Friday, December 21, 2012

Sejak Bila Kesalahan Salah Guna Kuasa Selesai Dengan Pilihanraya Tanpa Proses Undang-Undang?

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

NONE"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Nota : Kalau semua kes salah guna kuasa boleh selesai dengan proses pilihanraya maka tidak perlu ada mahkamah dan proses undang-undang untuk ahli politik. Mungkin fahaman inilah yang digunakan oleh UmNo bahawa urusan parti tiada kena-mengena dengan undang-undang negara. Sehingga bila ada ahlinya yang terlibat dengan rasuah untuk mendapatkan undi dalam Pemilihan Agung UmNo maka diselesaikan melalui Lembaga Tatatertib UmNo bukan melalui mahkamah.

Sebab itu jugalah beli undi dipanggil politik wang dan bukannya rasuah. Kalau ahli politik dibenarkan merosakkan sistem perundangan apa lagi yang kita boleh harap dari mereka ini.

No comments: