Sunday, December 13, 2009

Perancangan untuk 2010

Walaupun masih awal untuk bercerita tentang tahun baru, tetapi perancangan untuk merangka aktiviti dan organisasi adalah amat perlu dibuat sekarang. Sesuatu perlu dibuat bagi meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat, kesedaran masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab, meningkatkan 'visibility' dan turun padang.

Penambahbaikkan struktur dan fungsi JPD mungkin sesuatu yang 'urgent' dan amat mendesak. Kita perlu dilihat semula peranan dan gerak kerja JPD bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan juga menyelaraskan dengan dengan seluruh system pentadbiran. Terutama sekali dengan pergerakkan dan aktiviti MTD. JPD sebagai jentera kerajaan negeri perlu menjadi tulang belakang dan penghubung antara MTD dan masyarakat. Ini bagi memastikan peranan dan tujuan JPD dan MTD itu tercapai.

JPD perlu memastikan ketelusan dan keadilan dalam mengagih-agihkan peruntukkan dana dari kerajaan negeri bagi manfaat seluruh masyarakat tanpa mengira politik, bangsa, agama dan latar belakang. Sedangkan MTD perlu terus mendekati masyarakat bagi memastikan segala permasalahan dapat dikenalpasti dan seterusnya menyelesaikannya melalui seluruh jentera yang ada . Ketelusan bukan setakat di laksanakan juga ianya perlu diperlihatkan. Adil dan nampak adil.

Kelebihan yang ada di Majlis Perbandaran Kajang perlu dipertingkatkan lagi. Pada masa ini MPKj telah berjaya meningkatkan perkhidmatannya kepada penduduk dalam menyelesaikan banyak masalah terutamanya masalah pembangunan kawasan, pembuangan sampah dan pokok-pokok yang merbahaya di sekitar Dusun Tua. Syabas diucapkan kepada Saudara Mohamad Jan yang telah berkerja keras ke arah itu. Pun begitu banyak lagi yang perlu dilakukan dan ianya memerlukan masa, tenaga dan dana yang besar bagi memastikan segala gerak kerja dapat berjalan dengan lancar. Antaranya adalah masalah longkang, keberkesanan sistem pengangkutan sampah, lampu jalan, pemotongan rumput, kawasan sukan/rekriasi dan juga pusat aktiviti masyarakat.

Program bersama rakyat juga perlu diperbanyakkan bagi memastikan kesedaran masyarakat tentang kewujudan dan peranan MTD dipertingkatkan. Disamping itu kerjasama dalam semua aktiviti dengan PKR dan DAP juga perlu dilipat gandakan. Inibagi memastikan masyarakat tidak lagi memandang serong tentang peranan PKR dan DAP. PR perlu mengikis tangapan negatif peranan dan tanggungjawap yang dimainkan oleh PKR dan DAP dalam memperjuangkan hak rakyat.

Ceramah umum juga amat perlu diteruskan bagi memastikan kesedaran masyarakat tentang isu-isu semasa dapat dipertingkatkan. Ini bagi memastikan masyarakat tidak diracuni oleh media semasa yang sentiasa mencari jalan untuk mencetuskan isu dan kebencian terhadap PAS dan PR.

Kini sudah ada banyak ruang dan saluran bagi masyarakat untuk mengajukan segala bentuk permasalahan. Cuma permasalahannya adalah sejauh mana kesedaran ini wujud di kalangan masyarakat? Disinilah perlunya JKKK dan Ketua Kampung berperanan dengan lebih aktif dalam menjadi mata dan telinga JPD serta MTD. Sekiranya semua orang menjalankan peranan dengan lebih berkesan insyallah tugas dalam PRU 13 lebih mudah lagi.

Masyarakat kini semangkin matang dan mereka ini lebih demanding. Dekati mereka dan selesaikan masalah mereka. Insyallah kita akan lebih dihargai.

No comments: