Thursday, December 31, 2009

BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang Berani Melawan Arus

Haji Abdurrahman Wahid yang mesra disapa Gus Dur telah meninggalkan dunia ini dengan segala sejarahnya.

Beliau terkenal sebagai salah seorang tokoh nasional yang banyak mewarnai perjalanan bangsa Indonesia pelbagai kaum.

Bukan saja Gus Dur membawa idea luar biasa tapi tokoh agama ini juga pernah menimbulkan kontroversi ketika beliau bergelar Presiden apabila ideanya membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

Hal ini menjadi salah satu gagasan yang membuat beliau dikritik hebat oleh sekelompok pertubuhan Islam di Indonesia.

No comments: