Wednesday, December 16, 2009

Kempen UM NO Juara Rakyat – Gunakan Wang UM NO, Jangan Guna Wang Rakyat

Masihkah kau ingat - Surau Kampung Berembang.....!

Mampukah UM NO untuk membuktikan mereka adalah juara rakyat tanpa dana dari wang rakyat..... dana dari kami pembayar cukai...... atau sebaliknya UM NO khianat kepada amanah rakyat dan wang kami pembayar cukai.

Katanya, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan UM NO akan melancarkan program raksasa 'UM NO Juara Rakyat' bermula Januari depan sehingga pilihanraya umum 13 akan datang. Program yang merangkumi pelbagai jenis bidang seperti pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawan, ekonomi, sosial dan lain-lain.

Mampukah Umno menggerakkan semua program yang besar dan hebat ini berasaskan jentera dan kekuatan kewangan parti (UM NO) semata-mata?

Sebenarnya, Umno tidak mampu bergerak sedikitpun kecuali dengan 3M memang telah sinonim dengan mereka iaitu Money (wang), Machinery (jentera kerajaan) dan Media massa.

Katanya amalan penyelewengan menggunakan bajet kerajaan dalam urusan parti telah menjadi lumrah UM NO. Lihatlah apabila pilihanraya kecil berlaku. Segala jentera kerajaan digunakan untuk membeli undi dan menipu orang kampung dan sebahagian orang bandar.

Oleh itu katanya, UM NO masih belum berubah dan belum bersedia untuk berubah atau sememangnya mereka tidak mampu berubah. Mereka masih berpendirian rakyat yang cerdik dan kaya tak akan menyokong UM NO.

Sepatutnya pemimpin Umno, sekiranya merasakan mereka ‘ masih bermaruah’ agar beraksi di atas padang yang sama rata, dengan kekuatan jentera dan strategi sendiri serta berhenti salahgunakan wang rakyat. Kemudian kalau benar mereka benar-benar muncul juara, barulah kita boleh solute!(tabik) kerana mereka adalah juara yang bermaruah!

No comments: