Monday, December 14, 2009

PAS Akan Lancar Kempen ‘UM NO Pengkhianat Rakyat’

Kenyataan Media

Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan melancarkan kempen ‘Umno Pengkhianat Rakyat’ pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam.

Sehubungan dengan itu, Jentera Penerangan disemua peringkat diminta bersedia untuk mengerakkan kempen ini hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.

PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.

Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.

Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA.

Oleh itu, PAS menyeru kepada semua Ketua Penerangan PAS supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.Insyaallah Lajnah Penerangan Pas Pusat sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments: