Friday, April 18, 2008

Lim Guang Eng & Khalifah Umar Abdul Aziz

Saya ada membaca beberapa artikel yang menyebut kecenderungan MB Pulau Pinang Lim Guang Eng untuk mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pemerintahan beliau di Pulau Pinang. Ini bukan pertama kali saya membaca tentang sikap rendah diri beliau kerana sebelum ini beliau juga dikatakan enggan tinggal di rumah resmi MB kerana perlu berbelanja RM300,000 untuk baik pulih.

Saya amat tersentuh dengan sikap beliau kerana di kala pemimpin-pemimpin UMNO tercari-cari Imam Ghazali dan Imam Syafie; beliau yang masih bukan Islam sanggup mengikut keadilan Islam. Mungkin inilah berkatnya sekiranya kita rapat dengan alim ulama'. Kalau tak jadi tok guru pun sekurang-kurangnya kita akan terdorong untuk berbuat baik juga.

Di kala orang-orang Pulau Pinang (PP) yang benci kepada DAP mengatakan 'padan muka hang Penang kena perintah orang Cina', kita melihat bunga-bunga keadilan dan harapan baru mula terbit di sana. Walaupun setelah sekian lamanya PP diperintah oleh parti Gerakan tetapi orang PP tak perasan yang mereka diperintah oleh sebuah parti Cina . Ini mungkin kerana mereka merasa mereka diperintah oleh BN yang pengerusinya adalah Pak Lah.

Kembali kepada Khalifah Umar Abdul Aziz, mungkin sudah sampai masanya kita tonjolkan ramai lagi tokoh-tokoh Islam dan bagaimana mereka memerintah negara. Bukan apa yang telah dibuat Kelantan tidak cukup baik, tetapi kita mahu melihat lebih dari itu dan kita mahu rakyat melihat dari kaca mata Islam dan keadilan bukan PAS semata-mata.

Saya berharap apabila semua rakyat sudah tidak lagi takut dengan Islam maka lebih mudahlah keadilan Islam itu kita laksanakan...... dan yang terlebih penting lagi ialah lebih ramai rakyat akan cenderung dan meminati Islam. Bukan sahaja orang Islam tetapi juga orang bukan Islam. Insyallah.

Nampak gayanya perjuangan berasaskan perkauman anjuran UMNO bakal berkubur tidak lama lagi. Takbirrrrrrr.

No comments: