Friday, February 29, 2008

Imam Hadari



This is PAS Territory.








With PAS you are powerful.

Idea kreatif bersebelahan bangunan Menara Celom.
Jangan bereksperimen -- Rakyat tanggung risiko jika pilih pembangkang sepenggal – PM

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HABIBAH OMAR

KEPALA BATAS 28 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran bahawa sebarang eksperimen untuk memilih parti pembangkang memerintah, walaupun hanya sepenggal, boleh mendatangkan risiko teruk kepada ekonomi dan pembangunan negara.

Bagaimana sekiranya kita letakkan kenyataan tersebut kepada rakyat Kelantan? Wahai rakyat Kelantan jangan bereksperimen dengan BN kelak buruk padahnya. Saya nasihatkan rakyat Kelantan supaya menerima nasihat PM tu. Jangan gatal tangan pangkah BN. Nanti rakyat tanggung resiko jika memilih BN.

Bukan sahaja Kelantan, tetapi negeri lain juga jika nak try bagi satu penggal lagi kat BN jangan cuba-cuba kerana resikonya amat besar.

UNDILAH PAS INSYALLAH TIADA RESIKO.
MENANG DUNIA MENANG AKHIRAT.


Lihat, dengar dan nilaikan sendiri.

Kami tidak bertanggungjawab di atas keaslian video ini. Sekadar renungan untuk kita fikirkan bersama.


Nota : Kenyataan Tun tentang Anwar.

Thursday, February 28, 2008

4 Years vs 50 Years

Thursday February 28, 2008

Najib: Give Barisan four years

PASIR MAS: Give Barisan Nasional four years to rule Kelantan and kick it out if it fails to deliver, Datuk Seri Najib Tun Razak told the Kelantan people.

Kenapa nak bagi Najib 4 tahun kalau rakyat telah memberikan 50 tahun. Tidak cukupkah 50 tahun menerajui pentadbiran negara? Adakah lain-lain negeri telah maju dan kaya-raya berbanding Kelantan sehingga tak ada beban batu digalas? Apa pentingnya Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan? Adakah kerana hasil buminya yang masih mewah? Ataupun mereka ada niat nak merompak hasil bumi Kelantan?

Kenapa perlu mengambilalih pentadbiran hanya kerana ingin memajukan Kelantan. Kenapa tidak mereka berkerjasama dengan pemerintah yang ada sekarang? Apakah ada kepentingan kepartian yang melampau hingga meminggirkan kepentingan rakyat Kelantan yang tidak memihak kepadanya? Apa beza PAS mentadbir atau BN mentadbir? Bukankah kedua-duanya juga dipilih oleh rakyat. Pemerintah sepatutnya memerintah secara adil sama ada mereka menyokong atau sebaliknya. Rakyat adalah pembayar cukai yang perlu diberi khidmat yang sewajarnya. Tidak kira mereka menyokong siapa atau parti mana. Mereka hanya ada satu wakil rakyat dan satu kerajaan. Mereka tidak ada kerajaan yang berasingan untuk memberi khidmat kepada mereka yang tidak menyokong kerajaan. Kenapa teruk sangat pemikiran pemimpin BN ini?

JADILAH RAKYAT YANG BIJAK UNDILAH PAS.

Wednesday, February 27, 2008


BN = Selamat, Aman dan Makmur

Selamat = Kerusi-kerusi yang ditandingi oleh BN akan SELAMAT hatta diletak calon tunggul kayu sekalipun kerena minda rakyat disongok dengan propaganda, pembohongan dan fitnah dari seluruh media massa yang tidak mertanggungjawab.

Aman = Di bawah BN semua pemimpin merasa AMAN dari segala sanggahan atau bantahan dari rakyat. Segaja jentera kerajaan akan digunakan untuk melindungi mereka. Segala penguatkuasa digunakan untuk mengugut dan membelasah rakyat.

Makmur = Pemimpin merasa MAKMUR sungguh kerana segala khazanah dan kekayaan negara dikongsi antara mereka walaupun rakyat hidup miskin, merempat, papa kedana dan dihalau dari kampung sendiri.

Tuesday, February 26, 2008

Arahan Matikan Setem Kekal.

EC contradicts itself again
Chan Kok Leong | Feb 25, 08 9:02pm
The Election Commission was at odds with itself once again - what its chairperson Abdul Rashid Abdul Rahman said yesterday contradicted the instructions given by secretary Kamaruzaman Mohd Noor.
.......
EC secretary did not retract instruction

Setem hasil: SPR nafi dakwaan pembangkang

PUTRAJAYA 25 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan ada mengeluarkan surat arahan membatalkan keperluan bagi setiap calon mengemukakan setem hasil yang dimatikan pada borang penamaan calon.

Setiausahanya, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, surat yang dikeluarkan oleh pihaknya mengenai setem hasil itu sebelum ini adalah sejajar dengan peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

Adakah ini bermakna beberapa orang lagi calon BN akan dibatalkan pencalonannya? Setakat ini saya tidak melihat kenyataan atau keputusan resmi dikeluarkan melainkan "Kalau Pas tidak berpuas hati, mereka boleh membawanya ke mahkamah di bawah peruntukan Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan" . Sama-samalah kita tunggu.

Monday, February 25, 2008

9 kerusi (2008) vs 29 kerusi(2004)

Barisan Nasional Bermula Dengan Cemerlang

Oleh Tham Choy Lin

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, melakar kejayaan awal apabila gabungan parti pemerintah itu memenangi tujuh kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa bertanding apabila penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum 8 Mac ini ditutup hari ini.
......
Pada 2004, BN menang 17 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN pada hari penamaan calon.

Mana yang lebih banyak menang tanpa bertanding 9 kerusi (2008) atau 29 kerusi(2004)? Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan TEMBERANG. Sokongan terhadap BA semangkin bertambah. Kemenangan hanya tinggal setapak lagi. Jangan kita tinggalkan walaupun seorang pengundi. Jangan kita menyesal nanti jika kita kalah satu undi. Tingkatkan syiar naikkan panji-panji kita. Edarkan risalah yang dibekalkan. Insyallah kemenangan terbuka luas. Marilah kita buat perubahan.

MASA UNTUK BERUBAH.
Win of change is comming.

Jahatnya SPR apabila calon PAS tidak diperkenalkan















Salmiyah Harun
Sun | Feb 24, 08 | 5:20:44 pm MYT

KAJANG, 24 Feb (Hrkh) - Sekali lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat onar apabila bertindak mengumumkan calon-calon yang bertanding di Parlimen Hulu Langat tanpa memperkenalkan calon daripada PAS.

Apabila proses bantahan ditutup, calon yang bertanding akan dibawa dan diumumkan di Stadium Kajang yang disaksikan para penyokong masing-masing, calon BN terlebih dahulu dibenarkan keluar dari tempat penamaan calon.
Proses penamaan calon dibuat di Dewan Bandaraya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersebelahan Stadium Kajang.

Pegawai Pengurus SPR (RO) mengiringi calon BN kemudian terus mengumumkan calon yang bertanding tanpa menunggu calon PAS untuk diperkenalkan di tengah-tengah penyokong mereka.

Bagaimanapun, ketika itu kedua-dua calon PAS iaitu Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat dan Dun Dusun Tua Mohd Sani Hamzan masih berurusan dengan pihak SPR, menyebabkan mereka agak kebelakang kira-kira lima minit.

Sebaik sahaja calon PAS tiba di astaka stadium, pegawai SPR selesai mengumumkan calon yang bertanding, keadaan ini membuatkan calon PAS tidak berpuas hati.

Mohd Sani kesal atas sikap pegawai SPR yang tidak adil dalam memperkenalkan calon terutama dari PAS.

Beliau berkata, mereka kelewatan kira-kira lima minit kerana mereka ada urusan menandatangani borang dan surat menyurat dengan SPR.

"Ini soal keadilan, untuk memperkenalkan calon sekali pun, sepatutnya mereka menunggu kami bersama-sama untuk memperkenalkan calon yang mana kami ada di dalam dan urusan yang belum selesai," tegas beliau.

Katanya, SPR sekali lagi menunjukkan budaya yang tidak sihat dan tidak profesional dalam soal memperkenalkan calon.

"Baru kita nak memperkenalkan calon, SPR sudah tunjuk sikap yang biadap dan tidak bertamadun yang ditunjukkan oleh pengurus pilihan raya Hulu Langat," katanya dengan nada marah.

Beliau mempersoalkan, jika mereka boleh menunggu tiga jam di dalam dewan semasa penamaan calon kenapa SPR tidak boleh menunggu mereka selama lima minit.

Dalam pada itu, Calon PAS Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat melahirkan kekecewaan atas sikap SPR yang berat sebelah dalam memperkenalkan calon.

Katanya, kelewatan berlaku kerana ada urusan menandatangani borang dan surat menyurat dengan pihak SPR.

Calon KeADILan Dun Kajang, Lim Kit Seng berkata, kelewatan mereka kerana ada urusan dengan SPR yang mana ia tidak seharusnya berlaku.

Katanya, SPR telah keluarkan notis untuk pegawai di kawasan pilihan raya bahawa mereka harus uruskan permit untuk berkempen selepas ini.

"Untuk mendapatkan permit kita kena pergi ke Shah Alam kemudian balik semula ke MPKj bagi mendapatkan lesen barulah boleh mengeluarkan bahan-bahan kempen," katanya.

Justeru, katanya, sikap yang ditunjukkan SPR memang tidak profesional dalam membuat keputusan .

"SPR bagi notis yang suntuk sehingga menyusahkan proses untuk pencalonan," katanya.

Menurut seorang petugas SPR yang ditemui, berkata, biasanya calon yang bertanding khususnya parti yang berlainan mereka akan diarahkan keluar berasingan, sama ada parti kerajaan mendahului ataupun pembangkang.

"SPR akan arahkan salah satu parti akan keluar dahulu, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, tetapi biasanya parti kerajaanlah yang keluar dulu," katanya yang enggan dikenali.

Kira-kira 3,000 para penyokong BA berarak mengiringi calon mereka ke Majlis Bandaraya Kajang (MPKj), mereka ditempatkan di dalam Stadium Kajang begitu juga para penyokong BN.

Bagaimanapun keadaan penyokong terkawal dan tidak ada insiden yang berlaku, penyokong BA ditempatkan sebelah kiri dan BN pula ditempatkan sebelah kanan stadium.

Terdapat empat bantahan yang dikemukakan oleh PAS, bagaimanapun ia telah ditolak oleh SPR. - mks.

Orang Utan Part II

Duti setem: Demi selamatkan BN, tindakan SPR dikecam
Mohd Rashidi Hassan | Foto Nasir Sudin
Sun | Feb 24, 08 | 3:05:10 pm MYT

MARANG, 24 Feb (Hrkh) - PAS kesal dan mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menarik kembali arahan supaya semua calon pilihan raya mengenakan duti setem pada borang pencalonan.


Gagal kemuka bukti letak jawatan Senator, SPR tolak bantahan PAS
Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Feb 24, 08 | 3:45:51 pm MYT

ARAU, 24 Feb (Hrkh)- Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menolak bantahan PAS terhadap calon Umno Dato' Ismail Kassim yang mencabar Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din di Parlimen Arau (P003) kerana tidak dapat mengemukakan bukti peletakan jawatan sebagai Senator.

Guna cek, tanpa 'stamping' - SPR tolak bantahan PAS
Nur Abdul Rahman
Sun | Feb 24, 08 | 1:27:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Calon PAS Parlimen Titiwangsa (P119), Dr Lo' Lo' Dato' Mohamad Ghazali melahirkan rasa kesal dengan tindakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang menolak bantahan mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN) berhubung peraturan 'stamping' (mematikan setem pada borang Akuan Berkanun) dan pembayaran wang deposit melalui cek oleh calon BN.

Ingatkan UMNO sahaja rupanya SPR pun serupa. Mungkin sebab itu TG Nik Aziz tak menujukan istilah itu khusus kepada UMNO kerana bukan UMNO sahaja berperangai seperti 'orang utan' tetapi semua pihak lain yang berkepentingan dan takut kalah akan berperangai serupa.

UNDI PAS HANTAR 'ORANG UTAN' BALIK KE HUTAN

Friday, February 22, 2008

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN

Tajol menangis kerana Lenggong

IPOH 21 Feb. - UMNO Perak sekali lagi terpaksa berkorban dengan menyerahkan kerusi Parlimen Lenggong miliknya kepada Gerakan bagi membolehkan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas kekal bertanding di Parlimen Taiping.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, ia merupakan satu keputusan yang amat berat untuk diambil kerana UMNO Bahagian Lenggong terpaksa menerima kehadiran Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe bertanding di situ.

Beliau yang tidak dapat menahan air mata ketika membuat pengumuman nama-nama calon UMNO Perak turut mendedahkan bahawa UMNO Bahagian Lenggong dan Gerik begitu bersedih malah beliau bersama semua ahli jawatankuasa kedua-dua bahagian itu 'menangis' lebih sejam mengenangkan nasib mereka.


TAHNIAH UMNO KERANA MENGADAIKAN SATU LAGI KERUSI MELAYU. UNDILAH BN KALAU NAK SEMUA KERUSI MELAYU DISERAHKAN KEPADA ORANG LAIN. TAK PAYAH MENANGIS HARI INI KERANA ANAK KITA BAKAL KENCING ATAS PUSARA NANTI. HENTIKAN SOKONG BN. BN MENJUAL MARUAH MELAYU DENGAN HARGA YANG AMAT RENDAH.

UNDI BN = UNDI PAK LAH = UNDI KHAIRI

Negara akan lingkup sekiranya rakyat membiarkan Khairi menantu Pak Lah menguasai negara. Khari akan terus berkuasa dan mencengkam segala keputusan kerajaan selagi Pak Lah terus berkuasa.

Selamatkan negara tolak Khairi. Khairi akan terus berkuasa selagi Pak Lah memerintah. Selamatkan negara tolak Pak Lah. Pak Lah tak berkuasa kalau rakyat tak undi BN. JANGAN UNDI BN. UNDI ORANG LAIN.

SELAMATKAN NEGARA SELAMATKAN MALAYSIA.

Thursday, February 21, 2008

Amaran Buat Rakyat Malaysia

[http://antikhairy.blogspot.com]

Selepas pilihan raya ini maka kita akan saksikan pembentukan kerajaan baru. Kalau dahulu pilihan raya ini adalah untuk mendapatkan mandat buat Barisan Nasional tetapi kali ini adalah untuk mendapatkan mandat buat Khairy dan sekutunya memerintah Malaysia. Kerajaan Baru ini akan terdiri dari kroni-kroni Khairy Jamaluddin dan UMNO patut sedar bahawa keadaan ini pasti akan berlaku.

Pilihan raya ini akan menyaksikan ramai orang Khairy yang akan bertanding dan akan membentuk kepimpinan baru di peringkat bahagian kelak. Ini sebenarnya menjurus kepada pembentukan kerajaan baru yang akan dipimpin oleh orang-orang Khairy.

Percayalah orang-orang Khairy akan menjadi mata dan telinga beliau di setiap negeri dan akan mengambil alih kepimpinan daripada pemimpin yang sedia ada. Inilah yang akan membentuk kerajaan baru Khairy Jamaluddin yang sebenarnya tidak akan membawa apa-apa manfaat selain dari kuasa yang ada dibolot oleh Khairy dalam perancangannya untuk mengambil alih Malaysia.

Orang UMNO perlu sedar sekarang bahawa banyak wakil rakyat akan dibolot oleh orang-orang Khairy dan mereka akan mempunyai kuasa di setiap bahagian kelak. Mereka akan jadi penentu untuk Khairy menjual negara kita ini.

Kita dari UMNO perlu sedar kebinasaan yang akan berlaku kelak. Jalannya mudah – kita kena pastikan kalau Khairy bertanding – kita terpaksa berusaha mengalahkan beliau. Kita tidak mahu kerajaan baru khususnya kerajaan dalam kerajaan.

Malaysia sebenarnya dalam keadaan bahaya kalau membiarkan Khairy terus menerus bebas menyediakan kerajaa baru beliau – kerajaan dalam kerajaan dan ini MEMBUNUH kita sebagai rakyat Malaysia.

Mampukah PAS menunaikan janji pilihanraya?

Negara berkebajikan. Itulah janji PAS dalam pilihanraya ke12 ini. Kalau tengok media hari ini banyak laporan dan maklumat yang mengelirukan dan separuh benar kalau tidak pun lapor separuh dan sorok separuh.

Inilah akibatnya sekiranya media hari ini bertuhankan BN. Hanya BN sahaja yang benar orang lain tak betul dan tak mampu. Itulah pilihanraya. Mereka amat takut kehilangan kuasa. Akibatnya mereka gila kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menang. Hatta dengan menyalahgunakan harta rakyat. Harta pembayar cukai yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan negara habis dibuat kempen.

Mereka tanya Husam tentang mampukah PAS melaksanakan janji PAS. Beliau jawab PAS tak mampu kerana PAS hanya bertanding 60 kerusi sahaja. Jawapan betul dan ikhlas tetapi menguntungkan BN. Jawapan yang sebenar ialah PAS bertanding 60 kerusi, Keadilan dan DAP pula berapa kerusi? Maka jumlahnya melebihi 111 (jumlah keseluruhan kursi parlimen 222). Sekiranya melebihi 111 maknanya kemungkinan PAS dan sekutunya untuk memerintah negara tetap ada dan tentunya PAS tidak boleh dibuat secara bersendirian.

Kalau anda bijak tentu anda berfikir secara matang dan rasional. Pasti bertemu jawapan yang anda inginkan.

UNDILAH PAS UNTUK KESEJAHTERAAN HARTA DAN MINDA



Wednesday, February 20, 2008

Demonstrasi jalanan....

Demonstrasi jalanan ranapkan negara

Oleh AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Demonstrasi jalanan adalah budaya kasar dari Barat yang sama sekali tidak dapat diterima oleh masyarakat negara ini, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

‘‘Abdul Hadi sebenarnya tidak peduli ketenteraman awam dan undang-undang negara ini. Jika Pas laksanakan amalan budaya import ini, negara akan ranap,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kenyataannya di Kangar semalam, Abdul Hadi berkata: “Jadi apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan.”


Sekiranya kepimpinan negara dipercayai rakyat dan rakyat merasa aman, selesa dan makmur tiada sebab untuk rakyat tunjuk perasaan atau mengganas. Pemimpin juga perlu berani dan mampu berhujah dengan mereka yang tunjuk perasaan bagi meredakan hati rakyat. Bukannya hentam dan perleceh mereka di media yang dikawal oleh parti pemerintah.

Berilah sedikit ruang kepada rakyat untuk menyatakan rasa ketidakpuasan dan meredakan perasaan mereka.

UNDILAH PAS UNTUK MEMERDEKAKAN MINDA

Tuesday, February 19, 2008

Siapa 'Orang Utan'

PAS hanya risau berdepan dengan 'Orang Utan'
Helmi Khalid
Sun | Feb 17, 08 | 11:44:34 am MYT

ALOR STAR, 17 Feb (Hrkh) - "Saya yakin Kelantan akan terus menang dan saya bergantung pada Allah, tetapi yang menjadi masalahnya kerana kami berdepan dengan orang yang tak tahu undang-undang, tak tahu undang-undang macam Orang Utan; Orang Utan tak reti agama dan tak reti undang-undang," tegas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai peluang PAS di Kelantan, di Kompleks PAS Kedah, di sini sempena majlis penutup Jelajah Presiden yang turut dihadiri Presiden, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din.

[Utusan Malaysia] Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata, Pas Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 sebaliknya ‘orang utan yang tidak tahu undang-undang.’

[Berita Harian] Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyamakan Umno seperti orang utan.

Dalam sidang akhbar di Alor Star, Sabtu lalu, Nik Aziz berkata, Pas Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik pada pilihan raya ini, sebaliknya 'orang utan yang tidak tahu agama dan undang-undang'.

Pak Lah, Najib, Hishamuddin dan UMNO perasan dia macam 'Orang Utan' dan tuduh kata TG Nik Aziz kata dia 'Orang Utan'. Cuba baca kenyataan penuh TG. Nilaikan siapa cakap betul dan siapa cuba cakap bohong? Dari petikkan akhbar di atas saya tak nampak pun TG sebut nama UMNO cuma orang UMNO perasan TG kata kat dia. Itu bukan salah TG.

Kalau UMNO yakin dia ikut undang-undang dia tak perlu kecik hati atau tersingung. TG cuma kata kat orang yang tak tahu undang-undang sahaja.

UNDILAH PAS UNTUK KERAJAAN YANG AMANAH, ADIL, BERSIH DAN BERKEBAJIKAN


Monday, February 18, 2008

Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar 2008 - Bahan Kempen BN

Ulama terima Islam Hadhari
Oleh Nor Azma Laila dan Mohamed Farid Noh

Delegasi Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar saran dunia contohi konsep Malaysia

KUALA LUMPUR: Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar 2008 mengakui konsep Islam Hadhari yang dipelopori Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, seharusnya dicontohi dan dilaksanakan negara Islam seluruh dunia.

Tong undi lutsinar menjejaskan kerahsiaan undi

Tong lutsinar akan menyebabkan ramai pengundi bimbang terhadap status undi mereka. Berdasarkan pengalaman menjadi PACA, tong hitam pun saya sempat melihat undi yang dibuat inikan pula lutsinar. Apakah sebenar tujuan SPR memperkenalkan tong baru walaupun tak pernah dituntut oleh sesiapa tak tahulah kalau UMNO mintak.

Saya mendesak supaya usaha-usaha dibuat supaya sekurang-kurangnya separuh dari tong lutsinar itu ditutup bagi memelihara hak pengundi. Saya bimbang tong ini akan menakutkan pengundi untuk mengundi PAS dan BA.

UNDI PAS UNTUK NEGARA YANG ADIL, BERSIH DAN BERKEBAJIKAN.

Friday, February 15, 2008

Lombong pasir Sungai Tekali

Mungkin tak ramai yang sedar bahawa lombong pasir Sg Tekali telah banyak menjejaskan kualiti Sungai Langat dan hidupan didalamnya. Terdapat sebuah takungan air (kolam) yang dibina berhampiran anak sungai yang mengalirkan kelodak sisa pasir dan selut ke Sungai Langat. Adakah ada individu yang melindungi aktiviti ini hingga ianya terus aktif mengeluarkan pasir hingga kini. Akibatnya Sungai Langat terus tercemar.

Selain dari itu, aktiviti mengangkut pasir yang berterusan telah mengakibatkan Jalan Sungai Tekali selalu rosak terutama sekali ketika musim hujan. Saya juga amat bimbang terhadap keselamatan mereka yang menaiki motosikal atau berbasikal terutamanya anak-anak atau adik-adik kita yang kesekolah dan berselisih dengan lori-lori yang besar dan banyak.

Siapa yang melindungi perosak alam sekitar ini. Apakah ada individu yang sanggup mendapat keuntungan dengan memusnahkan alam sekitar dan memperjudikan keselamatan penduduk Sungai Tekali. Bila kita tukar kerajaan kita akan tahu siapa dalangnya. Mari ubah sekarang.

UNDILAH PAS UNTUK KEADILAN, KESEJAHTERAAN & BERKEBAJIKAN


Dua berita menarik

New Faces To Rejuvenate MIC, Says Samy Vellu

KUALA LUMPUR, Feb 15 (Bernama) -- MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu said today he was introducing many new faces as candidates in the March 8 general election in keeping with his pledge to revitalise and rejuvenate the 62-year-old party.

Macam mana nak meremajakan MIC kalau presidennya sendiri pun telah memegang jawatan presiden dalam tempoh lebih dari usia remaja. Orang Sungai Siput tak nak tukar dia ke?


Spekulasi Khaled MB baru Johor makin kuat
Oleh Johan Afandi

JOHOR BAHRU (BH): Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene di sini, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai kemungkinan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, akan dicalonkan sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman.

Perdana Menteri tiba di Istana Bukit Serene pada jam 3.35 petang, diiringi Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Reezal Merican Naina Merican yang menaiki sebuah kereta lain.

Belum pun BN menang di Johor Pak Lah dah main wayang. Dia tahu ke siapa yang akan menang di Johor nanti. Ataupun kemenangan BN di Johor telah diatur oleh tangan-tangan ghaib.

Bohong Part II

'Forgotten' Anwar no longer a factor
Syed Jaymal Zahiid | Feb 14, 08 6:06pm
As far as Umno and the BN are concerned, PKR leader Anwar Ibrahim is not even worth a tinge of thought, let alone be a worrying factor for the ruling coalition in the coming polls.

Parlimen dibubarkan pada 13 Feb 2007 selepas pembohongan terbesar dalam sejarah pilihanraya. Sehari sebelumnya PM mengatakan 13 Feb bukan hari pembubaran parlimen. Kemudian beliau ditanya tentang faktor DS Anwar dan beliau mengatakan beliau lupa mengenai Anwar semasa membuat keputusan tersebut.

Apa yang jelas adalah apabila parlimen dibubarkan, SPR ada 60 hari untuk mengadakan pilihanraya. Paling lewat mengundi mungkin 13 April 2008. Tarikh 14 April pula hari DS Anwar tamat tempoh sekatan politiknya. Jadi pengumuman 13 Feb adalah yang paling selamat bagi Pak Lah. Kebetulan atau cuba memperbodohkan rakyat. Ataupun ini adalah pembohongan Part 2.

Hentikan pembohongan
Undilah PAS untuk negara berkebajikan



Wednesday, February 13, 2008

Peringatan bagi yang lupa

PRU telah kembali lagi. Medan perang telah dibuka. Dimanakah persiapan kita? Dimanakah tentera-tentera 'berani mati' kita? Masyarakat umum sedang memerhatikan kemampuan kita. Adakah kita hanya gah di medan ceramah sahaja? Bagaimana gerak kerja parti dalam menghadapi pilihanraya yang dijangka paling sengit dalam sejarah selepas PRU 1969.

Suasana masyarakat kini menyebelahi PAS dan Keadilan (BA). Rakyat yang dihimpit pelbagai tekanan hidup semangkin tawar hati dengan BN. PAS perlu mengambil kesempatan ini dengan menyambut mereka dengan tangan terbuka. Mungkin mereka ini dari kalangan orang UMNO yang kecewa dan atas pagar yang tertekan. Mungkin mereka berubah kerana ada kepentingan tertentu. Tetapi inilah namanya politik demokrasi. Semua rakyat berhak memilih dan bersuara.

Bagaimana dengan persiapan diperingkat yang lebih tinggi.... pucuk pimpinan. Tadi saya masih mendengar TV3 & Co panggil team BA ini sebagai pembangkang; walaupun parlimen telah dibubarkan. Apakah tindakkan kita. Bila kita nak gunakan mahkamah bagi menghalang musuh-musuh dari memangil BA sebagai pembangkang. Bila nak buat 'court injunction' bagi menghalang BN dan sekutunya dari memanggil BA sebagai pembangkang. Jangan yang tempang ini dibiarkan patah terus.

Kerajaan sementara jelas tidak adil dan bertanggungjawab kerena mereka ada kepentingan dalam pilihanraya ini.

Kita juga perlu mengambil perhatikan tentang peraturan-peraturan baru SPR yang akan muncul tiba-tiba. Adakah BA mampu berhadapan dengan SPR dan memastikan semua petugas maklum tentangnya seterusnya tahu apa nak buat. Peraturan bagi kiraan semua undi telah dinaikkan kepada 4% dari 2%. PACA perlu peka.

Bagaimana dengan manifesto? Sudahkah ianya diedarkan? Bahan kempen? Buletin Kempen1 telah dikeluarkan dan kini edisi ke dua telah diedarkan. Bagaimana kita hendak memanfaatkan kemudaan ini?

Bilik gerakkan bagimana? Sudah menyalakah lampu? Ataupun tiang masih belum berdiri lagi? Bendera dah berkibar ke belum? Bagaimana dengan banner-banner hebahan?

Masa semakin suntuk, masyarakat dahagakan perubahan, mari perkuatkan segala jentera dan gerakkan segera tentera kita. Jangan kita merasa lemah. Jika kita lemah mereka pun lemah sama. Jika kita sakit mereka pun sakit juga. Buat sebaik mungkin insyallah kemenangan ditangan kita.

Kita bukan berlawan dengan orang UMNO, bukan dengan orang MCA dan bukan juga dengan orang MIC juga. Kita juga tidak ingin berlawan poster dengan mereka kerana kita tidak mahu menghabiskan wang penyokong dengan syiar sahaja. Bendera perlu tetapi hanya setakat menunjukkan kita wujud dan berfungsi. Kita mahu berdiri dengan hujah dan maklumat. Itulah yang nabi lakukan dahulu. Yang lebih penting adalah mendekati pengundi dan menerangkan hak mereka dan tawaran PAS dan BA. Kita hanya ingin mengalahkan BN di peti undi. Itu sahaja.....

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [An Nisa' 104]

Masa Untuk Berubah
UNDILAH PAS UNTUK NEGARA BERKEBAJIKKAN


Jangan suka cakap bohong.....!!!!!

HARI INI

PM dissolves Parliament

Feb 13, 08 12:12pm
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today announced the dissolution of the Parliament at a specially arranged press conference at his office in Putrajaya.


SEMALAM

PM: No Parliament dissolution tomorrow

Feb 12, 08 9:09pm
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today dismissed speculations that the Parliament would be dissolved tomorrow to pave way for the general election.

Parlimen telah dibubar.... Selamat Berjuang

13 Februari, 2008 12:51 PM

Parlimen Bubar Hari Ini Untuk Pilihan Raya Umum Ke-12

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 tengah hari ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Semasa pengumuman itu yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Katanya jentera BN telah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Senarai calon telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata bahawa BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi.

Pemerhati politik meramalkan pengundian akan diadakan pada awal bulan depan manakala hari penamaan calon dijangka diadakan dalam minggu terakhir bulan ini.

Ini berdasarkan amalan SPR sebelum ini yang menetapkan tempoh kempen berlangsung 10 hari sahaja pada beberapa pilihan raya umum lepas.

Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 1969, proses demokrasi itu berlangsung dalam tempoh 16 hingga 20 hari sahaja.

Pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, hari penamaan calon dan hari pengundian berlangsung dalam tempoh 17 hari dari tarikh pembubaran.

Sejumlah 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Pada pilihan raya umum 2004, sejumlah 219 kerusi Parlimen dipertandingkan tetapi kali ini terdapat pertambahan tiga kerusi Parlimen baru di Sarawak berikutan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu pada 2006.

Sebelum Parlimen dibubarkan, BN menguasai 199 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang 20 kerusi, iaitu DAP 12 kerusi, PAS enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Ingat sebelum pangkah

Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (dimukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; Ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. [Ali Imran Ayat 30]

Adakah kita merasa bahawa kita tidak akan ditanya tentang siapakah yang kita pangkah itu? Adakah kita mengira bahawa urusan agama lain dan urusan pemerintahan negara itu perkara lain? Adakah kita mengira Allah yang menurunkan Islam itu akan mengecualikan urusan politik?

Kalau tidak pun....... tidak pernahkah kita terfikir bahawa anak kita kelak akan bertanya kepada kita kenapa kita memilih apa yang kita pangkah itu? Pada hari itu mampukah kita berkata bahawa kita telah memilih apa yang menjadi pilihan ibu dan bapa kita.

Pilihlah PAS pilihlah negara yang berkebajikan.

Pak Lah takut ke?

Parlimen tidak dibubar hari ini: PM
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20080212230432/Article/index_html

BANGI: "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.

Perdana Menteri juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.

Demikian kata Pak Lah....... Spekulasi tentang pilihanraya akan terus dibuat sehingga Pak Lah mengumumkan tarikh pilihanraya. Adalah sesuatu yang tak munasabah dan tak adil bagi seorang yang akan bertanding dan mempunyai kepentingan dalam pilihanraya menjadi orang yang membuat keputusan bilakah pilihanraya akan diadakan. Pak Lah akan terus dituduh sebagai ikon pemimpin yang serba lemah, lembik, penakut, bacul dan zalim.

Adakah dia hendak menunggu hingga beliau merasa selesa dan yakin akan menang baru nak umum tarikh pilihanraya? Adakah beliau masih berangan untuk mengulangi kemenangan 2004?

Ataupun senarai calon yang dikemukakan oleh pejabat perhubungan negeri semuanya tak bersih sehingga beliau terkial-kial untuk mencari calon pengganti yang bebas dari kes-kes yang menjejaskan pencalonan kelak. Kalau nak tunggu calun BN/UMNO bersih kena ambik calon BAlah nampaknya. Bak kata Tun Mahathir kalau nak bersihkan BN/UMNO kena tolak mereka.

Undilah PAS dan Keadilan untuk negara yang berkebajikan.


Tuesday, February 12, 2008

Najib cabul kemudahan kerajaan

Najib Chairs Melaka UMNO, BN Meetings

MELAKA, Feb 12 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today held closed-door meetings with Melaka Umno and state Barisan Nasional (BN) leaders at "Seri Bendahara", the official residence of Chief Minister Datuk Seri Mohamed Ali Rustam, in Ayer Keroh.

The BN meeting was attended by state MCA secretary Datuk Seah Kwi Tong, Melaka MIC chairman Datuk R.Ragavan, Gerakan chief Ng Lip Yong and PPP head Chiw (rpt Chiw) Tiang Chai.

Boleh ke Timbalan Pengerusi BN guna kediaman resmi ketua menteri Melaka untuk mengadakan mesyuarat BN? Ini salah guna harta kerajaan! Mereka ni tak boleh bezakan ke antara aktiviti parti dengan aktiviti kerajaan?

Bancian Pilihanraya Umum - The Star

Bread and Butter Matters

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/2/12/nation/20254298&sec=nation&focus=1

PETALING JAYA: The cost of living, social issues, the crime rate and illegal immigrants - these are the issues that matter most to Malaysian voters, according to a survey conducted ahead of the general election.

These bread and butter issues are the prime concern of voters now.

Even hot issues like politics ranked lower than economic factors and crime.

...

Prof Dr Syed Arabi said 2% of respondents expressed concern over internal and external threats and considered the rising number of vehicles as a bane, while only 1% said leaders must be proven to be capable.

Hasil bancian di atas boleh dianggap sebagai kayu pengukur terhadap sensitiviti masyarakat umum terhadap suasana politik negara di masa ini. Masyarakat amat memandang berat terhadap kesejahteraan hidup dan keselamatan diri selain dari masalah sosial yang ditimbulkan oleh pendatang asing.

Amat kurang perhatian diberikan terhadap kemampuan pemimpin. Oleh itu 'negara berkebajikan' adalah strategi terbaik untuk menarik perhatian penggundi bagi menyokong PAS. Kurangkan menyerang pimpinan BN, bukan tak boleh langsung tetapi ramai orang yang tak suka. Berhujahlah secara berhemah, perlu disokong dengan fakta yang jelas dan nada yang lembut tetapi tegas lebih mudah diterima.
Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. [Al-Nal:125]


Keterampilan dan ketokohan pemimpin adalah nilai tambah tetapi jangan dipandang ringan.

Pakai senjata yang betul untuk 'membunuh' musuh

Selepas bercuti panjang saya ingin berkongsi sedikit maklumat bagi membuka minda kita. Tak perlu saya 'cut & paste' cerita dari blog tersebut. Cukup sekiranya kita mula membuka blog-blog yang tumbuh bak cendawan selepas hujan bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kerajaan BN sekarang. Cuba kita intai-intai penulis blog ini:

http://kadirjasin.blogspot.com/
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/

Mungkin kalau pengendali blog itu dari kalangan orang atau penyokong PAS orang BN mungkin tidak percaya. Tetapi bagaimana kalau ianya datang daripada rakan-rakan mereka (BN) sendiri. Bukan kita menafikan kekuatan yang ada dalam PAS atau idea kreatif kita sendiri tetapi kita memerlukan strategi dan pendekatan yang berbeza untuk orang yang berlainan.

Kadangkala kita perlu jadi 'opportunist' untuk berjaya dalam perjuangan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Semoga kita berjaya insyallah.

Wednesday, February 6, 2008

Bertepuk Sebelah Tangan Itu Angan-angan

vote.jpg

“Baiklah, kita akan beri peluang kepada pembangkang. Kita tukar undi dan kita tengok pembangkang boleh atau tidak menunaikan janji-janjinya”, kata seorang pengundi.

Jika ramai yang berkata begitu, saya yakin pembangkang pun turut tersenyum sama.

Sungguh ajaib. Akhirnya berjaya juga ‘minda’ pengundi diubah. Tentu kemenangan boleh diperolehi.

Parti pemerintah juga mungkin gelisah, jika ramai yang menukar pangkah.

IDEA PEMUSNAH

Hakikatnya, idea sebegitu bukanlah idea yang boleh mengubah negara. Ia adalah minda pemusnah. Sesiapa sahaja yang memerintah, jika rakyat bermentalitikan ‘kita sudah undi, sekarang tunaikanlah janji!”, maka tiada apa-apa perubahan yang berlaku.

Mungkin kerana itu timbulnya asas perdebatan di antara kewajaran Negara Berkebajikan vs. Masyarakat Berkebajikan. Atau boleh disebut sebagai Welfare State vs. Welfare Society.

Negara Berkebajikan bercorakkan kebajikan yang diserahkan tanggungjawabnya kepada negara, dan rakyat menganga menanti subsidi. Sama ada mampu atau tidak mampu, menyerahkan urusan kebajikan rakyat untuk diuruskan oleh kuasa politik secara mutlak, mempunyai kesan jangka panjang kepada sikap dan kompetensi masyarakat.

Apa pula peranan rakyat? Masyarakat?

Apakah perubahan terhasil hanya dengan mengubah pemerintah dan pemerintahan, sedangkan masyarakat kekal dengan sikap yang sama?

SIRAH SEPINTAS LALU

desert.jpg

Yathrib duduk dalam tekanan. Dalam banyak-banyak tekanan, tekanan ekonomi merupakan penyeksaan hidup yang paling dirasa dan mudah diukur. Keadaan ini berlaku akibat manipulasi Yahudi yang menguasai ekonomi Yathrib ketika itu. Tetapi mampukah Yahudi melakukan aktiviti manipulasi itu jika tiadanya keadaan yang membolehkan manipulasi itu berlaku?

Ya… Yahudi itu lebih merupakan simptom dan bukannya punca.

Peperangan yang berpanjangan di antara Aus dan Khazraj, atas sebab yang pelbagai adalah peluang paling utama untuk mereka dimanipulasi. Yahudi juga berperanan untuk terus mengapi-apikan permusuhan di antara Aus dan Khazraj, agar manfaat kacau bilau itu, pergi kepada Yahudi yang bijak mengambil kesempatan. Yahudi yang bijak, penduduk tempatan yang dungu dan diperalatkan.

Tetapi tekanan yang dihadapi oleh penduduk Yathrib, mendesak segelintir yang ada kesedaran untuk berubah. Kesediaan untuk berubah itu memberi ruang kepada Islam untuk datang dan berperanan sebagai penyelesaian.

Pertemuan diatur. Bai’ah al-’Aqabah terhasil. Iaitu kesediaan Rasulullah SAW dan Muhajirin untuk berhijrah melakukan perubahan. Juga kesediaan Ansar untuk menerima perubahan. Perubahan itu tidak berlaku jika sesiapa bertepuk sebelah tangan, bagai suasana Thaif dan Mekah itu sendiri. Kejayaan di Madinah adalah usaha pemerintah dan rakyat untuk saling menjana perubahan. Ubah sistem, ubah juga cara dan gaya hidup.

Dalam erti kata yang lain, perubahan hanya boleh berlaku hasil sinergi kedua belah pihak. Pihak yang menawarkan perubahan dan pihak yang bersedia untuk berubah.

BERPELUK TUBUH MENANTI MANFAAT PERIBADI

Jika ia diterjemahkan kepada bahasa hari ini, Malaysia hanya mampu mengecapi perubahan sebenar, jika perubahan tersebut merupakan perubahan bersinergi antara pemerintah dan golongan yang diperintah. Masing-masing ada tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan. Kontrak sosial yang jelas antara keduanya.

armchair.jpg

“Kami tukar undi dan kami nak tengok sejauh mana kerajaan baru boleh tunaikan janji!”, kata pengundi.

Lupakan sahaja. Jika ada perubahan sekali pun, mungkin tidak lama kerana demand and delivery yang tidak seimbang. Rakyat hanya tahu demand dan demand, manakala ahli politik menari mengikut rentak yang sama dengan menabur janji dan janji dan janji.

Sedangkan hukum alam memberitahu satu peraturan penting iaitu NO PAIN NO GAIN!

Jika mahukan perubahan, bersediakah kita untuk berkorban? Berkorban keselesaan untuk pergi ke zon cabaran?

KENAPA PERLU BERUBAH?

Rakyat harus bertanya kembali, perlukah mereka kepada perubahan?

Perubahan apakah yang mereka mahukan?

Menaikkan upaya beli rakyat, mengawal kenaikan harga keperluan asas, peluang perniagaan, pendidikan, kesihatan dan segala kualiti fizikal dan material… itukah yang kita mahukan?

Tentu sekali… tentu itu yang kita mahu. Kalau boleh kita mahu semua itu percuma. Dan jangan terkejut jika ada ahli politik yang berani menawarkan janji ke arah membanyakkan percuma.

Tetapi nilaikan kembali, berapa banyak duit yang pemerintah dan rakyat belanjakan kerana melihat hidup ini pada keperluan fizikal dan material sahaja?

Bagi yang Muslim, masihkan Islam menjadi rujukan nilai dan moral mereka? Masihkah akhlak ada tempat dalam kehidupan?

Bagi yang non Muslim, apakah sumber rujukan nilai dan tingkah laku mereka? Membelakangkan soal agama, bukan hanya mengundang bencana di Akhirat (yang tiada tempat dalam bahasa dan sentimen pilihanraya), tetapi ia juga menjahanamkan kualiti hidup kita di SINI.

Itu bahasa dunia untuk menjelaskan fungsi agama.

KESIHATAN

alcohol.jpg

Kesihatan… kerana membelakangkan agama dan rujukan moral, berapakah jumlah wang yang terpaksa dibelanjakan oleh rakyat dan kerajaan untuk menangani kesan daripadanya? Berapa banyak kes di hospital yang berpunca dari arak, rokok, seks bebas, dan tekanan mental yang menghilangkan kewarasan? Jangan bincangkan soal Akhirat kerana bahasa pilihanraya tidak mempunyai perkataan untuknya. Tetapi bincangkan jumlah duit beli ubat dan duit bagi ubat, oleh kerajaan dan rakyat, atas penyakit yang sengaja dicari ini.

Mampukah perubahan dilakukan dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma, jika rakyat terus menerus patah kaki tangan, cedera parah dan menjadi OKU kesan memandu dalam keadaan mabuk? Iaitu manifestasi kehidupan yang membelakangkan agama dan mementingkan diri sendiri.

Kerana arak, penyakit hati dan pelbagai lagi penyakit lain bertambah-tambah dan tidak pernah berkurang. Pemerintah penggal akan datang didesak menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik tetapi bagaimana dengan rakyat yang sengaja mencari penyakit, kerana membelakangkan kehidupan beragama, beretika dan bermoral? Dan pedulikah pemerintah dengan berleluasanya konsumer arak di dalam masyarakat hari ini?

Seks bebas… berapakah belanja rakyat dan belanja kerajaan menangani Sexual Transmitted Disease (STD)? Berapa banyak anak luar nikah yang dilahirkan dan dicampak merata-rata? Selain mencalarkan imej negara, berapa ramai mereka yang terselamat ini menjadi beban kepada kerajaan untuk menanggungnya?

Rakyat demand ahli politik perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, murah atau kalau boleh percuma, tetapi bagaimana dengan penyakit-penyakit yang sengaja dicari ini?

Mujur juga Menteri yang mengamalkan seks bebas itu tersingkir. Moralnya entah di mana, profesionalismanya pun tidak keruan.

Tegasnya, pembaikpulih terhadap perkhidmatan kesihatan di negara kita harus membabitkan kedua belah pihak. Selain berusaha mencari formula untuk mengawal harga perkhidmatan, usaha mengubah cara hidup rakyat juga mesti diambil kira.

RAKYAT BOROS BERBELANJA

Tentu sahaja, pilihanraya merupakan senjata utama untuk rakyat mendesak gaji yang lebih baik, harga barang yang lebih masuk akal dan taraf hidup yang kelas satu.

Saya yakin ada banyak perubahan yang diperlukan untuk mengatur dan mengagihkan pendapatan negara secara bijaksana dan adil.

Tetapi bagaimana pula dengan sikap rakyat dalam berbelanja.

astro.jpg
Sumber: Picasa Web Album

Dalam keadaan rumah yang separuh senget, bumbung tetap setia ‘menadah wahyu’ dari langit ASTRO. Dan dengan lambakan rancangan Realiti di Televisyen, berapa banyakkah perbelanjaan rakyat Malaysia menghantar sms untuk mengundi penghibur popular pujaan mereka? Reality Show itu sahaja pun sudah banyak membocorkan kewangan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Reality Show itu bukan sahaja terus menerus menjadi saluran pembaziran rakyat, malah ia juga memerosotkan kualiti seni di negara kita. Kemenangan diukur berdasarkan populariti dan bukan lagi kualiti. Reality Show adalah dadah yang memberikan kekayaan kepada pembekal dan pengedarnya malah menjadi ketagihan yang membunuh penagihnya… satu sms demi satu sms.

af.gif

Itu hanya secebis dari budaya hidup masyarakat kita yang dimanipulasi pula oleh pelbagai pihak yang mahu terus mengaut keuntungan.

Jika Aus dan Khazraj bergaduh sesama sendiri hingga bertahun-tahun dimanipulasi Yahudi, masyarakat kita juga sering berbalah sesama sendiri dan merawatnya dengan mencari damai di dalam keasyikan hiburan melampau, hingga tanpa sedar menjadi mangsa manipulasi pelbagai pihak yang dibenarkan untuk memanipulasinya.

FOKUS KEMPEN

Maka perubahan yang ingin dijana bukan hanya pada permainan angka untuk melihat siapakah yang lebih berbakat dalam menabur JANJI MANISMU, tetapi rakyat juga harus sedar bahawa perubahan tidak hanya terjustifikasi dengan mengubah-ubah pangkah di atas kertas undi, tetapi kesediaan untuk mengubah cara hidup yang lebih bermaruah, bijaksana dan berteraskan nilai.

ubah.gif
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka” Surah Ar-Raad : 11

Kembalilah kepada agama kerana agama mengajar manusia hidup dengan nilai, peka dan bermaruah… dan bukan penghukum seperti yang disangka.

Namun jika kita enggan berubah, sama ada anda memilih agama atau tidak, kita semua pasti dihukum.

Kematian Nurin dan kehilangan Sharlinie, pembunuhan setiap hari, ragut dan rompak bersenjata setiap masa, dan tidur setiap malam yang tidak lena kerana keselamatan yang sudah hilang dari kehidupan… memahamkan saya bahawa kita sedang menjalani hukuman.

Hukuman dunia kerana membelakangkan agama dan moral.

Sebelum hukuman Akhirat bagi manusia yang percaya… seperti saya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ini dah main kasar.........


Malam tadi PAS Taman Indah Jaya telah mengadakan operasi menaikkan bendera di pintu masuk taman. Salah satu dari bendera tersebut telah diikat kepada tiang konkrit. Tetapi pagi tadi saya dapati salah satu daripada bendera tersebut telah tumbang. Saya ingatkan tali pengikatnya putus (dawai + kabel), tetapi TIANG KONKRIT PATAH. Apa sudah jadi? Sapa punya kerja ni? Tak kan kena tiup angin boleh patah. Sampai sekarang saya masih tak boleh dapat jawapan. Ada sesiapa boleh bantu?

Tuesday, February 5, 2008

GENDANG PERANG TELAH DIPALU........ SERANG SEKARANG!

Pak Lah dapat ilham

Oleh Ismail Mat,Khairul Anuar Abdul Samad dan Wan Faizal Ismayatim

PM akan tentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-12

KOTA BHARU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau sudah mendapat ilham bagi mengadakan pilihan raya umum walaupun tarikhnya belum ditentukan lagi.

"Ilham sudah ada, tapi saya akan tentukan bila," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) Kelantan di sini, semalam.


Daftar Pemilih Induk ‘07 diwarta

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewartakan Daftar Pemilih Induk 2007 esok sekali gus menjadikan keseluruhan jumlah pemilih berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang seramai 10,922,139 orang.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mat Nor berkata, Daftar Pemilih Induk 2007 yang akan diwartakan itu melibatkan penggabungan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Pertama Sehingga Suku Keempat 2007 dengan Daftar Pemilih Induk 2006.

Katanya, pewartaan itu bagi membolehkan senarai pemilih yang berdaftar pada DPT tahun ini digunakan dalam sebarang urusan pilihan raya.

‘‘Ini selaras dengan Peraturan 24 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002

Monday, February 4, 2008

Mari Nilai Semula Manifesto BN PRU11

Antara azam, tekad, ikrar dan janji BN yang termaktub dalam Manifesto PRU11 adalah seperti berikut:

Mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara: Dalam konteks ini, rakyat wajar mengambil kesimpulan sama ada kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) selaras dengan ikrar mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara. Kalau usaha ini memang secocok dengan cita-cita tersebut, mengapakah wujud persepsi di kalangan rakyat jelata bahawa WPI adalah menjejaskan kedaulatan negara? Kalau terus BN menang adakah WPI akan diserahkan kepada Singapura?

Meningkatkan martabat bangsa dan negara, agar sentiasa dihormati dan dicontohi, di pentas dunia; dan memastikan Malaysia tetap berpengaruh di peringkat antarabangsa, khususnya selaku pengerusi OIC dan NAM: Bagaimanakah hakikatnya pada hari ini? Benarkah sebagai yang didakwa oleh banyak pihak bahawa imej Malaysia di arena internasional kini kian merosot? Berapa ramai wartawan antarabangsa yang berminat untuk interview beliau pada setiap kali beliau hadir di forum antarabangsa?

Komited kepada demokrasi berparlimen, memberikan setiap warganegara suara dalam pentadbiran negara: Di manakah suara rakyat jelata dalam konteks beberapa isu kontroversi seperti pilihanraya yang bersih, penyambungan khidmat pengerusi SPR, skandal ECM Libra, kebebasan media dan lain-lainnya?

Memenuhi tuntutan rakyat dengan memerangi rasuah. Meneruskan usaha-usaha untuk membudayakan semangat menolak rasuah: Pada 19 November 2006, Bernama pula melaporkan bahawa Corruption Perception Index (CPI), Malaysia, yang disediakan oleh Transparency International kian merosot daripada tangga 39 kepada tangga 44. Secara umumnya, mengapakah kini wujud persepsi bahawa kadar rasuah kian berleluasa? Bagaimana dengan kes Eric Chia dan Kasitah Gadam dan 18 kes berprofil tinggi?

Membangunkan negara secara menyeluruh dan seimbang berlandaskan pentadbiran, pengurusan, perkhidmatan malah pemikiran ‘kelas pertama’: Apakah di antara contoh “pemikiran kelas pertama” yang dicetuskan oleh era Abdullah? Glocal vs 'Goblok'

Prihatin terhadap keperluan rakyat dan akan merujuk kepada pandangan rakyat dalam isu-isu penting, serta mendapatkan pandangan rakyat secara aktif bagi isu-isu penting: Adakah tekad dan azam seperti ini wujud dalam usaha kerajaan menangani kenaikan harga barang-barang makanan termasuk minyak masak, kenaikan harga petroleum, kenaikan kadar tol, kewujudan WPI, tuntutan mewujudkan sistem pilihan raya yang telus dan sebagainya?

Membanteras jenayah dan gejala sosial: Bunuh, rompak, samun, ragut yang terus menghiasi dada akhbar dan TV. Program-program hiburan realiti yang dilambakkan? Konsert yang silih berganti. Sure Heboh atau Jom Heboh yang diharamkan oleh Mufti Perak tetapi masih diteruskan. Pergaulan bebas dan seks bebas yang tak larat nak tengok. Buang anak.

Meningkatkan tahap keselamatan peribadi setiap individu: Kemalangan jalanraya? Mengapakah terjadi kes penculikan kanak-kanak yang kian meningkat? Mengapakah kadar jenayah dikatakan bertambah serius? Di mana adik Sharlinie?

Manifesto BN PRU 11 penuh sila rujuk:
http://202.56.84.170/webserver/umnoonline/manifesto/BM%20version%20-%20full.pdf