Sunday, December 20, 2009

Jihad

Kemana arah hendak di bawa umat Islam dan orang Melayu di negara kita hari ini. Setelah kemerdekaan dicapai lebih setengah abad kita masih lagi di takuk lama. Pelbagai usaha telah dibuat, namun sehingga kini kita masih tidak lebih baik dari bangsa lain.

Dalam bidang ekonomi, pelbagai usaha dan program dibentuk bagi member kemudahan dan kelebihan kepada orang Melayu namun apa hasilnya yang dapat kita lihat hari? Hasilnya hampir tiada. Konglomerat yang dicipta di zaman Tun M dahulu mana perginya? Ada yang lenyap tanpa nisan. Adakah mereka entrepreneur asli ataupun mereka hanya proxy kepada penguasa yang tamakkan kuasa serta harta. Bertopengkan pejuang bangsa tetapi sebenarnya mereka inilah perosak bangsa.

Program DEB, Program Payung, program pembangunan vendor, pembangunan SME dan lain-lain program pembangunan dibentuk tetapi yang tinggal kini adalah bangunan yang sepi tanpa penghuni. Masih ramai lagi peniaga kita yang tidak mampu memiliki bangunan sendiri. Sampai bila fenomena ini akan berterusan. Lebih malang lagi, anak-anak kita ada yang berpuashati setakat menjadi penolong jurujual VCD haram di kaki lima yang taukeny kita tahu siapa.

Mereka beranggapan kerja sekadar untuk dapat sikit makan, boleh beli baju baru dan ada motosikal sudah memadai. Sedangkan dunia kini dalam suasana yang semakin mencabar. Semua pihak ingin mencari kemudahan dan kelebihan. Apakan yang boleh kita buat untuk memastikan anak bangsa kita tidak ketinggalan dalam arus perdana ini.

Apa lagi yang perlu dibuat bagi memastikan anak bangsa kita kekal dan mampu bersaing dengan bukan saha bangsa lain tetapi juga menghadapi cabaran dunia luar. Sekiranya kita gagal di negara sendiri apa jaminan kita mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Jalan yang terbaik adalah apa yang disarankan oleh Nabi SAW iaitu JIHAD. Jihad memberi maksud bersungguh-sungguh berusaha sehingga kita berjaya. Kita perlu meningkatkan daya saing kita dalam semua bidang, tanpa mengira akademik atau kemahiran.

Kita juga mahu membina insan yang bukan sahaja cemerlang tetapi juga mempu member manfaat kepada orang lain. Bukan sahaja pandai tetapi juga kita ada sifat mahu orang lain juga pandai macam kita. Sentiasa belajar dan mengajarkan kepada orang lain.

Ini secara tidak langsung mengkikis sikap mementingkan diri sendiri dan dengki kepada orang lain.

Kita selalu dengar pandangan bahawa sekiranya Melayu lemah maka Islam juga akan lemah. Kenyataan ini adalah benar dalam kontek negara kita. Tetapi UM NO telah mengunakan konsep ini secara salah dengan menambah sekiranya UM NO lemah maka Melayu lemah dan apabila Melayu lemah akhirnya Islam juga lemah. Sedangkan Islam itu tidak bergantung kepada UM NO sahaja. Dalam usaha memperjuangkan agama ini, kita tidak sepatutnya menafikan peranan PAS yang telah jauh terkehadapan dalam hal ini.

Lebih setengah abad UM NO memerintah Negara Malaysia ini, kita masih tidak mampu meningkatkan jumlah yang significant penganut agama Islam dari kelompok bangsa lain. UM NO seakan-akan lebih suka suasana itu dan situasi sebeginilah yang member kelebihan kepada UM NO. Mereka beranggapan sekiranya masyarakat jahil tentang Islam maka mereka lebih mudah ditipu dan dipermainkan.

Sekiranya kita tidak berjaya membangunkan bangsa, maka selamanyalah kita gagal member imej yang positif kepada Islam dan umat Islam.

No comments: