CUEPACS dilaporkan akan memulaukan sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan di Bukit Jalil pada 3 Mei ini. Menurut Presidennya Tuan Haji Omar Osman, tindakan ini diambil oleh kerana pihak kerajaan enggan memenuhi tuntutan mereka khasnya berhubung honorarium RM2,000 yang telah dibuat sejak bulan Ogos tahun lalu.
Selain honorarium menggantikan bonus itu CUEPACS turut menuntut kenaikkan elaun perumahan dari RM180 ke RM230 sebulan dan lanjutan umur wajib bersara dari 56 ke 60 tahun.
Lebih menghairankan kenapa sehingga hari ini pihak kerajaan seolah tidak mengambil pusing akan nasib para pekerja sektor awam ini. Terakhir dilaporkan kononnya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan akan berunding dengan PM berkenaan tuntutan-tuntutan ini namun sehingga kini ianya terperap begitu sahaja.
Apakah kakitangan awam kini disenarai hitamkan kerana tidak menyokong BN dalam PRU lepas atau bagaimana?
Sesungguhnya masalah kenaikkan kos hidup adalah realiti yang perit yang sedang dihadapi rakyat terutama mereka disektor awam yang tidak mempunyai punca sumber pendapatan lain. Benar mungkin mereka termasuklahs ebahagian besar rakyat jelata yang lain bertindak melepaskan kemarahan mereka dalam PRU lalu namun itu hak demokratik mereka. Jangan kerana itu mereka dikambing hitamkan! Kini tanggungjawab kerajaan pusat adalah membela dan menjaga nasib dan kebajikan para pekerja sektor ini, krisis keyakinan terhadap Dollah selaku PM akan berlarutan dan lebih kritikal kiranya masalah sebegini pun tidak mampu diselesaikan.
Saya berdoa semoga tuntutan pihak CUEPACS ini segera diambil kira demi meringankan beban kawan-kawan disektor awam.
No comments:
Post a Comment