Tuesday, April 8, 2008

PAS dan Babi

Wabak Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah menular di seluruh negara sekitar 1998 hingga 2000.

Lebih 100 orang terkorban termasuk kira-kira 30 kanak-kanak.

Bukit Pelanduk dan kawasan berdekatan ketika itu dipercayai ladang ternakan terbesar di Asia Tenggara dan menjadi pembekal utama bekalan babi terbesar Asia Tenggara.

Penduduknya mengusahakan ternakan itu mengikut tradisi keluarga bermula 1950-an

Antara faktor yang dikatakan menjadi punca wabak merebak adalah kelemahan sistem kumbahan di kawasan itu sehingga mencemarkan bukan saja penempatan terbabit, malah sungai dan parit berhampiran.

Nyamuk Culex yang dikesan menjadi pembawa virus JE kebiasaannya aktif daripada jam 6 petang hingga 6.30 pagi.

Virus Nipah pula merebak apabila seseorang itu menyentuh babi yang memiliki virus berkenaan.
________________________________

Fakta di atas adalah untuk direnungkan bagi menilai cadangan untuk melaksanakan projek penternakkan babi di Sepang yang bernilai RM100 juta.
________________________________

Pas sokong Selangor maju projek ternak babi
Oleh Wan Jailani Razak dan Tuan Nazuri Tuan Ismail

SHAH ALAM: Pas menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang dengan alasan orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging babi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau dan dua lagi Exco Pas dalam kerajaan campuran itu menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

"Kita tidak ada masalah, kita (Pas) sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi, tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi, itu hak mereka," katanya.

Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, dua Exco Pas dalam kerajaan campuran itu ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Halimah yang ditemui selepas sidang akhbar sempena kunjungan hormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam, berkata Pas menyokong projek itu kerana ladang berkenaan bakal dibina dengan menepati piawaian antarabangsa.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok, yang mengesahkan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu.
_____________________________

Apakah jaminan penternakkan ini tidak mendatangkan mudarat kepada penduduk sekitar? Walaupun ianya akan menggunakan piawaian antarabangsa tetapi masalahnya bukan standard yang digunakan tetapi perlaksanaan dan pemantauan. Kalau kita ada 'first class' sistem tetapi jika perlaksanaannya 'third class' ianya tidak akan mendatangkan hasil yang baik. Bukan mempertikaikan kemampuan kerajaan Selangor tetapi sekadar peringatan dan rasa perihatin kita.

Belumpun bermula projek, RTM telah memulakan serangan di slot ulasan berita pagi tadi. Siap dengan hujah hukum dan ayat Al-Quraan mengenai haramnya babi. Walaupun pengulas itu sendiri tutup aurat pun tak sempurna. Fakta di atas digunakan untuk menyerang PAS dan bukannya kerajaan Selangor. Apakah jentera PAS di akar umbi mampu memberi penerangan kepada rakyat terutama orang Melayu yang anti, benci, menyampah dan amat jijik dengan babi. Walaupun status babi itu cuma najis berat bukannya haiwan yang dilaknat seperti manusia yang bernama Firaun dan lain-lain manusia terdahulu...... tetapi orang Melayu tetap memandang babi dengan cukup hina dan jijik sekali.

Kalau nak dikira benda haram di Selangor ini bukan sahaja babi tetapi banyak lagi seperti kilang Carlsberg, Gunniess, nombor ekor, pelacuran, kelab malam dan lain-lain lagi. Tetapi kenapa babi yang diserang dan kenapa PAS yang di highlight? Inilah cabaran parti memerintah. Kalau dulu Khair Toyo diasak oleh PAS kini giliran PAS pula. Disinilah peranan jentera penerangan dan strategi yang baik diperlukan bagi mengubah tanggapan rakyat terutamanya orang Melayu. Sekiranya ini tidak ditangani dan di wajarkan dengan baik orang Melayu mungkin kata PAS dan UMNO sama sahaja.

Apakah jaminan yang boleh diberikan terhadap perkara berikut?
  1. Pencemaran bau.
  2. Pencemaran air.
  3. Pengedaran babi.
  4. Penjualan babi.
  5. Hasil dan cukai.
  6. Eksport?

Ceramah perlu diteruskan, media cetak perlu ditambah dan imej-imej positif perlu dibina. Janji perlu ditunaikan. Khidmat perlu ditunjukkan bukan setakat dilaksanakan. Semoga berjaya.

'Buka jalan, berikan geran tanah'

1 comment:

ahmad zaidy said...

Antara fakta yang perlu diketengahkan adalah:
1. berapa banyak perternakan babi secara haram dan berlesen bertaburan di serata tempat khususnya dalam selangor. di batang berjuntai sendiri pun lebih dari 1 pusat penternakan yg agak besar wujud. begitu juga di tempat lain. ada yang berlesen dan ada yang haram. kalau kesemuanya dapat di hapuskan dan ditempatkan ke satu tempat, itu yang terbaik
2. Kos projek 100 juta adalah dari pelabur dan penternak sendiri dan bukannya dari Kerajaan Negeri
3. projek ini telah diluluskan oleh kerajaan selangor sewaktu Khir Toyo jadi MB dulu lagi, cumanya benda baik dan perlu diteruskan.