Tuesday, December 1, 2009

Sejarah - Perjanjian Damai Haadyai 1989

Mengenang kembali sejarah penamatan perjuangan secara bersenjata PKM. Sejarah PKM yang panjang yang penuh kontrovesi dan berdarah. Sejarah adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Itu pun bergantung kepada siapa yang menulis dan tujuan penulisan dibuat. Sebagaimana British yang menggelar Dol Said, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Tok Gajah, Mat Salleh dan lain-lain yang menentang British sebagai pemberontak@pengganas dizamannya.

Apabila Perjanjian Haadyai dimeterai, apakah setatus seluruh pergerakkan PKM? Selain dibubarkan apakah hak mereka? Mungkin Artikel 3.1 menjadi sandaran mereka. Apakah status Chin Peng sebenarnya? Adakah beliau juga berhak mendapatkan hak dalam Artikel 3.1 yang menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia. Atau adakah clausa atau syarat lain yang menghalang beliau dari kembali. Setakat ini mahkamah menolak permohonan atas alasan teknikal iaitu permohonan tidak lengkap.

Rundingan telah dibuat. Kertas perjanjian telah ditandatangani. Kita nak ikut perjanjian atau perasaan? In the first place who has agreed to the terms and conditions? Kalau kita tak setuju kenapa perjanjian telah dibuat. Nak salahkan mereka yang membuat perjanjian ke?

Ini adalah sebagai renungan dan pengajaran supaya dalam apa jua perjanjian jangan sampai anak cucu kencing atas kubur kita nanti.
________________

Rundingan Baling

Pada 28 dan 29 Diember 1955 Rundingan Baling telah diadakan antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu.

Setelah empat kali kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand berunding dengan PKM akhirnya rundingan kelima berjaya diadakan .

Perjanjian Damai ini berjaya diadakan kerana ;
  • Situasi dunia yang tidak menyebelahi komunisme. Ekonomi Rusia selaku juara komunis telah tewas di Afghanistan.
  • Di bawah presiden Rusia , Rusia mengamal dasar ekonomi terbuka yang menuju ke arah ekonomi kapitalis dan sistem demokrasi pada tahun 1989.
  • Tembok Berlin antara Jerman Barat dan Jerman Timur telah runtuh. Tembok ini memisahkan Jerman Timur yang mengamalkan komunisme dan Jerman Barat yang mengamalkan demokrasi. Jerman Timur terlalu mundur berbanding dengan Jerman Barat. Akhirnya Jerman Barat dan Jerman Timur telah digabungkan dan diharapkan dapat menyaingi Amerika Syarikat.
  • Negara China juga membuka pintunya kepada pelabur asing khususnya Amerika, Korea Selatan dan Jepun sejak Presiden Li Peng dan sebelum itu.
  • Kerajaan Britain menyerahkan kembali Kepulauan Hong Kong kepada pemiliknya China pada tahun 1997. Hong Kong lebih maju daripada tanah besar China dan bukti bahawa sistem kapitalis dan demokrasi lebih berwibawa.
  • Chin Peng . Rashid Maidin, Abdullah C.D , Chan Tien merasakan pemberontakan bersenjata tidak berfaedah lagi kerana Malaysia telah benar-benar merdeka dan pemimpinnya bukan boneka kerajaan Britain. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melaksanakan dasar Buy British Last.
Perwakilan Kerajaan
  • Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
  • Tan Sri Mohd. Hanif Omar - Ketua Polis Negara
  • Jeneral Hashim Mohd Ali - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
  • Jeneral Yodhana Yamphundi - Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4
  • Jeneral Chavalit Yongchaiyudh =Pengarah Operasi Keselamatan
  • Jeneral Sawaeng Therasawat - Ketua Pengarah Polis diraja Thailand.
Wakil PKM
  • Chin Peng - Setiausaha Agung PKM
  • Abdullah C.D - Pengerusi PKM
  • Rashid Maidin - Komander Regimen ke-10
Turut hadir
  • Dato Megat Junid Megat Ayub - Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
  • Ai Ying atau Zainon - isteri Chin Peng
  • Chan Tien - Komander Regimen ke-12 PKM
Isi Kandungan Perjanjian Damai

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
  • PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
  • Parti Komunis Malaya dibubarkan
  • Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
  • Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
  • Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
  • Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
  • Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
  • Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Pelaksanaan Perjanjian Haadyai

Selepas perjanjian tersebut dimeterai :
  • Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
  • Di hutan Malaysia - Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan 2 bekas anggota tentera Jepun.
  • Kerajaan Malaysia membenarkan 338 bekas anggota komunis untuk pulang ke Malaysia sepanjang tempoh tawaran sekali sahaja di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM). Seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia. Tetapi 338 diluluskan dan 93 ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah daripada segi status kewarganegaraan.Nama mereka yang dibenarkan pulang tidak akan didedahkan demi keselamatan.[1]
  • Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

No comments: