Thursday, December 24, 2009

Flip Flop

Cukai keuntungan hartanah kini hanya terpakai kepada hartanah yang dijual dalam tempoh kurang dari lima tahun daripada pembelian, demikian diumumkan oleh Najib.

Beliau berkata cukai lima peratus itu akan dikenakan ke atas mereka yang menjual hartanah kurang daripada lima tahun selepas mereka membelinya. Ini jelas mengubah pengumuman dalam Bajet 2010 baru-baru ini yang menyaksikan cukai jualan hartanah dikenakan ke atas semua jualan hartanah.

No comments: