Wednesday, December 30, 2009

Pentas Pemuda

Walaupun sebelum program dimulakan hujan lebat turun mencurah-curah namun ia masih tidak dapat membendung semangat pengunjung dan pemidato dari saf hadapan pemuda PAS. Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi telah digantikan oleh Ustaz Redwan Mohd Nor Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Seperti biasa Saudara Saufi memanaskan suasana dengan menjadi pengerusi majlis pada malam tadi.
Pidato dimulakan dengan ucapan dari Ustaz Hasbullah Ridwan Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor yang istikomah dalam memastikan kehadiran PAS di Selangor dirasai. Walaupun pelbagai kisah muncul di Selangor namun Pemuda PAS Selangor akan tetap bersemangat bagi memastikan kerajaan PR di Selangor yang ada terus didokong dan dipertahankan.

Beliau juga mengulas...... Bagaimana seorang Menteri yang semasa pentadbirannya kehilangan 2 biji enjin kapal terbang boleh menjadi Perdana Menteri sedang Menteri tersebut seperti tidak rasa bersalah dan rakyat seperti tidak kesah.
Pidato kemudiannya diteruskan oleh Saudara Mohd Shah Mior Kosim Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat dengan membawa gagasan membina generasi baru yang mempunyai jati diri bagi menjadi pelapis pemimpin masa hadapan. Program mendekatkan pemuda dengan surau dan masjid perlu diteruskan bagi memastikan pemuda memahami dan mengamalkan syariat Islam yang syumul.

Program cegah gejala sosial akan terus dijalankan dan yang terbaru ialah program mendekati pemuda pada malam tahun baru yang akan menjelang tiba.
Pidato kemudiannya disambung oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ADUN Bukit Payung yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu. Beliau banyak mengulas isu terkini yang melanda Terengganu 'Darul Roboh'. Terengganu yang merupakan negeri yang kedua terkaya, malangnya penduduknya pula yang kedua termiskin.
Pidato ditutup dengan ucapan yang penuh bersemangat dari Ustaz Redwan Mohd Nor Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Beliau menekankan pentingnya peranan pemuda dalam menentukan masa depan negara. Beliau menyandarkan harapan yang tinggi agar usaha dapat digembling bagi memberi kesedaran Islam kepada generasi muda ini. Beliau mengambil contoh pemuda zaman silam seperti Usama Bin Zaid seorang pemuda belasan tahun yang dilantik oleh Nabi SAW bagi mengempur tentera Rom bagitu juga Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya membuka Kota Costantinople dalam usia beliau masih lagi 19 tahun.
Beliau juga mengimbas PRU 12 yang telah lalu yang memperlihatkan sumbangan generasi muda ini dalam menjana kemenangan PAS. Kemenangan PAS banyak dibantu oleh generasi muda dan golongan yang terpelajar. Manakala golongan tua dan mereka yang kurang terdedah dengan maklumat terus menyokong UM NO.
Walaupun digenangi air tetapi mereka tetap bersemangat menunggu hingga akhir ceramah. Terimakasih kepada pihak penganjur kerana menyediakan khemah.



No comments: