Saturday, December 19, 2009

Program 19 Dis 2009


Menunjau projek gelanggang futsal yang diluluskan oleh MPKj di Taman Desa Raya. Projek ini dibuat dengan menggunakan dana kerajaan pusat. Bukan siapa yang buat projek itu penting tetapi kepentingan dan keperluan masyarakat itu lebih diutamakan.
YB Dr Che Rosli sentiasa meluangkan masa untuk bersama-sama dengan masyarakat tidak kira di DUN Dusun Tua, Kajang ataupun di Semenyih.
Hubungan yang erat dengan pimpinan masyarakat memudahkan kita menjalankan program dan meningkatkan perkhidmatan kepada penduduk.
Dalam apa juga situasi PAS tetap berpendirian bahawa kepentingan Islam dan rakyat perlu di letakkan sebagai keutamaan. Tidak kira siapa yang ingin menabur bakti PAS sentiasa terbuka bagi memastikan manfaat diterima oleh rakyat walaupun dari UM NO. Tahniah kepada penduduk Taman Desa Raya yang berjaya mengadakan hari keluarganya.
Sementara itu di Surau As-Syalikin Taman Sentosa menghimpunkan anak-anak kita yang bakal memimpin hari esok di tarbiyah supaya bersedia lebih awal bagi menghadapi cabaran hari esok.
Meraka yang terlibat mendapat penghargaan dan sijil sebagai bukti mereka ini telah melangkah satu langkah kehadapan bagi menbentuk insan yang lebih cemerlang.
Terima kasih kepada Saudara Muhd Jan kerana meluangkan masa untuk bersama anak-anak kariah.
Inilah barisan pemimpin hari esok yang diharapkan membawa perubahan kepada masyarakat dan negara.


No comments: