Sunday, December 20, 2009

Kuliah duha, penyampaian tauliah dan sumbangan anak yatim Masjid Bt 14

Seperti biasa Masjid Pekan Bt 14 memulakan hari Ahad dengan kuliyah duha yang disampaikan oleh Ustaz Wahid yang menyentuh isu-isu semasa dan juga peranan hijrah dalam membina tamadun. Selepas penghijrahan nabi maka tiada lagi hijrah fizikal selepas itu.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itu satu sama lain saling melindungi. Dan terhadap orang yang beriman dan belum berhijrah, maka tidak sedikit pun untuk mu melindungi mereka, sampai mereka berhijrah.Tetapi jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberi pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah terikat perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Al-Anfal Ayat 72.

Apabila Islam sudah mempunyai kerajaan, maka keperluan untuk berhijrah sudah tiada. Apabila Islam boleh dilaksanakan secara sempurna tanpa apa-apa kalangan dan kekangan maka menjadi kewajiban untuk semua orang Islam menyokong kerajaan tersebut.
Turut mengikuti kuliah duha adalah YB Dr Che Rosli Alhi Parlimen Hulu Langat yang tekun mendengar apa yang disampaikan. Kita mengharapkan agar semua pemimpin Islam menuruti contoh yang beliau buat. Sebagaimana yang di nyatakan oleh Ustaz, apabila kita ingin menyuruh orang lain berbuat kebaikan kita perlu terlebih dahulu berbuat kebaikan.
Antara kepimpinan setempat yang bersama-sama dalam majlis ini.
YBhg Tn Hj Dr Khodori Nazir Masjid.
Seperti biasa YB merasmikan majlis.
Tuan Imam Ustaz Nizam yang istikomah mengimarahkan masjid menerima tauliah perlantikan sebagai Imam masjid secara rasmi.
Dalam program ini juga disampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dalam kariah Masjid. Turut menerima sumbangan adalah anak-anak yang yatim piatu yang baru kematian ibu baru-baru ini dari Taman Indah Jaya. Kini mereka dipelihara oleh bapa saudaranya.
Sumbangan khas juga diberikan kepada seorang anak berusia 23 tahun yang mengalami penyakit masalah tumbesaran.

No comments: