Monday, April 28, 2008

Juruaudit Balkis nafi terlibat RM9.9 juta

Juruaudit luar Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan wang RM9.9 juta seperti dilaporkan.

Akauntan bertauliah Yee Choon Kong & Co berkata yang dipertuanya Zahrah Kechik dan suaminya, yang juga bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo atau sebarang ahli Balkis tidak pernah merujuk firma itu seperti didakwa dalam laporan The Star hari ini.

"Ia juga dapat dibuktikan dengan kenyataan Dr Mohamad Khir seperti dilaporkan oleh New Straits Times bahawa 'tidak perlu merujuk atau memaklumkan kepada juruaudit Balkis sebelum badan kebajikan itu dibubarkan dan dananya dipindahkan," kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 1997.

"Panggilan telefon kepada bendahari (Balkis) tidak dijawab pada tarikh tersebut dan mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan saya juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya dan tidak pernah pula saya 'mengesahkan akaun tersebut sebelum dana itu dipindahkan' seperti laporan New Straits Times," kata pemilik firma itu Yee Choon Kong.

Zaharah, yang memimpin Balkis atas sifatnya isteri menteri besar Selangor sebelum pilihanraya umum 8 Mac, dilaporkan cuba membubarkan badan itu pada 11 Mac dan menubuhkan sebuah badan lain, nama dicadangkan antaranya "Balkis-BN".

Balkis juga dilaporkan memindahkan wang RM9.9 juta kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) selepas akaunnya ditutup sehari selepas mesyuarat tergemparnya itu.

Khamis lalu, menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri - kini ditadbir Pakatan Rakyat - menghalang badan itu dibubarkan dan notisnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kerajaan negeri telah menghantar surat kepada ROS agar tidak meluluskan permohonan pembubaran Balkis sehingga jumlah sumbangan semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dikenal pasti dan siasatan menyeluruh terhadap tindakan Balkis membuat permohonan pembubarkan (kepada ROS pada 13 Mac) serta pemindahan aset-aset Balkis," katanya dalam satu kenyataan.

Selain Zaharah dan Surami, menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor lagi, pemimpin-pemimpin utama Balkis termasuklah Rahimah Naim sebagai naib yang dipertua dan Pon Ishak (setiausaha).

Exco Balkis dianggotai enam ahli jawatankuasa.

Mempertahankan tindakannya semalam, Zaharah dilaporkan berkata semuanya itu dilakukan "mengikut perlembagaan dan peraturan Balkis".

Dalam sidang akhbar, Zahrah berkata sebelum seorang isteri menteri besar dilantik menjadi yang dipertua badan itu, ia hendaklah disahkan oleh satu mesyuarat agung.

"Ini bermakna saya masih memegang jawatan yang dipertua pada ketika itu dan saya juga masih belum meletakkan jawatan yang dipertua.

"Oleh itu tidak timbul saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengerusikan mesyuarat agung yang dipanggil untuk tujuan pembubaran Balkis," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada waktu isteri memanggil mesyuarat tersebut, Abdul Khalid belum mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Selangor. Beliau mengangkat sumpah pada 13 Mac.

Zaharah berkata badan itu dibubarkan dengan sokongan lebih daripada dua pertiga ahli.

Yee juga menyatakan firmanya satu-satunya juruaudit bertauliah yang dilantik oleh Balkis pada 30 Jun tahun lalu dan tidak tahu-menahu jika ada juruaudit lain yang dilantik bagi menggantikan firmanya.

Yee juga berkata, jika wujud penggantian juruaudit, firmanya harus dimaklumkan oleh firma baru itu kepadanya seperti disyaratkan oleh peraturan kecil bidang profesional itu.

"Setakat tanggal itu, kami tidak menerima sebarang pertanyaan daripada sebarang firma audit yang baru," katanya lagi.

Sunday, April 27, 2008

Memorandum bantah kehadiran dua warga Israel

Gabungan badan bukan kerajaan Islam mengenai Palestin semalam menyerahkan memorandum kepada Mohd Irza Dahari (gambar tengah), Penolong Setiausaha, Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman yang mewakili Menterinya Datuk Syed Hamid Albar, membantah kedatangan Pengurus dan pemain Kelab Bolsepak Chelsea warga Israel ke negara ini, Julai ini.



Pengerusi Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid (kiri), berkata keputusan kerajaan membenarkan kedatangan dua warga Israel bertentangan dengan dasar kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara itu.

“Kita minta kerajaan tegas, sukan dan politik tidak boleh dicampur aduk kerana tentera Zionis tidak berperi kemanusiaan terhadap masyarakat Islam,” katanya.

Turut mengiringi Ustaz Nasaruddin Hassan (kanan), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

JiwoKelate

Friday, April 25, 2008

Jalan Telah Dibuka

Apabila membaca posting sahabat di dalam blog ini, saya amat bersyukur dan terharu dengan pembukaan jalan keluar-masuk ke Bandar Mahkota Cheras. Ini menandakan perjuangan mereka dan janji pilihanraya Pakatan Rakyat atau PAS khususnya telah tertunai. Tahniah dan syabas.

Walaupun saya tidak ada kena mengena dengan jalan tersebut, tetapi janji pilihanraya perlu ditunaikan dan hasilnya telah dapat kita lihat hari ini. Pembukaan jalan ini adalah amat penting kerana ianya menentukan sokongan masyarakat terutamanya Cina kepada PAS.

Hari ini, mengambil kesempatan cuti panjang (MC) saya telah menjenguk keadaan lalulintas di laluan baru itu. Kelihatan sebuah khemah telah didirikan oleh petugas yang mengawasi laluan baru itu. Begitu juga pengawal lalu-lintas juga ditempatkan bagi melincirkan aliran kenderaan. Walaupun laluan tersebut masih belum di turap tetapi sudah memadai bagi membolehkan kenderaan keluar masuk.

Selain dari bendera-bendera PR kelihatan juga sebuah banner yang dipasang bagi meminta perhatian Pak Lah supaya menghapuskan TOL. Inilah hasilnya sebuah perjuangan yang panjang tanpa mengenal penat dan putus asa. Selepas ini mungkin ada tindak balas dari Grand Saga, tetapi setakat ini kita telah berjaya. Tahniah kepada semua.

Ini merupakan permulaan, banyak lagi yang masih menanti. Isu hak milik tanah masih belum selesai. Perlantikkan jawatankuasa Masjid dan Surau yang telah tertangguh hampir setahun masih belum menampakkan penghujungnya. Ada Masjid dan Surau yang ditadbir oleh AJK tanpa kelulusan JAIS. Ini mungkin sebahagian dari kemelut yang dihadapi oleh rakyat apabila peralihan kuasa berlaku. Diharapkan segalanya akan selesai dengan segera dan lancar insyallah.

Isu Babi di Selangor Dari Perpektif Islam

Posted on Thursday, April 24 @ 09:14:57 MYT by greenboc

Oleh al-bakistani

"Isu babi di Selangor menjadi bualan mulut dikebanyakan rakyat berbangsa Melayu di seluruh Malaysia. Perbualan yang dicetuskan media, apabila golongan Parti Barisan Nasional yang kalah dalam pilihanraya lalu sendiri yang mencetuskan perbualan hangat.

Setelah isu ini diperdebatkan sebegitu hebat, akhirnya segala rahsia terungkai, apabila didapati projek itu sebenarnya telah ditandatangani sendiri oleh Bekas Menteri Besar Selangor yang lalu, iaitu Saudara Khir Toyo pada akhir bulan Januari 2008.



Pada peringkat awalnya, beliau menafikan, tetapi setelah didesak, akhirnya beliau sendiri mengakuinya bahawa projek pembinaan itu ditandatangani oleh beliau sendiri.

Yang lebih jelas nyata lagi, dikala orang-orang politik Barisan Nasional menafikan penglibatan mereka dalam projek itu, lalu kehadiran Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong telah tampil kehadapan dengan mengeluarkan satu kenyataan beliau dalam Akhbar The Sun yang mendedahkan bahawa projek pembinaan ini adalah perancangan kerajaan Barisan Nasional dahulu menyebabkan pihak Barisan Nasional menjadi sepi.

Dengan pendedahan Dr Lee Chong itu, didapati di Selangor terdapat 132 ladang babi berselerak di sekitar Selangor. Didapati juga, dua exco kerajaan Negeri Selangor dari Barisan Nasional terdahulu, iaitu Chang Toh Eng dan Tan Seed Hang telah mendapat kebenaran dari Khir Toyo untuk memindahkan ladang babi yang berselerak itu ke satu tempat yang berkeluasan 460 hektar di Ladang Tumbung, Kuala Langat.

LADANG BABI DALAM KERAJAAN ISLAM

Babi merupakan binatang yang dikira najis disisi Islam. Penentuan najis itu disebut oleh Allah dalam firman-Nya;

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah dan daging babi” (Surah Al-Baqarah : 173)

Firman Allah ini, menjelaskan kepada kita bahawa babi merupakan makanan yang haram dimakan[1].

Pengharaman ini dikhususkan kepada orang islam, bukan kepada non muslim. Apabila babi sudah menjadi makanan non muslim, wajib bagi pihak kerajaan Islam memberi kebebasan kepada mereka dalam menentukan makanan mereka sendiri walaupun makanan tersebut haram dimakan oleh orang islam[2].

Menghalang kebebasan Non Muslim dalam menentukan makanan yang dihalalkan oleh agama mereka merupakan tindakan yang zalim dari sudut Syariah Islamiyyah. Hal ini diakui oleh seorang ulama bermazhab Hanafi bernama Al-Kasani dengan katanya;

Maksudnya;
“Dalam negeri atau tempat yang bukan penempatan orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi[3]”

Maka dengan itu, apabila babi merupakan makanan non muslim, sebagai kerajaan Islam, tidak selayaknya pihak kerajaan mengharamkan non muslim menjadikannya sebagai makanan. Apabila babi sudah menjadi makanan non muslim, sudah pasti wujudnya ladang ternakkan babi.

Terlebih penting lagi, apabila sudah wujud babi yang sudah diternak, tetapi disebabkan cara ternakkan itu tidak dikawal, maka menjadi kewajipan dari pihak kerajaan Islam mengawal cara ternakkan agar ianya tidak memudharatkan kepada rakyat yangmerupakan penghuni dalam kerajaan.

Lantaran itu, melihat kepada tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang cuba melaksanakan kawalan babi dengan menyediakan satu ladang khusus yang memakan belanja sebanyak 100 juta ringgit, ini merupakan tindakan yang tidak bercanggah dengan Islam, bahkan ianya perkara yang sewajibnya dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Ditambahi lagi, projek pembinaan bagi mengawal ternakan babi itu, disediakan dengan teknologi hebat, seperti teknologi yang diambil di Jerman, disamping keberkesanan disebalik teknologi ini diakui sendiri oleh Jabatan Alam Sekitar.

KEIZINAN BERSYARAT

Walaupun Islam memberikan hak kepada non muslim untuk makan makanan yang halal disisi agama mereka, dan sebagai kerajaan pula, wajib memberikan hak kepada mereka dalam mereka mengurus urusan makanan mereka.

Pun begitu, keizinan itu masih lagi tertakluk dengan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pihak kerajaan. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut;

1. Pastikan tidak mencemarkan persekitaran.

Apabila pihak kerajaan sudah mengizinkan kepada pihak non muslim mengurus urusan makanan mereka, seperti babi, maka pihak kerajaan wajib memastikan alam sekitar tidak tercemar.

Menjaga alam sekitar dari tercemar merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh pihak kerajaan islam. Ianya adalah bersebab, Islam melihat kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman. Sabda Nabi SAW;


Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah itu baik, dan suka kepada kebaikan, dan Dia adalah maha bersih dan suka kepada kebersihan[4]”

2. Pastikan ternakan babi itu tidak membawa penyakit

Sebagai kerajaan, apabila telah diberikan kepada non muslim menternak babi,pastikan ternakan babi itu tidak menjadi punca penyakit mudah merebak.

Sabda Nabi SAW;

Maksudnya;
“Tidak boleh memberi mudharat pada diri, dan tidak boleh memberi mudharatkepada orang lain[5]”

3. pastikan orang Islam tidak makan babi

Sebagai kerajaan yang menjaga kemaslahatan manusia, samada muslim dan non muslim, wajib dari pihak kerajaan memastikan bahawa, penternakan babi itu tidakmenyebabkan orang islam juga terjebak kepada makan daging babi.

Sebagai kerajaan, hendaklah dipastikan makan daging babi itu berlegar dikalangan non muslim sahaja.

Firman Allah;

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah dan daging babi” (Surah Al-Baqarah : 173)

4. pastikan agar makanan umum tidak terjebak dengan babi

apabila sudah wujud ladang ternakan babi yang hebat, dibimbangi segala makanan yang melibatkan makanan umum, iaitu makanan yang dimakan oleh muslim dan nonmuslim, terjebak dengan unsur-unsur babi.

Justeru itu, apabila pihak kerajaan telah memberikan hak kepada non muslim menternak babi, maka hendaklah dipastikan segala makanan yang berbentuk umumdimakan oleh muslim dan non muslim tidak terjebak dengan babi, seperti ajinomoto, makanan ringan dan sebagainya.

5. kehadiran ladang babi tidak mencacatkan syiar negara.

Kehadiran ladang babi itu, hendaklah sekadar menjadi keizinan pihak kerajaanterhadap non muslim terhadap makanan mereka. Maka dengan itu, tidak selayaknya dengan kehadiran ladang babi itu menyebabkan pihak kerajaan menjadikannya sebagai bahan yang boleh merosakan imej negara.

Dengan demikian, merupakan satu tindakan yang haram, jika dengan kehadiran ladang babi menyebabkan kerajaan menjadi sebagai pengeksport babi terbesar,kerana dengan mengeksport itu akan menyebabkan imej negara tercalar. Hal ini diakui oleh kebanyakan ulama fiqh, yang mereka menyebut;

Maksudnya;
“Kebebasan mereka (non muslim) pada pakaian, makanan dan minuman dengansyarat tidak terkesan pada syiar orang islam, ataupun syiar mereka tidak mencabar syiar Islam atau kebebasan mereka itu tidak membawa kepada fitnah dankebinasaan[6]”


Al-Bakistani
http://al-bakistani.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------

[1]At-Tafsir Al-Kabir : 3/23.
[2]Al-Aqalliyyat Ghair Al-Musallamah fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 394
[3]Badai As-Sanai : 15/240
[4]Sunan At-Tarmizi : 2723 : Musnad Abi Ya’la : 759.
[5]Al-Muwatta’ : 1234.
[6]Al-Aqalliyyat Ghair Al-Musallamah : m. s 395.

Thursday, April 24, 2008

Angry residents remove barrier at access road

By GEETHA KRISHNAN


JOY turned to despair and anger when Bandar Mahkota Cheras residents learnt that the toll-free access road to the Cheras-Kajang Highway would not be opened yesterday as earlier anticipated.

More than 700 angry residents who had gathered at the barricade under the flyover before the Cheras 11th mile toll plaza and at the junction to Bandar Tun Hussein Onn took matters into their own hands by forcefully removing the blockage.

With the use of heavy machinery, they removed the barrier placed by highway concessionaire Grand Saga Sdn Bhd in 2006 and defied an order from the Selangor state government to wait till Wednesday.

An excited crowd lead by Bandar Mahkota Cheras Open Access Road Committee chairman Tan Boon Wah had earlier gathered at the location yesterday, expecting the Kajang Municipal Council (MPKj) to remove the barrier at 10am.

This came about because on Friday, Selangor State Local Government, Study and Research Committee chairman Ronnie Liu had said that the land belonged to the state and gave the council the power to act.


In their own hands: Residents tearing down the barricades yesterday.

At 10.20am, heavy machinery brought in by the Bandar Mahkota Cheras Open Access Road Committee with the help of developer Narajaya Sdn Bhd which built the road, began drilling holes into the concrete barriers, amidst cheers from the residents.

Elected representatives who addressed the jubilant crowd in the morning were Hulu Langat MP Che Rosli Che Mat of PAS, Serdang MP Teo Nie Ching and Segambut MP Lim Lip Eng, both of the DAP.

Work was stopped at 10.40am when MPKj president Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman arrived to announce the bad news that the wait would be prolonged.

“The council has received orders from the state government to appoint a surveyor to determine who has right of way over the road.

“The surveyor will collect reports from the Malaysian Highway Authority, Narajaya and Grand Saga and deliver his findings on Wednesday,” Hasan told the crowd who booed and jeered at him.

Calls were then made to the state government to ascertain if this was true.

The elected representatives then left for Menara MPKj to view the letter purportedly from Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, asking for all work to stop and for the crowd to disperse peacefully.

“We were told to wait but the federal and state governments must understand that we cannot wait any longer. Who is Grand Saga to flex its muscles so that we residents have to live with traffic jams every single day?” Tan asked.

Bandar Mahkota Cheras residents Phoon Chee Kai, 68 and Kelly Moh, 35, said they were tired of battling traffic every day just to access the highway using a longer route that measured 4.5km.

Residents were unanimous in their decision to ignore the calls to stop work and the barriers were removed by 4pm. Re-surfacing work was carried out soon afterwards.

Selangor gives go-ahead for toll-free road to open

KAJANG: The Selangor Government has given the green light for the opening of the Bandar Mahkota Cheras toll-free access road leading to the Cheras-Kajang Highway.

The Kajang Municipal Council has been given the power to remove the barricade put up by highway concessionaire Grand Saga Sdn Bhd in 2006 due to loss of toll collection.

A date for the opening of the RM16mil road, built by Bandar Mahkota Cheras developer Narajaya Sdn Bhd, will be announced by the council soon.

The go-ahead was given by Selangor executive councillor and State Local Government, Study and Research Committee chairman Ronnie Liu following a meeting at Menara MPKj.

“We are ordering the opening of the road because it is on state land. It has been handed over by developer Narajaya to the council,” he said.

Residents of the township and the adjoining Bandar Sungai Long will benefit from the opening of the road as they have been using the main road meant for the latter.

Bandar Mahkota Cheras Open Access Road Committee members were earlier in pensive mood at the meeting, which was also attended by council president Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman, Cheras MP Tan Kok Wai, Kajang assemblyman Lee Kim Sin and representatives from developer Narajaya Sdn Bhd and the Malaysian Highway Authority.

Committee chairman Tan Boon Wah said it was a victorious moment for residents of both townships and urged residents to remain patient until the date of the opening was announced.





















Wednesday, April 23, 2008

Dua bekas MB Selangor bersilat sesama sendiri

Pasca 8 Mac 2008 melihat banyak perkara yang tidak pernah kita lihat atau bayangkan akan terjadi sebelum ini tersingkap di hadapan mata kepala kita. Yang terbesar sudah pastilah robohnya tembok penguasaan BN di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, serta kejayaan PAS mempertahankan Kelantan lima penggal berturut-turut.
BN dan Umno kini sedang sibuk dalam "mode" merawat kemusnahan "damage control", sedang Pakatan Rakyat sibuk dengan tanggungjawab baru, mememnuhi janji-janji pilihan raya yang dikemukakan kepada rakyat semasa berkempen dahulu.

Yang paling menarik setakat ini bagi saya adalah silat terajang pimpinan Umno bukannya terhadap pembangkang, itu suatu yang biasa, tetapi pasca 8 Mac ini mereka turut pukul-memukul sesama sendiri, itu yang meariknya. Masing-masing kini minta dengan alam maya, masing-masing mendiri dan membina blog atau laman web masing-masing. Yang paling panas adalah di Selangor apabila dua bekas MB, masing-masing bercakaran sesama sendiri.

NST hari ini melaporkan Dr Khir Toyo dan Mat Taib, menggunakan blog masing-masing menyerang antara satu sama lain. Pasca 8 Mac lalu, hanya Khir seorang yang dipaksa mengosongkan kerusi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, sedangkan di empat buah negeri lain (termasuk Kelantan) tidak pula pengerusinya disuruh mengosongkan jawatan tertinggi Umno peringkat negeri itu.

Di Selangor, kerusi Khir kini dimiliki Mat Taib, yang walaupun tidak bertanding dalam PRU lalu, namun dihadiahkan dengan jawatan Menteri penuh oleh Dollah. Kerana itu tidak hairanlah Khir berani menuntut PM Dollah Badawi agar memberi laluan bagi Najib untuk mengambil-alih kepimpinan negara, kerana barangkali kecewa dipinggirkan oleh Dollah. Dan kerana itu juga Mat Taib bermati-matian mempertahankan Dollah dan menolak tuntutan Khir itu kerana maklumlah baru sahaja duduk dan merasa keempukkan kerusi menteri yang dihadiahkan oleh Dollah itu.

Mat Taib menuduh Khir bertanggungjawab atas kekalahan BN di Selangor, lantas Khir menepis dengan mengatakan yang bukan Selangor sahaja kalah, BN juga kalah di Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Kata Khir beliau juga boleh menyalahkan Ketua-ketua Umno bahagian di Selangor yang menyumbang kepada kekalahan BN, bagi saya itu satu pukulan yang tepat atas batang hidung Mat Taib. Mengapa? Mat Taib adalah Ketua Umno bahagian Kelana Jaya. BN tewas di Parlimen Kelana Jaya dan kedua-dua DUN di bawahnya iaitu Seri Setia dan Subang Jaya.

Maksud Khirnya barangkali jika beliau disishkan maka apa kurangnya Mat Taib, setidak-tidaknya Khir menang di kerusinya di Sg Panjang.

Begitulah pertarungan sengit dua bekas MB Umno Selangor yang masing-masing cuba menonjolkan diri masing-masing dan pasa waktu yang sama mebelasah rakannya. Malangnya mereka enggan melihat dari perspektif yang lain, rakyat sebenarnya muak dan bosan dengan kedua mereka, kepimpinan Khir dan Mat Taib sudah tidak relevan lagi di Selangor. Kedua-duanya libaliti besar bagi negeri ini, kalau Dollah perlu berundur di pusat, di negeri pun bukan hanya Khir malah Mat Taib pun perlu berundur.

Memang gelaplah nampaknya masa depan Umno di Selangor, mudah-mudahan dalam kesempatan ini pimpinan Pakatan Rakyat Selangor akan mengambil iktibar dari kesilapan dan kelemahan kerajaan BN dahulu, dan membina Selangor yang lebih sejahtera, yang menjana kemajuan dan membela nasib dan kepentingan rakyat. Jika berjaya dalam tempoh 4-5 tahun ini, ucapkanlah selamat jalan pada Umno di Selangor!

Posted by roslan sms

Friday, April 18, 2008

Lim Guang Eng & Khalifah Umar Abdul Aziz

Saya ada membaca beberapa artikel yang menyebut kecenderungan MB Pulau Pinang Lim Guang Eng untuk mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pemerintahan beliau di Pulau Pinang. Ini bukan pertama kali saya membaca tentang sikap rendah diri beliau kerana sebelum ini beliau juga dikatakan enggan tinggal di rumah resmi MB kerana perlu berbelanja RM300,000 untuk baik pulih.

Saya amat tersentuh dengan sikap beliau kerana di kala pemimpin-pemimpin UMNO tercari-cari Imam Ghazali dan Imam Syafie; beliau yang masih bukan Islam sanggup mengikut keadilan Islam. Mungkin inilah berkatnya sekiranya kita rapat dengan alim ulama'. Kalau tak jadi tok guru pun sekurang-kurangnya kita akan terdorong untuk berbuat baik juga.

Di kala orang-orang Pulau Pinang (PP) yang benci kepada DAP mengatakan 'padan muka hang Penang kena perintah orang Cina', kita melihat bunga-bunga keadilan dan harapan baru mula terbit di sana. Walaupun setelah sekian lamanya PP diperintah oleh parti Gerakan tetapi orang PP tak perasan yang mereka diperintah oleh sebuah parti Cina . Ini mungkin kerana mereka merasa mereka diperintah oleh BN yang pengerusinya adalah Pak Lah.

Kembali kepada Khalifah Umar Abdul Aziz, mungkin sudah sampai masanya kita tonjolkan ramai lagi tokoh-tokoh Islam dan bagaimana mereka memerintah negara. Bukan apa yang telah dibuat Kelantan tidak cukup baik, tetapi kita mahu melihat lebih dari itu dan kita mahu rakyat melihat dari kaca mata Islam dan keadilan bukan PAS semata-mata.

Saya berharap apabila semua rakyat sudah tidak lagi takut dengan Islam maka lebih mudahlah keadilan Islam itu kita laksanakan...... dan yang terlebih penting lagi ialah lebih ramai rakyat akan cenderung dan meminati Islam. Bukan sahaja orang Islam tetapi juga orang bukan Islam. Insyallah.

Nampak gayanya perjuangan berasaskan perkauman anjuran UMNO bakal berkubur tidak lama lagi. Takbirrrrrrr.

Taktik BN tidak lemahkan kerajaan Pakatan Rakyat

Written by Wartawan JITM
Tuesday, 15 April 2008

IPOH 13 April : Pihak Umno-BN yang masih sukar menerima kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu terus menerus melancarkan tekanan ke atas beberapa buah negeri di bawah teraju pemerintahan Pakatan Rakyat.

Mengakui hakikat bahawa beberapa isu sensitif yang menyentuh perbezaan fahaman perkauman dan agama merupakan agenda yang sedang dimainkan pihak Umno-BN, Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak merasakan ianya sebagai ancaman yang boleh melemahkan semangat beliau dalam meneruskan tanggungjawab.

" Pelbagai taktik melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk isu yang akan dan sedang digunakan bagi mengkucar-kacirkan keadaan pentadbiran pakatan Rakyat bahkan terdapat pengumuman pembatalan perjanjian program perlancongan oleh kerajaan pusat terhadap lima buah negeri ini," katanya dalam satu sesi ramah mesra bersama delegasi kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat di pejabat rasmi Menteri Besar.

Menurutnya, meskipun kerajaan Perak mengalami sedikit masalah di peringkat awal pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat namun ianya tidak menjejaskan kerjasama yang terjalin antara ketiga-tiga parti yang telah diberikan mandat oleh rakyat.

"Alhamdulillah selepas kejatuhan kerajaan BN, kita akan terus mengorak langkah dalam merangka beberapa projek pembangunan untuk membantu memajukan negeri terutamanya kebajikan rakyat Perak," ujarnya dalam ucapan aluan kepada delegasi muslimat yang hadir.

Dalam sesi soal jawab bersama Nizar, beberapa isu mengenai usaha membantu golongan wanita, orang kurang upaya serta para ibu tunggal menjadi fokus perbincangan.
Image

"Dengan kepakaran yang dimiliki oleh barisan exco kerajaan negeri yang dipilih, kita yakin akan dapat mengusahakan program untuk membangunkan rakyat untuk kesenangan semua pihak.

"Dengan rendah hati, saya menerima penghargaan parti-parti dalam pakatan rakyat, namun saya tetap memerlukan bantuan serta sokongan daripada golongan wanita apatah lagi para petugas yang telah menyokong perjuangan selama ini," katanya.

Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucapan tahniah dan penghargaan kepada kerajaan Perak turut melahirkan rasa terharu dengan kemenangan dan amanah yang diberikan Pakatan Rakyat kepada PAS.

"Kita sama sekali tidak menyangka akan kesepaduan dan kesepakatan yang terjalin antara ketiga-tiga parti pembangkang yang memenangi pilihan raya umum lalu membuahkan hasil di luar dugaan.

"Apatah lagi, PAS yang memenangi kerusi minoriti dalam kerajaan Pakatan rakyat telah diberi kepercayaan memimpin kerajaan Perak," ujarnya dalam sesi perbincangan tersebut.

Sementara itu, ahli Dewan Negara Senator Mumtaz Mat Nawi pula berharap agar Nizar dapat menjadi contoh sebagai Menteri Besar yang memiliki latar belakang profesional Islam.

"Kita telah mempunyai seorang Menteri Besar di kalangan ulama' yang berupaya memimpin dan membangunkan sebuah negeri, iaitu Kelantan.

"Dan kini kita diberikan peluang oleh Allah untuk membuktikan bahawa seorang profesional Islam juga berupaya untuk memimpin negeri dan rakyat di Perak ini, insha Allah," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah turut menyatakan harapan beliau agar Nizar mengambil azam daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahu mencontohi pemimpin Islam terbilang, Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai cabaran.

"Jika Lim Guan Eng mahu menjadi seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, kita (PAS) boleh menjadi lebih daripada itu," ujarnya.

40 orang delegasi kepimpinan yang diketuai Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh beserta wakil muslimat negeri-negeri termasuk ahli dewan Negara, Senator Mumtaz Mat Nawi disambut Menteri Besar Perak, Ir Nizar Mohd Jamaluddin 12 April lalu dalam suasana yang ringkas.

Dalam sesi kunjungan tersebut, mereka berpeluang membincangkan beberapa isu mengenai wanita serta isu-isu negeri selepas sebulan beliau dilantik sebagai Menter hampiri Besar.

Kisah babi dan Black 14

Oleh Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard)
Khamis, 17 April 2008

TIBA-TIBA kalut cerita 'Babi' di Selangor... populariti 'isu babi' kali ini nampaknya memungkinkan gelaran nakal Darul Khinzir dari Negeri Sembilan ke Selangor.

Apa sebenar isu babi ini...? Isu ini menjadi panas apabila ia ditunggang sebagai isu politik oleh Umno Selangor. Muka depan Utusan Malaysia yang menyiarkan 3 ekor babi yang dilabel PKR, PAS dan DAP begitu menarik perhatian ramai untuk terus memperkatakan isu babi ini.

Keseronokan Umno Selangor menunggang 'isu babi' ini tersentak tiba tiba dengan pendedahan Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng yang mendedahkan mengenai sebuah syarikat bumiputera (berkepentingan Umno) terlibat dalam projek ladang babi yang diluluskan oleh Kerajaan BN bawah pimpinan Dr.Khir Toyo.

Gambaran di atas mungkin boleh mendedahkan fakta sebenar hipokrasi Umno. Individu yang menjadi kepala menentang projek babi dan menjadi dalang demonstrasi iaitu Dr. Karim ialah individu yang dalam gambar disamping kandang babi. Beliau dilaporkan terlibat dalam melawat kandang Babi di Jerman, kononya untuk membawa teknologi ladang babi Jerman ke Selangor.

Lawatan itu juga dilaporkan melibatkan ketua - ketua kampung 'Umno' yang turut terlibat dalam tunjukperasaan baru baru ini. Mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).

Semalam saya sudah menghubungi keADILan Bahagian Sepang untuk dianjurkan satu debat terbuka antara Yaakop Sapari (exco Kerajaan Selangor) dengan Dr. Karim (ADUN Tg. Sepat) untuk menyelesai kekalutan dan mendedahkan hipokrasi Umno.

Mungkin dalam debat ini juga boleh ditanyakan sekali bagaimana ADUN BN Selangor boleh membelanjakan RM27 juta peruntukan kerajaan negeri untuk rakyat Selangor untuk tahun 2008 tetapi habis dalam masa hanya selama 50 hari.

Dalam perkembangan yang lain pula Makkal Osai (Suara Rakyat) iaitu akhbar milik bekas pemimpin kanan MIC telah sah diharamkan.

Akhbar harian berbahasa tamil ini gagal memperbaharui permitnya sejak 2-3 bulan lalu, namun terus diterbitkan dibawah pemerhatian KDN. Malangnya hanya selepas memberikan liputan muka depan yang besar terhadap Himpunan Menjana Kemenangan Rakyat bersama Anwar Ibrahim pada 14 April lepas, mereka telah mendapat surat pengharaman akhbar itu.

14 April 2008 yang lalu, kira kira 20,000 ribu telah membanjiri Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur meraikan Anwar yang melepasi sekatan undang undang yang menyekat beliau dari terlibat dalam politik. Majlis tersebut telah dirancang begitu teliti.

Alhamdulillah juga sehingga selesai semua berjalan dengan baik. Tiada yang buruk berlaku. Malah peniaga di kawasan sekitar juga mendapat rezeki tambahan kerana kehadiran yang ramai memenuhi kampung baru sehingga awal pagi telah memenuhi gerai - gerai sekitar. Hanya gangguan dari Polis sekitar jam 10.25 malam sedikit mencacatkan.

saya selaku penyelaras program telah memastikan semua lancar. Malam itu saya sendiri menjadi pengerusi Majlis. Jam 10.15 malam saya dihubungi teman yang berkawal di pintu besar padang mengatakan Polis beriniform masuk menuju ke pentas.

saya meminta semua unit kawalan keselamatan program membenarkan Polis itu masuk dan cuba kawal orang ramai pastikan jangan ada yang bertindak melulu atau luar kawal.

10.25 malam sekumpulan anggota polis beruniform dan tidak beruniform menghampiri pentas. Orang ramai di depan yang sedang asyik mendengar ucapan Anwar kelihatan tersentak dan ada yang mula bangun dan menjerit sesuatu.

saya meloncat turun ke depan tempat yang Anwar sedang berucap. Bukan untuk menghalang Polis tetapi untuk memastikan unit keselamatan di depan pentas perkemas benteng untuk halang orang ramai mara ke depan dan mungkin anggota polis itu tercedera.

Cara Pegawai polis itu mara ke depan pentas tanpa kawalan rapi dilihat seperti sengaja mengumpan agar penyokong marah dan mencederakan mereka. Jika itu strategi polis saya simpati kepada 3-4 orang pegawai beruniform yang mara kedepan itu ...hanya menjadi cacing umpan untuk memancing ikan (isu) yang lebih besar. Tetapi malam itu semua terkawal.

Polis terbabit bertanya pada saya "Adakah kamu penganjur?" saya katakan "Ya"...Polis itu berkata " Boleh beritahu Datuk Seri supaya berhenti berucap..Ini Arahan Polis..."

Lucu juga dialog ini diucap ketika dia sudah begitu hampir dengan Anwar... Anwar sendiri boleh dengar apa dia cakapkan. Datuk Seri Anwar tepuk belakang saya dan kata "Bard takpe biar dia cakap dengan saya..."

Lalu saya ke tepi dan polis itu berdiri di depan Anwar dan berkata " Datuk Seri tolonglah beri kerjasama ...arahan berhenti..." Masa itu Azmin, Siva pun datang hampir...pada masa yang sama penyokong mula bertolak untuk mara ke depan...

Mungkin untuk elak keadaan dari tidak terkawal ..... dan kesihankan Polis yang dimaki dengan perbagai 'ayat' Datuk Seri menamatkan ucapan dan melambai beberapa kali sebelum masuk untuk sesi sidang media.

Namun pagi selepas itu saya menerima sms bertanya " Kamu dapat notis Polis...? Kak wan, Ts Khalid, Azmin, Yahya Sahri dapat arahan ke balai polis..."

Nampaknya selepas tersungkur 'setengah' dalam PRU 12 Bn tak belajar banyak. Bn tidak sedar orang benci tengok mereka perkuda polis tekan suara rakyat.... saya dengan ini kecam Polis yang sanggup diperkudakan.... Kalau itu perhimpunan Umno adakah permit diperlukan...? dan adakah Polis berani panggil pemimpin Umno ke Balai pula...

Pagi ini pula dapat khabar berita nampaknya perkara lebih serius... kemungkinan pendakwaan dilakukan termasuk kepada Anwar... atas kesalahan perhimpunan haram... dan perbicaraan akan dipercepatkan Anwar mungkin dijatuhkan hukuman denda RM2500, dan dengan denda itu dia akan dinafikan lagi hak berpolitik...

Ya Allah adakah ini benar....? Zalim dan takutnya Bn dengan suara rakyat yang diterajui Anwar.... tetapi percayalah jika ini berlaku ia merupakan penggal terakhir Bn menghantar wakil ke parlimen.

Rakyat makin benci... Bn bergaduh sesama sendiri merebut jawatan dan harta rompakan tetapi rakyat terbiar..tepung naik...beras naik...

Tahniah juga pada semua yang terlibat...malam itu malam kita (aktivis jalaraya yang tak kenal penat lelah)....tahniah juga pada penyokong dari Rembau yang datang 4 bas dan bayar tambang sendiri.

Tuesday, April 15, 2008

Lagi pekung kerajaan BN bawah Khir

Blog bekas MB Selangor di "update' pada 12 April lalu dari Tanah Suci Makkah. Mungkin kerana tidak lagi duduk di kerusi MB, Khir kini banyak masa lapang, dan alangkah baik masa itu digunakan untuk beribadat di Tanah Suci.

Dalam posting nya itu Khir bercerita darihal peralihan kepimpinan dalam Umno.Beliau menuntut perubahan dalam partinya bagi memenuhi kehendak yang disuarakan rakyat dalam PRU ke 12 lalu. Saya tertarik apabila Khir menulis:

Hari ini saya di sini lagi (Makkah) dengan keyakinan yang sama memohon doa, bermunajat kepada Allah, moga Allah selamatkan negara kita dari pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanakah kita mengenali "pemimpin yang tidak bertanggungjwab" yang beliau maksudkan itu? Mungkin dalam kes beliau, Khir merujuk kepada Dollah, siapa dalam Umno yang tidak menyalahkan Dollah hari ini kecuali mereka yang baru dapat tempat dalam kabinet atas ikhsan Dollah seperti mat Taib, Shahrir Samad dan Zaid Ibrahim.

Tetapi mungkinkah di Selangor juga hadir "pemimpin yang tidak bertanggungjawab" itu?

Kepimpinan Dollah memang diakui kini bermasalah, bagaimana pula dengan Khir?
Siang tadi Edward Rajendra melaporkan dalam mstar.com, kenyataan EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkenaan peruntukkan tahunan wakil-wakil rakyat kerajaan lalu bagi tahun 2008. Menurut Ronnie kerajaan Selangor (bawah Khir) yang lepas telah meluluskan RM500,000 peruntukkan pembangunan kecil setiap seorang ADUN BN untuk digunakan di kawasan masing-masing bagi tujuan kerja-kerja peneylenggaraan dan projek-projek kecil sepanjang tahun 2008.

Ketika itu BN mempunyai 54 orang ADUN, bermakan kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM27 juta bagi tujuan ini.

Apa yang memeranjatkan adalah apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat mendapati bahawa dalam tempoh 50 hari, kesemua RM500,000 bagi tiap-tiap ADUN ataupun keseluruhan RM27 juta itu telah habis digunakan oleh ADUN-ADUN BN (termasuklah ADUN Sg. Panjang - Khir Toyo)!

Kini kerajaan negeri terpaksa memohon kelulusan baru bagi ADUN-ADUN Paatan Rakyat yang menang dalam PRU 8 Mac lalu. Menurut Ronnie, MB Selangor telah mengarahkan agar surat-surat dihantar kepada semua ADUN-ADUN BN berkenaan (ketika itu) untuk menjelaskan kemana dibelanjakan duit peruntukkan itu kerana rupa-rupanya ia dibelanjakan tanpa rekod yang tersusun.

Mungkin inilah juga "pemimpin yang tidak bertanggungjwab" yang dimaksudkan Khir agar Allah lindungi kta semua dari mereka. Nampaknya dari hari ke hari segala-galanya lucut dan terbongkar sehingga dapat dilihat oleh mata kepala rakyat sendiri. Makin penatlah Khir dan rakan-rakan terpaksa bersilat dalam sidang DUN Selangor tidak lama lagi, dan makin ketaralah kepada rakyat siapa pemimpin yang bertanggungjawab dan siapa yang tidak.

Posted by roslan sms at

Babi yang sebenar?!

Dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi sahabat lama saya yang bertugas di KWSP telah menghubungi saya, oleh kerana saya sedang memandu beliau berjanji untuk telefon saya kemudian. Beliau kemudian mengirim SMS minta saya baca akhbar The Sun hari ini berhubung isu "ladang babi" di Selangor dan kalau boleh dedahkan untuk pengetahuan umum.

Dalam akhbar The Sun hari ini bekas calon MCA Bukit Bintang yang juga Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng (yang kebetulan saya kenali) dilaporkan telah mendedahkan dalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News berkenaan kisah sebenar disebalik "Projek MPF" atau Modern Pig Farming di Selangor yang telah mencetus kontroversi baru-baru ini.











Dr Lee Chong Meng

Bagi saya pendedahan Dr Lee (lebih dikenali sebagai Dr Ayam, kerana beliau pakar veterinar) itu turut mededahkan siapakah yang sebenarnya "babi" dan "membabi"dalam kontroversi ini!

Menurut Dr Lee, kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.
Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?
Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
















ADUN (Umno) Tg Sepat

Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!


















Apa yang ditunjuk tu Wak Tarmudi....

(Cuba tanya mengapa seorang Ketua Kampung seperti Tarmudi perlu ikut "study tour" ke Jerman itu, jika tidak kerana Umno telah merancang untuk beliau menutup mulut anak-anak buahnya nanti. Bukan senang Ketua Kampung boleh melancong ke Jerman!)

Berikut kenyataan Dr Lee:
Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)
Menurut akhbar The Sun lagi:

At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.

Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi

Rupa-rupanya melalui pendedahan Dr Lee ini kita ketahui bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurut Dr Lee, telah medapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.

Yang menariknya menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Mansor! Menurut Lee juga, terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini!
Begitulah al kisah "babi" di Selangor ini. Sekarang baru kita tahu siapa yang penipu, siapa yang berbohong dan siapa yang "membabi"!
Khir Toyo pada mulanya menafikan perkara ini, dan kemudian memberi pelbagai alasan, Khir Toyo jelas berbohong. Mansor pun pembohong besar begitu juga Ketua Kampung Ladang Tumbuk, si Tarmudi, lidah bercabang itu. Saya tertunggu-tunggu juga bila Utusan Malaysia dan TV3 (perkakas jahat Umno dalam kes babi ini) akan menemuramah Dr Lee Chong Meng.

Kalau beginilah sikap dan perangai Umno Selangor sebenarnya, saya yakin, rakyat akan terus menyisihkan parti ini, dan PRU ke 13 nanti, tidak mustahil Umno Selangor ditimpa nasib bagai Umno di Kelantan, hidup segan mati tak mahu, akhirnya "gila babi", "membabi buta" dan entah apa-apa lagi.

Posted by roslan sms

Monday, April 14, 2008

Banjir Sungai Serai

Salam..

Hujan lebat petang semalam Ahad 13 April 2008 sekitar jam 4.00 - 5.30 petang telah melimpahkan airnya yg banyak terutamanya dari Sungai langat. Selain itu juga, beberapa batang anak sungai sekitar beberapa kampung di DUN Dusun Tua juga kelihatan mengalirkan airnya yang banyak dan deras.

Lingkungan jam 5.00 petang kelihatan air sungai sudah mula naik ke daratan sekitar kawasan IKBN Dusun Tua. Mesej berjaga-jaga daripada pasukan Unit Amal Hulu Langat telah disebarkan.



Jam 9.00 malam para petugas dari pasukan Unit Amal dan Majlis Pemuda DUN serta warga petugas Majlis Tindakan DUN Dusun Tua telah mula menggerakkan pasukan bantuan ke Kampung Sungai Serai.

Kawasan yang paling teruk adalah sekitar Masjid Sungai Serai dan bangunan masjid itu sendiri dimasuki air.





Turut hadir beberapa pimpinan utama PAS Kawasan Hulu Langat seperti, Tuan Haji Razaly Hasan Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat, Sdr Mohd Jan Sulong, Timbalan YDP PAS Hulu Langat@Pengarah Majlis Tindakan DUN Dusun Tua, Sdr Mohd Sany Hamzan Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat merangkap Mantan Calon PRU-12 PAS N-23. Turut bersama hadir dan menghulur bantuan peralatan, makanan dan minuman Pengarah MTD Kajang Sdr Jamil Saring dan rakan-rakan petugas dari DUN Kajang dan begitu juga teman-teman dari PKR DUN Dusun Tua.











Selain menjenguk serta bertanya khabar beberapa rumah dan mangsa banjir para pimpinan juga tidak ketinggalan dalam menyumbang bantuan tenaga bersama para petugas dari Unit Amal dan semua pihak yang sudi sama-sama membantu membersihkan masjid.

Kerja-kerja membersih bermula jam 12.00 malam sehingga jam 2.30 pagi sebelum berhenti berehat. Namun hujan lebat mulai turun antara jam 2.00 pagi yang sedikit sebanyak melahirkan rasa kerisauan berlakunya banjir lagi.







Alhamdulillah tiada gelombang kedua banjir selepas apa yang berlaku petang hinggalah ke awal pagi ini.

Kepada teman-teman para petugas, terima kasih diucapkan terutamanya dalam kerj-kerja sukarela membersih Masjid Kampung Sungai Serai.



BERAMAL KERANA ALLAH ** MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Thursday, April 10, 2008

Presiden PAS Menerima rawatan kesihatan di Hospital Besar Kuala Terengganu

Thursday, April 10 @ 11:00:42
Kenyataan Media Oleh Dato' Kamuaruddin Jaafar

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Terengganu awal pagi ini ekoran aduan mengalami keadaan kesihatan yang tidak selesa sejak sebelum Subuh tadi.

Beliau kini sedang menerima rawatan dari pakar-pakar perubatan di sana dan para doktor menasihatkan agar beliau berihat sepenuhnya. Beliau sendiri baru sahaja menghubungi Pejabat Agung PAS dan menyatakan yang keadaannya tidak membimbangkan.

Semua ahli dan para penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia diharapkan agar bersabar dan sama-sama mendoakan agar Tuan Guru segera pulih.

10 April, 2008

YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR

SETIAUSAHA AGUNG PAS

Meneruskan Perjuangan

Hari ini insyallah penulis akan melangkah keluar dari HUKM setelah hampir dua minggu terdampar di sini. Selepas menjalani pembedahan kedua Selasa lalu alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hari ini doktor membenarkan penulis keluar.

Sejak akhir-akhir ini serangan terhadap kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat (PR) semakin diperhebatkan. Liputan positif amat kurang tetapi yang negatif dan mengelirukan amat ditekankan dan di ulang tayang semahu-mahunya di media perdana. Yang terbaru kes babi. Mereka sudah tidak lagi memanggil khinzir terhadap binatang yang tidak bersalah ini. Walaupun perkataan khinzir telah lama digunakan di dalam media perdana. Puncanya adalah hanya kerana kerajaan Selangor kini meneruskan projek yang telah diluluskan oleh Khair Toyo.

Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes babi ini memandangkan banyak yang kita tidak tahu dari yang kita tahu. Maklumat yang dipaparkan di media hanyalah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Selangor. Kita harap maklumat lengkap dan telus dapat dikeluarkan secepat mungkin bagi menghilangkan keresahan penduduk Selangor dan pengundi PR.

Baru-baru ini juga kita diwar-warkan bahawa JKKK dinegeri-negeri yang dikusai PR dikehendaki meletakkan jawatan kerana kerajaan pusat ada jawatan yang setara diperingkat pusat. Mereka ini juga akan meneruskan mandat dan tanggungjawab yang sedia ada. Kalau di peringkat kerajaan pusat ada jawatan yang sama dengan JKKK adakah kerajaan negeri masih ingin mengekalkan fungsi yang sama di peringkat negeri? Bukankah ini 'duplication' dan apakah tindakkan yang akan diambil oleh kerajaan negeri. Semestinya JKKK yang diberi jawatan baru ini akan berkerja untuk kerajaan pusat. Adakah kerajaan pusat ingin membazirkan wang rakyat yang begitu banyak iaitu RM400 kali dengan ribuan JKKK yang diberi jawatan baru ini setiap bulan.

Beginilah senario politik di negara ini yang masih lagi tidak matang. Masing-masing menggunakan kedudukkan kerajaan untuk kepentingan politik. Ketakutan kehilangan kedudukan dan jawatan mendorong banyak keputusan dibuat untuk kepentingan survival politik dan bukannya kepentingan rakyat dan negara. Jika beginilah mentaliti kerajaan sampai bila mereka hendak berusaha memajukan negara. Setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan dikira keuntungan politiknya. Malangnya nasib rakyat dan negaraku yang tercinta ini.

Nampaknya kerajaan negeri terpaksa membentuk jentera baru untuk membantu pentadbiran diperingkat kampung dan taman. Walau apa pun diharapkan ianya tidak menjejaskan khidmat kerajaan negeri kepada rakyat. Penulis juga berharap kerajaan negeri mewujudkan kotak aduan di tempat-tempat awam bagi memudahkan rakyat menyuarakan masalah mereka. Mungkin ada di antara mereka yang tidak biasa dengan pusat khidmat masyarakat PAS atau tidak kenal orang yang boleh membantu mereka. Mungkin ada baiknya Dusun Tua ini dijadikan projek printis kotak aduan bagi melihat keberkesanannya sebelum di kembangkan ketempat lain.

Wassalam.

Wednesday, April 9, 2008

Untuk kenang-kenangan II

Lagi dari Roslan sms

Saya baru menerima panggilan dari rakan saya yang baru "konar baring" Sang Kelembai. Ternyata beliau tidak senang dengan tulisan saya (yang dipetik pula oleh Harakahdaily). Tetapi untuk beliau memanggil saya, menunjukkan yang beliau masih menganggap saya sebagai kawan dan saya pun memang tidak ada masalah dengan peribadi beliau, seorang yang cepat mesra dan pelawak, tetapi sudah pastilah saya tidak dapat menerima sikap "konar baringnya" yang terbaru ini.

Beliau tidak memarahi saya cuma mengadu yang ramai kawan-kawan tidak memahami "konar baringnya" itu. Saya pun tak menyalahkan kawan-kawan sebab sejak beliau dipecat dari Umno oleh Dollah, serangan dan krtikkan tajam, sinis dan pedas beliau terdapa Dollah dan suku sakat seolah membayangkan yang beliau telah berkerat rotan dan berpatah arang sama-sekali dengan Dollah. Kalau yang kasar dikalangan kita pun sekadar mengumpakan Dollah sebagai PM yang "lembik" dan kaki tidur, tetapi bagi Sang Kelembai, bahasa itu terlalu sopan bagi beliau.

Apa yang tidak dihumbankannya terhadap Dollah, anak-isteri dan kaum kerabat, sehinggakan solat Dollah sebagai imam pun dikatakan tidak sah atas sebab-sebab peribadi Dollah yang saya sendiri tidak tergamak menulis di sini.

Kerana itu bila beliau "konar baring" sudah pastilah kawan-kawan marah dan menyumpah.

Menurut Sang Kelambai beliau percaya percaya yang ketika Dollah jatuh terlentang ini, maka Dollah perlukan pertolongan lalu bagi Sang Kelembai, inilah masanya untuk membantu Dollah agar Islam dan Melayu naik semula. Kata beliau kepada saya, kaedah kita mungkin berbeza namun destinasi tujuan kita sama.

Biarlah Sang Kelembai dengan labu-labunya, walaupun beliau tetap sebagai kawan, tetapi kiranya beliau mula membantu Dollah sehingga menyerang musuh-musuh politik Dollah termasuklah pihak sebelah sini, maka ketika itu saya dan kawan-kawan akan berada dibaris hadapan mempertahankan apa yang telah kami bina selama ini.

Adios Sang Kelembai!

Untuk kenang-kenangan

Dari blog Roslan sms

Seorang rakan memaklumkan saya berkenaan suatu artikel dalam KL Pos berkenaan kenalan saya Sang Kelembai atau Zaharin Md Yasin.Kata beliau blogger Sang Kelembai telah konar baring di Kota Kinabalu. Dalam keadaan percaya tak percaya saya segera melayari KL Pos. Kemudian saya baru teringat yang MSO juga berada di Kota Kinabalu, untuk membuat liputan kunjungan Dolah ke sana.

Apabila melayari Merah Tinta MSO, saya lihat sendiri 3 gambar yang dipost oleh MSO menunjukkan aksi Sang Kelembai bersama Dollah ( 1 darinya saya turunkan di sini). MSO turut merakamkan apa yang diucapkan oleh Sang Kelembai semasa mengucup tangan Dollah di Lapangan Terbang KK itu:



Pak Lah saya akan berama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya berjanji!

Bila saya amat-amati gambar-gambar MSO itu, kalau tidak silap baju batik yang Sang Kelembai gunakan adalah baju yang sama ketika berceramah dengan saya atas pentas PAS sebelum PRU 12 lalu. Ketika itu Sang Kelembai bukan hanya memaki hamun Dollah malah habis suku sakat dan keturunan Dollah dimaki hamun dan disumpah serapah. Mujurlah nama sahaja Sang Kelembai tetapi kuasa Sang Kelembai itu tidak diwarisinya jika tidak entah-entah yang disumpah serapahnya danh pun bertukar menjadi batu!

Saya segera pergi pula ke laman blognya, ternyata beliau belum sempat meng "update" blognya yang sarat dengan serangan peribadi terhadap Dollah dan dinastinya. Satu artikel yang masih tersangkut diblognya bertajuk:

Dari bodoh ke nyanyuk; yang menceritakan darihal krisis MB di Terengganu. Di kaki artikelnya dicatatkan ulasannya:

Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh.

Itulah Sang Kelembai yang saya kenal, rupanya Abang Zaharin akhirnya keletihan dan kini memilih untuk kembali mengucup dan mencium Dollah yang beliau popularkan sebagai Abdullah Hj Ahmad (kata beliau mana ada Badawi dalam IC nya) itu. Lalu apa lagi nak dikata. Selamat jalan Abang, semoga Abang berjaya dalam bahtera "titanic" (artikel terakhir beliau bertajuk Umno dan "titanic" nya) Abang itu.

Senang-senang boleh kita minum teh tarik, nak dengar cerita baru Abang. -

n32.blogspot.com

Tuesday, April 8, 2008

PAS dan Babi

Wabak Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah menular di seluruh negara sekitar 1998 hingga 2000.

Lebih 100 orang terkorban termasuk kira-kira 30 kanak-kanak.

Bukit Pelanduk dan kawasan berdekatan ketika itu dipercayai ladang ternakan terbesar di Asia Tenggara dan menjadi pembekal utama bekalan babi terbesar Asia Tenggara.

Penduduknya mengusahakan ternakan itu mengikut tradisi keluarga bermula 1950-an

Antara faktor yang dikatakan menjadi punca wabak merebak adalah kelemahan sistem kumbahan di kawasan itu sehingga mencemarkan bukan saja penempatan terbabit, malah sungai dan parit berhampiran.

Nyamuk Culex yang dikesan menjadi pembawa virus JE kebiasaannya aktif daripada jam 6 petang hingga 6.30 pagi.

Virus Nipah pula merebak apabila seseorang itu menyentuh babi yang memiliki virus berkenaan.
________________________________

Fakta di atas adalah untuk direnungkan bagi menilai cadangan untuk melaksanakan projek penternakkan babi di Sepang yang bernilai RM100 juta.
________________________________

Pas sokong Selangor maju projek ternak babi
Oleh Wan Jailani Razak dan Tuan Nazuri Tuan Ismail

SHAH ALAM: Pas menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang dengan alasan orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging babi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau dan dua lagi Exco Pas dalam kerajaan campuran itu menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

"Kita tidak ada masalah, kita (Pas) sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi, tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi, itu hak mereka," katanya.

Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, dua Exco Pas dalam kerajaan campuran itu ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Halimah yang ditemui selepas sidang akhbar sempena kunjungan hormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam, berkata Pas menyokong projek itu kerana ladang berkenaan bakal dibina dengan menepati piawaian antarabangsa.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok, yang mengesahkan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu.
_____________________________

Apakah jaminan penternakkan ini tidak mendatangkan mudarat kepada penduduk sekitar? Walaupun ianya akan menggunakan piawaian antarabangsa tetapi masalahnya bukan standard yang digunakan tetapi perlaksanaan dan pemantauan. Kalau kita ada 'first class' sistem tetapi jika perlaksanaannya 'third class' ianya tidak akan mendatangkan hasil yang baik. Bukan mempertikaikan kemampuan kerajaan Selangor tetapi sekadar peringatan dan rasa perihatin kita.

Belumpun bermula projek, RTM telah memulakan serangan di slot ulasan berita pagi tadi. Siap dengan hujah hukum dan ayat Al-Quraan mengenai haramnya babi. Walaupun pengulas itu sendiri tutup aurat pun tak sempurna. Fakta di atas digunakan untuk menyerang PAS dan bukannya kerajaan Selangor. Apakah jentera PAS di akar umbi mampu memberi penerangan kepada rakyat terutama orang Melayu yang anti, benci, menyampah dan amat jijik dengan babi. Walaupun status babi itu cuma najis berat bukannya haiwan yang dilaknat seperti manusia yang bernama Firaun dan lain-lain manusia terdahulu...... tetapi orang Melayu tetap memandang babi dengan cukup hina dan jijik sekali.

Kalau nak dikira benda haram di Selangor ini bukan sahaja babi tetapi banyak lagi seperti kilang Carlsberg, Gunniess, nombor ekor, pelacuran, kelab malam dan lain-lain lagi. Tetapi kenapa babi yang diserang dan kenapa PAS yang di highlight? Inilah cabaran parti memerintah. Kalau dulu Khair Toyo diasak oleh PAS kini giliran PAS pula. Disinilah peranan jentera penerangan dan strategi yang baik diperlukan bagi mengubah tanggapan rakyat terutamanya orang Melayu. Sekiranya ini tidak ditangani dan di wajarkan dengan baik orang Melayu mungkin kata PAS dan UMNO sama sahaja.

Apakah jaminan yang boleh diberikan terhadap perkara berikut?
  1. Pencemaran bau.
  2. Pencemaran air.
  3. Pengedaran babi.
  4. Penjualan babi.
  5. Hasil dan cukai.
  6. Eksport?

Ceramah perlu diteruskan, media cetak perlu ditambah dan imej-imej positif perlu dibina. Janji perlu ditunaikan. Khidmat perlu ditunjukkan bukan setakat dilaksanakan. Semoga berjaya.

'Buka jalan, berikan geran tanah'

Monday, April 7, 2008

'New Branding' - Penjenamaan Baru


Setelah seminggu penulis tersadai di HUKM, telah cukup untuk menyiksakan minda dan fizikal. Walaupun tangan kiri patah dan menghadkan pergerakkan ia tidak mematahkan semangat untuk menulis. Dengan adanya laptop dan rangkaian 3G Celcom dapat juga penulis melayari dan 'update' blog ini. Ruang yang ada banyak digunakan dengan melayari internet dan menonton TV. Esok petang insyallah pembedahan kedua akan dijalankan untuk memasang besi di tulang radius. Doakan semoga selamat. Juga ucapan terimakasih kepada yang datang ziarah.... jiran-jiran, sahabat dan kepimpinan.

Rasanya telah tiba masa kita perlu bergerak di atas kapasiti kerajaan negeri dan imej pemerintah. Bukan menyalahgunakan jentera kerajaan tetapi mengingatkan rakyat bahawa PAS kini memerintah dan bukan lagi parti pembangkang. Jangan kita hendaknya kalah dengan propaganda media perdana. Atas dasar itu penulis telah menukar imej blog ini supaya lebih mengambarkan kita mewakili kerajaan bukan hanya PAS.

Belum terlambat untuk mengucapkan syabas di atas initiatif kepimpinan bagi membentuk satu gagasan yang formal bagi memperkukuhkan kerjasama PAS, PKR dan DAP dibawah Pakatan Rakyat. Pun begitu ianya bukan semudah yang disangkakan. Isu-isu lama antara PAS dan DAP mungkin akan menjejaskan pembentukkan pakatan baru ini. Diharapkan ianya dapat diatasi dengan cermat dan berhemah. Anggaplah ini sebagai peluang atau perjanjian Hudaibiyah yang membuka jalan pengembangan Islam dan pembukaan Mekah. Hasrat PAS yang diwar-warkan oleh media untuk menjadi peneraju pakatan tersebut telah menjadi pertikaian DAP kerana hasrat PAS untuk meneruskan agenda negara Islam. Kita perlu berhati-hati dan belajar dari kesilapan lalu serta sejarah bagi menjayakan hasrat murni ini.

Dalam kita melihat BN hampir karam jangan sampai kita pula kehilangan bahtera. Bukan tak percaya tetapi sekiranya kita gagal membentuk Pakatan Rakyat mungkin hasrat kita untuk meneruskan pemerintahan dan berkuasa selepas PRU13 mungkin turut berkubur. Ianya seterusnya akan dijadikan modal oleh parti lawan untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat. Ini bukan masanya untuk menunjuk kekuatan tetapi kebijaksanaan berpolitik dituntut untuk memudahkan perjuangan. Kesempatan yang diberi disebabkan kesebokkan BN memperbaiki rumah mereka perlu kita ambil untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Jangan kita pula leka dengan wayang mereka. Biarlah mereka bergaduh; perjuangan perlu diteruskan.

Kita juga perlu terus mengerakkan jentera bagi meningkatkan kesedaran rakyat dan menambah ahli. Kemenangan yang diperolehi perlu dimanfaatkan untuk mengajak rakyat supaya bersama-sama PAS dalam membina masyarakat dan kehidupan yang lebih baik. Jentera parti juga perlu diperkukuhkan bagi mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat. Tunaikan janji pilihanraya. Semoga berjaya.

Friday, April 4, 2008

Filem Abu Jahal (Suku Pertama) Tahun 2008 Adalah 'Akhirat'

Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak. Mungkin ada satu badan dapat memberi anugerah Abu Jahal ini. Pun kita baru melepasi suku pertama tahun 2008. Justeru eloklah kita senarai pendekkan dulu Akhirat untuk anugerah Abu Jahal ini. Siapa tahu akan ada filem Abu Jahal lain yang lebih jahil dan jahanam dari filem ini. Nampak sangat pengamal filem kita sedang berlumba-lumba untuk membikin filem 'anak haram' yang paling jahil sesama mereka.

Filem dengan skrip oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan. Baca sahaja promosi filem ini sejak tahun lalu, mereka sendiri mengaku begitu. Merenung aspek dramaturgi, saya tidak tahu mana agamanya Akhirat, kerana filem ini membawa kesongsangan beragama; paling tidak pada lima perkara besar:

i. Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang cool dan kasual. Hal ini terlihat apabila Noni (lakonan Nabila) dinasihati ayahnya supaya berhati-hati berteman dengan Ari (lakonan Adi Putra), penataan muzik gedik-suka digunakan untuk melatari. Tambah-tambah pula ada adegan Mira (Vanidah Imran) dengan sengaja memerangkap adiknya Noni untuk menggunakan baju tidurnya. Itu sebagai umpan kepada suaminya Amran yang gersang (dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

ii. Meskipun Noni digambarkan insaf di penghujung Akhirat setelah berzina dengan Ari sepuas hati, seraya minum arak dan berdansa di disko - keinsafan Noni hanyalah kerana 'saya telah salah berkawan' dan bukan kerana 'Allah melarang zina dan ia dosa besar'. Keinsafan Noni juga tidak didokong langsung adegan atau plot (sebab dan akibat) yang bertunjang agama.

iii. Ketabahan dan kesabaran Amran dan Mira tidak sedikit pun berbumbu agama. Mira misalnya dalam keadaan genting tegang lagi sengsara oleh tekanan menghidapi HIV positif tidak sedikit pun berpaling kepada Allah untuk mendapat ketenangan. Tidak ditunjukkan apa-apa petanda Mira mendekati Tuhan dalam tempoh itu. Mira hanya mendapat ketenangan apabila bertemu dengan pegawai di Malaysia Aids Council ala-ala kak Marina.

iv. Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi. Pengamal filem kita masih belum faham soal keadilan Ilahi (sebenarnya ulama yang tidak faham). Apabila ditimpa kecelakaan dalam hidup, mereka akan menyalahkan Tuhan dengan kata-kata 'ini takdir'. Nasihat-nasihat ayah kepada Mira dan Noni adalah 'nasihat-nasihat bertaraf jawapan kemusykilan agama kepada Dr Mashitah' (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Nasihat-nasihat itu tidak sedikit menjentik atau menggugah minda, dan membantu watak-watak itu kemudiannya insaf.

v. Adegan separa seks separa panas kunun dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan. Adegan cium leher, peluk rangkul, belai membelai, tonyoh menghempap, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

Elok kita renung jalur sebab dan akibat yang amat lemah dalam filem ini. Sesuai dengan anugerah Abu Jahal yang diterimanya, filem ini adalah gabungan plot paling lemah pelajar-pelajar Minggu Penulis Remaja paling tidak berkualiti dari tahun 2002-2007.

Lebih lucu ada adegan Amran berpuisi untuk Mira; di sisi tasik buatan Putrajaya kunun-kunun romantis. Puisi bertaraf 'reject' untuk majalah E-Baca ini diucapkan demi membangkitkan dialog-dialog puitis tidak bertempat.

Memang hodoh. Filem Akhirat mengisahkan kehidupan seorang wanita, Mira, yang musnah setelah dirogol oleh seorang pengedar dan penagih dadah. Akibatnya Mira disahkan menghidap penyakit yang amat menggerunkan. Kesengsaraan Mira ini pada awalnya dirahsiakan dari pengetahuan suaminya, Amran, dan keluarga. Konflik tercetus apabila Amran sering ditolak oleh Mira saat Amran sedang berkobar-kobar ingin melanda isterinya. Dilema perasaan inilah yang mendorong Mira memperdaya Amran dengan Noni (adik iparnya). Amran yang tidak tahu (sebab dia lembab dan bodoh) dengan tindakan Mira ini, telah menuduh adik iparnya Noni cuba menggodanya, selain mencemarkan nama dan maruah keluarga. Dalam pada itu diselitkan kisah-kisah Noni yang liar dan sering bersetubuh haram dengan teman lelakinya, Ari.

Menurut produser S. Baldev Singh, Akhirat ditayangkan bersempena dengan musim Maulidur Rasul. Dan katanya lagi, "Sekarang ini kita lebih menitik beratkan konsep Islam Hadhari maka lahirlah filem Akhirat".

Thats it! Itu jadi defining moment. Patutlah! Itu menjelaskan segala-galanya bukan? Sebuah filem Islam Hadhari, patutlah ada pegang-pegang mesra sambil genyeh-genyeh manja. Patutlah ada zina-zina kasual sambil dialog derhaka Tuhan.

Lebih menyedihkan filem Abu Jahal ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan sokongan penuh daripada Majlis AIDS Malaysia. Tetapi dokongan dan kerjasama ini tidak membantu penggunaan fakta yang tepat berkenaan virus HIV dan AIDS. Dalam tempoh yang sangat singkat Mira tidak sepatutnya mendapat penyakit AIDS lagi. Virus HIV menjadi AIDS setelah satu tempoh yang agak panjang, kadang-kala sepanjang 12 tahun. Bahkan tanda-tanda AIDS seperti sarcoma kaposi (KS) tidak pun kelihatan pada Mira. Alahai, buatlah penyelidikan sedikit. Mak cik jual cencaluk macam mak cik Musalmah Lebar pun tahu gunakan internet.

Sedikit kuliah falsafah Islam untuk mereka yang bercita-cita menjadi pengamal filem dan tidak mahu tergelincir menjadi pengamal filem Abu Jahal:

Duduknya seni Islam haruslah begini. Ia satu gerakan ke bawah. Allah sebagai Pencipta, Nabi Muhammad yakni Nur Muhammad sebagai pusat logos, itu kita namakan kamal atau kesempurnaan. Ia turun kepada ahlul bait sebagai penerus kelangsungan Islam yang aktual iaitu kita namakan wilayah. Ini kerana ahlul bait bukan hanya ilmuan tetapi cendekiawan kerana terlibat dalam pembangunan masyarakat. Gerakan kreativiti karyawan seni harus menempuh laluan ini.

KEMUDIAN barulah sampai kepada ayan sabitah atau idea umum di mana dalam gestalt pemikiran Melayu; ia adalah manfaat dan faedah untuk masyarakat. Dalam erti kata lain kalau buat filem tidak ada faedah dan manfaat itu dengan sendirinya sudah menjadi Abu Jahal. Ayan sabitah atau idea umum itu tadi disampaikan dengan makna, dan penuh pengertian lalu turun kepada keindahan yang antaranya cultural literacy. Ini semua melibatkan karyawan. Dari situ ia turun lagi di mana ia akan membentuk genre yang dipilih karyawan atau kategori seni yang digulati pengamal seni. Tidak kiralah genre itu drama, action, animation atau apa pun. Ia kemudian turun lagi kepada khalayak yang akan menerimanya dengan akal kerana ada dorongan intelektual dalam karya, akan menerimanya dengan hati nurani kerana ada logos spiritual dan wilayah, lalu menerimanya dengan emosi kerana ada keindahan pada karya. Untuk memahami lebih lanjut persoalan ini sila baca Perempuan, di Wajah Langit Pagi dalam Milenia Muslim edisi Februari, Mac, April dan Mei 2008.

Kembali kepada filem Abu Jahal kita untuk suku pertama tahun 2008. Sungguh kasihan melihat Vanida Imran, pelakon wanita terbaik di Festival Filem Malaysia 2007 berlakon filem seperti ini. Lakonan Tony Eusoffe, Adi Putra, dan Tan Sri Jins Shamsuddin tidak langsung menambah apa-apa. Lakonan Nabila Huda pula sangat-sangat menjengkelkan. Penampilan cameo beberapa nama besar memualkan. Filem Akhirat juga disulami lagu-lagu 'jiwang melankolia tengah malam' yang dicipta oleh Azmi Hassan dan dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi bersuara sengau. Antara lagu yang bakal mewarnai filem ini ialah Akhirat (lagu tema), Akhirat II, Kasih Selendang Biru dan I Love You Senorita. Pada adegan yang menampilkan lagu I Love You Senorita anda boleh menatap ketiak bercukur pelakon pembantu wanitanya, sambil melihat bakat yang dikembangkan oleh AF1 menari tergedik-edik seolah-olah ada cacing kerawit berpusu-pusu mahu keluar dari hujung usus besarnya. Sungguh 'abu jahal' gedik itu.

Dan alasan lain untuk memberi anugerah Abu Jahal ini kepada Akhirat meskipun penerbitnya bukan Islam, dan DOP pun dari Mumbai, ialah kerana filem ini diarahkan oleh seorang muslim. Bukan sekadar muslim biasa tetapi adalah pemimpin sebuah organisasi pengamal filem.

Dan kerana itu kita tidak dapat menerimanya. Dan kerana itu layaklah Akhirat mendapat pencalonan akhir Anugerah Filem Abu Jahal 2008.

Thursday, April 3, 2008

Agenda pekerja terus dipinggirkan

CUEPACS dilaporkan akan memulaukan sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan di Bukit Jalil pada 3 Mei ini. Menurut Presidennya Tuan Haji Omar Osman, tindakan ini diambil oleh kerana pihak kerajaan enggan memenuhi tuntutan mereka khasnya berhubung honorarium RM2,000 yang telah dibuat sejak bulan Ogos tahun lalu.

Selain honorarium menggantikan bonus itu CUEPACS turut menuntut kenaikkan elaun perumahan dari RM180 ke RM230 sebulan dan lanjutan umur wajib bersara dari 56 ke 60 tahun.

Lebih menghairankan kenapa sehingga hari ini pihak kerajaan seolah tidak mengambil pusing akan nasib para pekerja sektor awam ini. Terakhir dilaporkan kononnya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan akan berunding dengan PM berkenaan tuntutan-tuntutan ini namun sehingga kini ianya terperap begitu sahaja.

Apakah kakitangan awam kini disenarai hitamkan kerana tidak menyokong BN dalam PRU lepas atau bagaimana?

Sesungguhnya masalah kenaikkan kos hidup adalah realiti yang perit yang sedang dihadapi rakyat terutama mereka disektor awam yang tidak mempunyai punca sumber pendapatan lain. Benar mungkin mereka termasuklahs ebahagian besar rakyat jelata yang lain bertindak melepaskan kemarahan mereka dalam PRU lalu namun itu hak demokratik mereka. Jangan kerana itu mereka dikambing hitamkan! Kini tanggungjawab kerajaan pusat adalah membela dan menjaga nasib dan kebajikan para pekerja sektor ini, krisis keyakinan terhadap Dollah selaku PM akan berlarutan dan lebih kritikal kiranya masalah sebegini pun tidak mampu diselesaikan.

Saya berdoa semoga tuntutan pihak CUEPACS ini segera diambil kira demi meringankan beban kawan-kawan disektor awam.

Wednesday, April 2, 2008

Untuk tindakan semua

________________________________________

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH
Posted by admin : Tuesday 01 April 2008


1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing - Insurans
5. Planta - Magerin
6. Lady’s Choice - Magerin
7. Lipton - Teh
8. Shell - Minyak
9. Knorr - Perisa Makanan
10. Dove - Mandian
11. Sunlight - Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant - Deodoran
13. Rexona - Deodoran
14. Ponds - Produk Kecantikan
15. Kieldsens - Coklat
16. Slimfast - Produk Pelangsing
17. Lego - Kismis
18. Philips - Barangan Elektrik
19. Duyvis - Makanan Ringan
20. Gouda - Keju
21. Robin - Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel - Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo - Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello - Lip Balm
25. Pickwick - Teh
26. Venz - Mentega Coklat
27. Kinder Bueno - Coklat
28. Unilever - Syarikat
29. Dumex - Susu Tepung
30. Nutricia - Susu Bayi
31. Sunsilk - Shampoo
32. Fair & Lovely - Produk Kecantikan
33. Lux - Mandian
34. Vaseline - Lip Balm
35. Cif - Pencuci Lantai
36. Surf - Pencuci Kain
37. Wishbone - Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli - Minyak Masak
40. Clear - Shampoo
41. Breeze - Pencuci Kain
42. Sun - Pencuci Kain

________________________________________

This news item is from Laman Web Rasmi PPIM
( http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.535 )


Kenyataan Akhbar Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia Berhubung Isu Penayangan ‘FITNA’ Yang Menghina AL-Quran.



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan penayangan filem FITNA oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang secara terang–terangan-menghina-Al-Quran.

Tindakan biadap dan keji ini merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia dan perlu dikutuk oleh semua masyarakat Islam di negara ini. Tindakan tidak bertanggungjawab serta boleh mengeruhkan keamanan dunia dan perhubungan di antara agama ini perlu dibantah oleh setiap anggota masyarakat pengguna Islam.

PPIM bersama dengan ahli Majlis Permuafakatan Antara NGO (MAPAN) menggesa masyarakat pengguna Islam di negara ini melancarkan boikot terpilih produk keluaran Belanda bagi menyuarakan bantahan secara aman terhadap penghinaan serta provokasi ke atas agama Islam.
Boikot terpilih ini diharapkan akan berjaya menghantar isyarat yang jelas kepada pihak yang berkenaan agar tidak melakukan perkara yang biadap ini kepada sesiapapun dan belajar menghormati sesama manusia demi mewujudkan masyarakat dunia yang cintakan keamanan dan keamanan.

Kempen Boikot 3 produk, terpilih ini Shell, Dutch Lady, Philips akan membolehkan semua masyarakat pengguna Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyuarakan bantahan secara aman dan melakukan sesuatu bagi mengutuk serta membantah setiap tindakan biadap serta terkeji ini.

Kempen boikot terpilih ini adalah juga sebagai tanda protes terhadap Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang jelas menghina Islam secara terang – terangan. Tiada gunanya kita bersikap agresif bagi menyuarakan bantahan tetapi PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas bahawa jangan mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam. Justeru, masyarakat pengguna Islam di Negara ini perlu bangkit dan lebih bijak mempertahankan hak dan maruah kita dengan hikmah penuh bijaksana.

Masyarakat pengguna Islam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung produk keluaran Belanda dengan melayari laman web PPIM www.muslimconsumer.org.my atau menghubungi talian hotline kami di 019-3591000.