Oleh Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard)
Khamis, 17 April 2008
TIBA-TIBA kalut cerita 'Babi' di Selangor... populariti 'isu babi' kali ini nampaknya memungkinkan gelaran nakal Darul Khinzir dari Negeri Sembilan ke Selangor.
Apa sebenar isu babi ini...? Isu ini menjadi panas apabila ia ditunggang sebagai isu politik oleh Umno Selangor. Muka depan Utusan Malaysia yang menyiarkan 3 ekor babi yang dilabel PKR, PAS dan DAP begitu menarik perhatian ramai untuk terus memperkatakan isu babi ini.
Keseronokan Umno Selangor menunggang 'isu babi' ini tersentak tiba tiba dengan pendedahan Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng yang mendedahkan mengenai sebuah syarikat bumiputera (berkepentingan Umno) terlibat dalam projek ladang babi yang diluluskan oleh Kerajaan BN bawah pimpinan Dr.Khir Toyo.
Gambaran di atas mungkin boleh mendedahkan fakta sebenar hipokrasi Umno. Individu yang menjadi kepala menentang projek babi dan menjadi dalang demonstrasi iaitu Dr. Karim ialah individu yang dalam gambar disamping kandang babi. Beliau dilaporkan terlibat dalam melawat kandang Babi di Jerman, kononya untuk membawa teknologi ladang babi Jerman ke Selangor.
Lawatan itu juga dilaporkan melibatkan ketua - ketua kampung 'Umno' yang turut terlibat dalam tunjukperasaan baru baru ini. Mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).
Semalam saya sudah menghubungi keADILan Bahagian Sepang untuk dianjurkan satu debat terbuka antara Yaakop Sapari (exco Kerajaan Selangor) dengan Dr. Karim (ADUN Tg. Sepat) untuk menyelesai kekalutan dan mendedahkan hipokrasi Umno.
Mungkin dalam debat ini juga boleh ditanyakan sekali bagaimana ADUN BN Selangor boleh membelanjakan RM27 juta peruntukan kerajaan negeri untuk rakyat Selangor untuk tahun 2008 tetapi habis dalam masa hanya selama 50 hari.
Dalam perkembangan yang lain pula Makkal Osai (Suara Rakyat) iaitu akhbar milik bekas pemimpin kanan MIC telah sah diharamkan.
Akhbar harian berbahasa tamil ini gagal memperbaharui permitnya sejak 2-3 bulan lalu, namun terus diterbitkan dibawah pemerhatian KDN. Malangnya hanya selepas memberikan liputan muka depan yang besar terhadap Himpunan Menjana Kemenangan Rakyat bersama Anwar Ibrahim pada 14 April lepas, mereka telah mendapat surat pengharaman akhbar itu.
14 April 2008 yang lalu, kira kira 20,000 ribu telah membanjiri Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur meraikan Anwar yang melepasi sekatan undang undang yang menyekat beliau dari terlibat dalam politik. Majlis tersebut telah dirancang begitu teliti.
Alhamdulillah juga sehingga selesai semua berjalan dengan baik. Tiada yang buruk berlaku. Malah peniaga di kawasan sekitar juga mendapat rezeki tambahan kerana kehadiran yang ramai memenuhi kampung baru sehingga awal pagi telah memenuhi gerai - gerai sekitar. Hanya gangguan dari Polis sekitar jam 10.25 malam sedikit mencacatkan.
saya selaku penyelaras program telah memastikan semua lancar. Malam itu saya sendiri menjadi pengerusi Majlis. Jam 10.15 malam saya dihubungi teman yang berkawal di pintu besar padang mengatakan Polis beriniform masuk menuju ke pentas.
saya meminta semua unit kawalan keselamatan program membenarkan Polis itu masuk dan cuba kawal orang ramai pastikan jangan ada yang bertindak melulu atau luar kawal.
10.25 malam sekumpulan anggota polis beruniform dan tidak beruniform menghampiri pentas. Orang ramai di depan yang sedang asyik mendengar ucapan Anwar kelihatan tersentak dan ada yang mula bangun dan menjerit sesuatu.
saya meloncat turun ke depan tempat yang Anwar sedang berucap. Bukan untuk menghalang Polis tetapi untuk memastikan unit keselamatan di depan pentas perkemas benteng untuk halang orang ramai mara ke depan dan mungkin anggota polis itu tercedera.
Cara Pegawai polis itu mara ke depan pentas tanpa kawalan rapi dilihat seperti sengaja mengumpan agar penyokong marah dan mencederakan mereka. Jika itu strategi polis saya simpati kepada 3-4 orang pegawai beruniform yang mara kedepan itu ...hanya menjadi cacing umpan untuk memancing ikan (isu) yang lebih besar. Tetapi malam itu semua terkawal.
Polis terbabit bertanya pada saya "Adakah kamu penganjur?" saya katakan "Ya"...Polis itu berkata " Boleh beritahu Datuk Seri supaya berhenti berucap..Ini Arahan Polis..."
Lucu juga dialog ini diucap ketika dia sudah begitu hampir dengan Anwar... Anwar sendiri boleh dengar apa dia cakapkan. Datuk Seri Anwar tepuk belakang saya dan kata "Bard takpe biar dia cakap dengan saya..."
Lalu saya ke tepi dan polis itu berdiri di depan Anwar dan berkata " Datuk Seri tolonglah beri kerjasama ...arahan berhenti..." Masa itu Azmin, Siva pun datang hampir...pada masa yang sama penyokong mula bertolak untuk mara ke depan...
Mungkin untuk elak keadaan dari tidak terkawal ..... dan kesihankan Polis yang dimaki dengan perbagai 'ayat' Datuk Seri menamatkan ucapan dan melambai beberapa kali sebelum masuk untuk sesi sidang media.
Namun pagi selepas itu saya menerima sms bertanya " Kamu dapat notis Polis...? Kak wan, Ts Khalid, Azmin, Yahya Sahri dapat arahan ke balai polis..."
Nampaknya selepas tersungkur 'setengah' dalam PRU 12 Bn tak belajar banyak. Bn tidak sedar orang benci tengok mereka perkuda polis tekan suara rakyat.... saya dengan ini kecam Polis yang sanggup diperkudakan.... Kalau itu perhimpunan Umno adakah permit diperlukan...? dan adakah Polis berani panggil pemimpin Umno ke Balai pula...
Pagi ini pula dapat khabar berita nampaknya perkara lebih serius... kemungkinan pendakwaan dilakukan termasuk kepada Anwar... atas kesalahan perhimpunan haram... dan perbicaraan akan dipercepatkan Anwar mungkin dijatuhkan hukuman denda RM2500, dan dengan denda itu dia akan dinafikan lagi hak berpolitik...
Ya Allah adakah ini benar....? Zalim dan takutnya Bn dengan suara rakyat yang diterajui Anwar.... tetapi percayalah jika ini berlaku ia merupakan penggal terakhir Bn menghantar wakil ke parlimen.
Rakyat makin benci... Bn bergaduh sesama sendiri merebut jawatan dan harta rompakan tetapi rakyat terbiar..tepung naik...beras naik...
Tahniah juga pada semua yang terlibat...malam itu malam kita (aktivis jalaraya yang tak kenal penat lelah)....tahniah juga pada penyokong dari Rembau yang datang 4 bas dan bayar tambang sendiri.

No comments:
Post a Comment