan asas Perlembagaan dan Perkara 153 hak keistimewaan orang Melayu, yang pada pandangan saya secara tidak langsung bertentangan dengan Perlembagaan, atau bertentangan dengan dasar-dasar nasional”. .

Kedua "Mengapa orang tidak mengatakan apa-apa kepada pertubuhan Dong Zong dan Hindraf sedangkan menurutnya pertubuhan-pertubuhan tersebut membuat pelbagai tuntutan yang tidak ada dengan perlembagaan". 

Dari segi prinsip adala tidak salah kita mempertahankan Artikal 153 Perlembagaan Malaysia. Dan dari segi prinsip juga tidak salah bila kita minta sesuatu yang tidak disebut dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, apa yang menjadi kesalahan? 

Apabila sesebuah pertubuhan meminta sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia adakah ianya salah? Kita perlu ingat bahawa Perlembagaan Malaysia boleh diubah dengan syarat-syaratnya yang telah ditetapkan.

Jadi dimanakah kesalahan Perkasa?

Perkasa bertindak diluarbatas apabila mereka cuba menjadi Polis dan hakim dalam masa yang sama. Ianya menjadi lebih pelik apabila mereka ini adalah sebahagian daripada UmNo yang mana UmNo adalah parti yang memerintah dana menguasai kerajaan Persekutuan.

Perkasa juga berada didalam situasi yang salah apabila dalam mempertahankan hak mereka juga mengancam bangsa atau kumpulan lain meminta sesuatu yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan. Sedangkan meminta atau menuntut atau mendesak itu adalah hak semua orang dan pertubuhan.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk mempertimbangkan sesuatu permintaan berdasarkan peruntukkan dan peraturan. Sekiranya sesuatu tuntutan itu dipenuhi sedangkan ianya bercanggah dangan peraturan dan undang-undang kita ada mahkamah untuk membuat keputusan...

Jadi dimana masalahnya?

Masalah sebenarnya adalam UmNo. Mereka telah gagal membawa agenda orang Melayu dan Islam. Apabila UmNo gagal mereka cuba menutup kelemahan ini dangan berselindung di sebalik Perkasa. Sebab itu majoriti ahli dan penyokong Perkasa adalah orang UmNo. Ini adalah supaya dilihat UmNo sedang memperjuangkan hak orang Melayu. Mereka berharap orang Melayu akan menyokong Perkasa dan secara tidak langsung menyokong UmNo. Sebab itu dalam kenyataanmereka,  Perkasa akan mengundi BN dalam PRU13.

Kesimpulan

Semua orang berhak meminta, semua orang berhak membuat tuntutan dan semua pihak berhak membuat permohonan. Kita ada kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian dan keputusan. Mereka salah membuat keputusan kita tukar mereka. Mereka betul dalam membuat keputusan kita sokong mereka.

No comments: