Wednesday, December 23, 2009

2 Harga Petrol, Diesel

Yang mudah pun tak dapat dilakukan inikan pula nak melaksanakan sesuatu yang memerlukan terlalu banyak proses pemantauan. Kenapa tidak dilaksanakan dahulu harga berbeza antara warganegara dan rakyat asing?

______________________________

PETALING JAYA 22 Dis. – Mulai Mei tahun depan, kerajaan akan melaksanakan mekanisme baru subsidi petrol dan diesel yang menetapkan dua harga berbeza untuk rakyat dan bukan warganegara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, subsidi untuk warganegara juga akan diletakkan dalam beberapa kategori tertentu seperti berdasarkan kapasiti enjin kenderaan.

“Matlamat utama mekanisme baru ini bagi memastikan subsidi itu diterima oleh golongan sasar memandangkan pada masa ini semua lapisan rakyat termasuk yang kaya mendapat subsidi petrol atau diesel,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan menutup Majlis Bicara Eksekutif di sini hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, Kementerian Kewangan akan mengumumkan secara terperinci mengenai subsidi tersebut.

Jelasnya, perkara-perkara terperinci mengenai mekanisme baru itu masih lagi dalam perbincangan dan semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi.

No comments: